My list

May 08, 2013

Dia - Tiga Puluh Sembilan


T
Tidak tergambar dengan kata-kata akan perasaan ku ketika mendengar perkataan HIV itu diungkapkan. Jadi apa yang bermain di benak fikiran ku bukanlah satu khayalan semata. Ianya satu kebenaran. Entah kenapa, tanpa ku sedar aku menutup mataku untuk beberapa ketika. Fikiran ku kosong di saat itu. Entah untuk beberapa ketika, terngiang-ngiang perkataan HIV itu di dalam fikiran ku.

Aku kemudian dengan perlahan membuka mataku, “How long do I have left?” hanya itu yang mampu aku ungkapkan.

“I cant answer that question, because as for now, we dont know what stage are you in. Whether you have reach AIDS or not. Also, there is no such thing as life expectency when it comes to HIV. Being diagnosed with HIV today does not mean that that person will die the next day, or next month, or next year. We can’t say for certain. But, there are a lot of people out there who still be alive after so many years of being infected with HIV. We will talk about HIV in details again after this, but for now, with your consent, I would like to repeat another blood test, just to eliminate any possibility of human error or even technical error.”

“How long would it take? For the test?”

“Around 3 hours. I will need to withdraw fresh blood sample from you, and after 3 hours, we will see each other again and we will talk in details about HIV.”

Aku hanya mengangguk tanda memberikan persetujuanku. Baju kemeja putih yang kupakai ku selingsingkan ke lengan ku. Mataku tidak beralih apabila jarum yang digunakan oleh Dr Mazrima masuk ke salur darahku. Setiap titik darah itu kulihat merah pekat. Merah seperti biasa, tiada sebarang kelainan kelihatan.

“Ezra, we’re done. Maybe you might want to have something first for lunch before I have the result ready. I hope you will be here again at 3.00 pm.”

“I will doctor, thanks.”

Aku bingkas bangun dari kerusiku dan bergerak menuju ke pintu, namun, sebelum sempat aku membuka pintu, Dr Mazrima memanggilku,

“Ezra, be strong ok.”

Senyuman kecil kuberikan, sebelum aku keluar dari situ. Aku tidak mengerti, aku tidak mengerti apa yang sedang bermain di fikiran ku. Sepanjang tempoh yang kuberikan kepada diriku untuk hadir ke sini, aku telah cuba untuk menyediakan diriku untuk menerima segalanya. Acap kali ku katakan kepada diriku, walau apa yang terjadi, semuanya akan menjadi ok.

Kata-kata yang kupegang itu seakan-akan terlepas sudah dari genggaman ku.  Aku buntu. Kurasakan semua ini gelap, semua ini kuharapkan hanyalah mimpi. Namin aku tahu, bahawa semua ini adalah kebenaran. Tiada sekelumit pun mimpi buruk akan apa yang sedang aku lalui ini. Semua ini adalah satu realiti. Aku seorang HIV positif.

Langkah kakiku membawa aku ke kereta, namun, aku tidak terus mencapai kunci di dalam poket, entah kenapa, kakiku kemudian membawaku ke bangunan bersebelahan. Balai Seni Lukis Negara. Entah kenapa aku kesini, namun, kuturutkan saja kemana langkah membawaku. Entah mengapa, seakan ada suatu yang menarikku ke sini. Tidak pernah terlintas di benak fikiranku, bahawa aku, seorang yang buta seni, seorang yang tidak tahu menghayati seni, menjejakkan kaki ke sini.

Di dalam, kelihatan beberapa hasil lukisan pelukis tersohor negara di paparkan. Aku terpaku. Aku hanya mampu berdiri umpama patung yang mati dan tidak bernyawa di situ. Tanpa kusedari, air mata ku menitis perlahan membasahi pipi.

“Bayi dan Ibu” itulah tajuk lukisan yang terpampang di hadapanku. Lukisan itu begitu hidup sekali, lukisan itu benar-benar meruntun jiwa ku. Aku terdiam. Setitis demi setitis air mata berlinangan. Aku terduduk. Titisan air mata itu kemudian menjadi lebih deras. Seperti anak kecil, aku teresak-esak menangis keseorangan, pandanganku tidak dapat ku leraikan dari menatap wajah ibu.

Aku tidak mengerti apa yang takdir sedang cuba tunjukkan kepadaku. Diriku kurasakan begitu sejuk sekali. Entah bila kali terakhir aku merasai kehangatan seperti yang terpancar di dalam lukisan itu. Telah ku buang sejauh-jauhnya keinginan untuk kembali merasakan kelembutan sentuhan kasih sayang seorang ibu. Namun, di saat ini aku tidak berdaya untuk mengharap, aku tidak berdaya untuk menidakkan keinginanku di belai manja.

Setiap titis air mata yang turun seakan membuka lebih banyak ruang kesunyian. Setiap nafas yang ku helakan ibarat tidak kesampaian. Setiap degupjantungku ibarat tidak membawa sebarang erti. Setiap langkah kakiku ibarat tidak tahu kemana arah tuju. Setiap saat yang berlalu sepanjang aku menatap lukisan itu hanya di penuhi dengan derita duka. Setiap detik fikiranku seakan-akan hanya membuatkan fikiran aku menjadi kelabu.

Aku rebah. Aku bingung. Aku hilang. Tiada lagi kurasakan hala tuju hidupku. Tiada lagi kekuatan mengalir di badanku. Tiada lagi keinginan untuk hidup di dalam hatiku. Tiada apa lagi yang tinggal untukku di dunia ini.

Aku nekad.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku menyusuri lebuh raya ke arah yang aku sendiri tidak pasti. Ujian kali kedua yang di lakukan mengesahkan 100% bahawa aku telah di jangkiti. Dr Mazrima memberikan sepucuk surat rujukan kepadaku untuk ku bawa ke Hospital Sungai Buloh. Kurasakan itu sesuatu yang tidak perlu, namun aku hanya menerima surat yang diberikan.

Fikiranku melayang entah kemana. Tanpa kusedari aku tiba ke kawasan rumah yang menjadi milik Khai dan diriku di Ampang. Aku susur masuk ke perkarangan parking dan naik ke atas. Kunci kuletakkan di atas meja, setiap pelusuk unit studio ini ku pandang. Tersusun kemas setiap perhiasan di tempat masing-masing. Gambar kami berdua menghiasi dinding. Gambar yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan itu ku tatap acap kali.

Sliding door balcony kubuka dan aku lantas mengambil segelas jus dari dalam peti ais. Hanya seteguk jus itu yang mampu masuk ke badanku, sebelum aku meletakkan kembali gelas tersebut di meja di ruang tamu. Dengan perlahan, aku bergerak ke ruangan tidur, semuanya tersusun rapi. Aku berlalu ke arah almari pakaian yang tersedia di sisi kanan ruangan tidur.

Jari jemariku dengan perlahan menyisir kemeja-kemeja Khai yang tergantung rapi. Pergerakanku terhenti di saat aku menyentuh kemeja body-fit rona merah lembut with gold –lining. Kemeja yang ku turut ku pilih sewaktu kali untuk Khai sewaktu kali kedua kami keluar bersama-sama abang Kamahl beberapa tahun lepas. Kemeja itu ku keluarkan dan ku rapatkan ke diriku. Ku dakap perlahan, seolah-olah aku mendakap Khai yang sedang beribu kilometer jauhnya dari sini. Ku letakkan di atas katil, dan satu persatu pakaian yang membaluti badanku ku tanggalkan. Kemeja Khai tadi kini membaluti badanku. Aku rindukan dia. Aku perlukan dia. Aku ingin dia disisiku di saat ini. Namun aku tahu semua itu tidak mungkin berlaku. Bukan sahaja kerana dia berada jauh, namun kerana aku tahu aku sudah tidak layak untuk dia lagi. Aku telah mengkhianati perhubungan kami berdua. Aku telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan Khai kepadaku. Kurasakan diriku kotor yang teramat di saat ini, dan aku tahu aku tidak patut menyarung pakaiannya, aku telah mengotorkan memori indah kami berdua. 

Separuh jiwaku mahu meruntunkan kemeja ini, namun aku tahu, aku memerlukan ia di saat ini. Hanya itu yang ku mahukan. Hanya itu yang dapat aku lakukan disaat ini. Aku perlukan ia. Aku perlukan kehangatan dirinya. Perhubungan yang telah terbina selama hampir 4 tahun kini kurasakan begitu jauh sekali. Bodoh sekali diriku pabila merasakan sedemikian, namun aku tidak dapat menolak pemikiran itu jauh keluar dari kotak pemikiranku.

Langkah kakiku membawaku ke ruangan tamu. Telefon ku yang terletak di atas meja ku capai, dan nombor Khai lantas ku dail. Namun aku mengambil beberapa ketika sebelum butang dail ku tekan. Jam di dinding menunjukkan pukul 6.45 petang, waktu yang sama di Perth. Kemungkinan Khai sedang di gym seperti kebiasaan. Namun, selepas deringan ke 3, panggilan ku di jawab.

“Hello sayang.” Walau beribu kilometer jarak diantara kami berdua, namun dapat kurasakan kemesraan yang tersimpan di dalam 2 patah perkataan tersebut. Dapat kurasakan senyuman manis yang ku amat rindukan tersimpul di wajahnya. Dapat kurasakan kehangatan kembali meresapi setiap inci tubuhku, seolah-olah beribu tahun kesejukan yang membelengu diriku kini hilang dalam sekelip mata. Setitis air mata ku kembali jatuh ke pipiku.

“Hye by. I miss you. By tak pergi gym?” balasku.

“I miss u much more my love. Hari ni by penat sikit dengan kelas, so ingat nak skip gym jer. So sekarang tengah rehat-rehat jer dekat ruang tamu, tengah tengok The Project. Sayang tengah buat aper tue?”

“Sayang tengah bayang diri macam Shontelle.” Kataku cuba untuk menceriakan diriku.

“Ha, Shontelle?”

“I’ma step out of this lingerie,
Curl up in a ball with something Hanes,
In bed I lay, with nothing but your t-shirt on, ooh,
With nothing but your t-shirt on, hey” nyanyiku manja mengalunkan lagu T-shirt dari Shontele.

“Hahahaha. I wish i can be next to you now sweetheart.”

“ I need you so badly right now by. I know I’m being difficult, that I’m being selfish and ignorant, but I need you right here next to me hugging me right now. I need you. I’m sorry.” Aku tidak mampu menahan perasaan dan air mataku lagi. Hanya tangisan menjadi penyambung kata-kataku.

“Shhhhh, sayang, sayang. Calm down please. I am missing you too and you know that I also need you here right now. Calm down please. I dont want you to be crying. Please. It pains me when you cry, and it pains me lot more when I cant be there right now. I promise I’ll come back to Malaysia next weekend okay. Then we will spend the weekend together ok.”
“No.”

“Sayang, I wish I can come back this weekend. But you have to understand...”

“NO! That’s not what I meant. As much as I want to have you right now, I dont wanna see you! I cant. I just cant.”

“Why? I just dont understand all of this. It’s too sudden. What has been bugging your mind? Please, let me know.”

“I am sorry. I betrayed you. I am HIV positif. I am filthy. I dont deserve anything from you.”
Tiada jawapan dari Khai. Aku terdiam. Sudah ku duga akan semua ini. Dan aku terima kerana apa yang terjadi adalah kerana salahku sendiri.

“Sayang, I know this is hard for you, but please wait for me. I will try to get the earliest flight I could. Wait for me, I love you sayang.”

“I am not worth it. I am so sorry. Forgive me.”

“That is bullshit!! I dont care whether you are HIV positive or what. That will never change how I feel towards you. I love you and I will always do. Now please, I’m begging you, be strong for me. Be there for me. We will go through this together. We will work this out. This will never be the end.”

Aku terdiam kaku.

“Sayang dekat mana sekarang?”

“Ampang.”

“Ok, abang Kamahl dah tau?”

“Tak.”

“You want to tell him?”

“I don’t know. Maybe not. Maybe later.”

Seketika berlalu sebelum Khai kembali berkata-kata, “Why don’t you stay at abang Kamahl’s for tonight? Ok sweetheart?”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada apa lagi yang tinggal untukku di saat ini. Aku tidak mampu untuk berjumpa Khai. Setiap inci badanku kurasakan kotor yang teramat. Aku tidak berdaya untuk bertentang mata dengan Khai. Setiap pelusuk hatiku kurasakan bersalah yang begitu mendalam. Bukan hanya Khai. Abang Kamahl, Joe, Hisyam, Vincent. Aku tidak mampu untuk bersua muka dengan mereka semua.

“By akan sampai KLIA dalam pukul 9.30 pagi esok, flight Singapore Airlines pukul 1.10 pagi dari Perth. Will take cab from airport to abang Kamahl’s. Just stay there. I love you.” Mesej dari Khai beberapa ketika kemudian tiba di handphoneku. Lebih kurang 14 jam lagi sebelum Khai tiba.

Maafkan aku Khai.

No comments:

Post a Comment