My list

August 28, 2014

Dia - Empat Puluh Lima

E
Hujan menitis tanpa henti membasahi bumi. Sudah hampir 30 minit hujan yang di selang-seli dengan kilat memancar di penghujung langit. Bidai di tingkap ku singkap seketika. Kelihatan jalan raya bersebelahan sesak dengan kereta yang bergerak perlahan, entah kemana hala tuju si pemandu. Mungkin pulang ke rumah memandangkan matahari sudahpun menghilang, memberikan laluan kepada keheningan malam. Satu persatu kenderaan yang berlalu pergi itu ku perhatikan. Kelihatan kecil sekali, apatah lagi untuk cuba melihat siapa pemandunya itu. Aku kemudian meleraikan bidai yang sedari tadi ku selak, perlahan-lahan ia jatuh menyentuh kembali ke lantai.

Malam yang sedikit sejuk dek kehujanan itu tiba-tiba di gamatkan dengan ringtone alarm handphone ku. Owh, sudah tiba waktunya, detik hati kecilku. Aku perlahan-lahan menyusun langkah menghala ke katil, lantas handphone Note ku di capai dan alarm ku matikan. Aku duduk di hujung katil buat seketika. Entah kenapa, di fikiran ku terdetik, 101. 102. 103. 104. 105. 106. 107.

Sekali lagi handphone ku yang di genggam erat berbunyi. Jam menunjukan sudah 8.05 malam. Aku bingkas bangun ke dapur, sebiji gelas putih jernih ku capai, lantas ku isi separuh dengan air sejuk yang tersedia di dalam peti ais. Lalu, laci pertama di meja kecil bersebelahan katilku ku buka, kelihatan beberapa botol plastik. Aku membuka salah satu darinya, sebiji pil lantas ku keluarkan ketapak tangan. Sudah hampir setahun pil-pil ini menjadi antara menu tetap harianku. April 6, 2012, aku masih ingat kali pertama aku menelan pil ini untuk sepanjang hidupku selepas doktor bertanyakan samada aku mahu untuk memulakan rawatan setelah CD4 aku jatuh teruk, akibat dari stress. Aku hanya mengambil masa 2 tahun selepas di diagnosed dengan HIV dan memulakan rawatan.

CD4 aku yang pada awalnya berlegar-legar di sekitar paras 700 untuk tahun pertama mula menunjukan sedikit penurunan, namun kemudian ia kembali mendatar. Namun, mungkin disebabkan oleh stress menjelang tarikh itu, CD4 aku jatuh mendadak. Doktor mengatakan yang ada kemungkinan untuk CD4 aku kembali naik ketahap selesa tanpa memerlukan rawatan sekiranya diberikan masa. Namun aku memilih untuk memulakan rawatan. Mungkin tiada bezanya untuk aku memulakan pada waktu itu ataupun kemudian hari. Dan pada April 6, 2012, aku memulakan rawatan untuk HIV ku.

Pada mulanya aku cuba untuk tidak begitu memikirkan sangat tentang rawatan berkenaan. Pembacaan di internet berkaitan kesan sampingan ubat yang ku ambil cuba ku tepis jauh-jauh dari pemikiranku. Doktor juga ada memberitahuku yang aku berkemungkinan untuk mengalami beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi beberapa ketika sejurus mengambil dos pertamaku. Aku tahu, aku faham dan aku sedar akan semua kemungkinan itu. Namun, seperti yang aku perkatakan kepada diriku sebelum ini. Mungkin ada baiknya aku memulakan rawatan sekarang. No turning back.

Malam itu setelah mengambil dos pertama Stocrin ku, aku cuba untuk terus tidur. Tiada apa. Detik berlalu perlahan sekali. Kurasakan tidak tenang. Ku menghala ke kanan, mungkin untuk menjadikan diriku lebih selesa. Namun, setelah beberapa ketika, tiada apa. Aku masih tidak mampu untuk melelapkan mataku. Entah berapa lama masa yang berlalu. Tiada apa juga yang terjadi. Aku cuba untuk mengosongkan pemikiranku. Namun, setiap kali aku hampir berjaya mengosongkan benak fikiranku, tiba-tiba ada sahaja kerisauan yang entah dari mana sedari tadi menyorok, kini menjengah tiba.

Lantas, aku bangun, perlahan-lahan, kaki ku melangkah. Tiba-tiba kurasakan kepalaku begitu berat sekali. Seakan-akan aku sedang mabuk. Aku cuba untuk berjalan lurus, namun, kakiku dan fikiran ku tidak selari. Kepalaku berdenyut-denyut menahan kesakitan yang tidak pernah kurasakan sebegini kuat. Aku berhenti seketika, dan terduduk bersandar di dinding. Argh... Adakah ini kesan sampingan yang diperkatakan? Adakah aku akan berterusan merasakan seperti ini di setiap hari-hari kehidupanku? Mampukah untuk aku bertahan?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kurasakan muka sedikit panas. Perlahan-lahan mata kubuka, cahaya matahari yang masuk dari celah-celah langsir menyinari wajahku. Kepalaku tidak lagi kurasakan sakit seperti semalam. Namun kini, denyutan demi denyutan di seluruh kepalaku perlahan-lahan menjadi semakin ganas. Cahaya matahari itu hanya menambahkan lagi rasa tidak selesa yang kurasakan. Aku cuba untuk bangun. Namun, seluruh badanku kurasakan begitu lemah sekali. Aku merasa hairan, kurasakan hangat di bahagian atas badanku, namun kaki ku sedikit kesejukan. Aaaah, rupa-rupanya aku hanya memakai kemeja milik Khai.

Tiba-tiba handphoneku berbunyi bingit. Ku lihat ke dinding, jam sudahpun menunjukan pukul 8 pagi. Sialan. Perlahan-lahan aku bangun, cuba untuk mengumpulkan kekuatan di kakiku, lantas bergerak untuk mematikan alarm. Aku melihat ke arah lagi disebelah katilku. Pandanganku jatuh disitu entah untuk berapa lama.

Aku merasa sedikit selesa berbanding sedari waktu aku mula terjaga tadi.

“Persetankan semua itu” kata hatiku. Aku kembali berbaring di atas katil. Selimut tebal ku biarkan membaluti tubuhku. Namun. Aku. Aku. Hatiku terdetik, lantas ku lihat semula ke arah laci tersebut. Lembut kurasakan, hangat dan menenangkan, kemeja Khai yang membaluti tubuhku seolah-olah menghangati badanku. Perlahan-lahan, tanganku mencapai laci tersebut dan sebiji pil aku keluarkan. Kali ini, ia berbentuk bujur, putih. Combivir. Aku lihat ia diam ditelapak tanganku. Dan, seperti yang sepatutnya, aku menelan pil tersebut.

Sarapan ku pagi ini hanyalah 2 keping roti bakar, scrambled egg dan segelas jus oren sejuk. CD Jamie Cullum yang ku beli entah bila dahulu kupasang, lagu All at Sea berkumandang memecah keheningan pagi. Untuk hari ini, aku tidak mempunyai sebarang perancangan. Baru pukul 9.15 pagi. Semalam Joe mengajakku untuk keluar bersama-sama. Katanya mahu meluangkan masa bersama setelah beberapa kali aku menolak untuk berbuat demikian. Aku cuma mengatakan yang aku sudah punyai perancangan yang lain. Aku tidak memberitahu Joe bahawa aku akan memulakan rawatan HIV ku pada malam semalam. Tiada siapa yang tahu akan keputusan yang kuambil ini. Termasuklah abang Kamahl. Aku tidak mahu melibatkan sesiapa lagi. Cukup lah sudah semua yang terjadi. Biarlah aku cuba untuk menanggung semua ini seorang diri.

Kadang-kala aku merasakan yang aku berlaku tidak adil kepada diriku sendiri. Selepas kepulangan ku dari eropah, aku mula lebih serius dalam menyertai satu support group untuk golongan gay yang juga pembawa virus HIV. Aku mula mengenali kumpulan tersebut setelah kepulangan Khai dari Australia 2 tahun lepas. Dia yang begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala bantuan yang boleh difikirkan untukku. Aku hanya menurut permintaanya untuk memberi peluang kepada diriku dengan hadir ke sesi yang diadakan. Kebanyakan dari mereka yang hadir di dalam lingkungan 30-40 tahun. Aku sedikit kekok pada awalnya apabila mengetahui aku merupakan yang termuda. Khai mahu menemani aku di sepanjang sesi perjumpaan berlangsung. Namun, aku memintanya untuk tidak hadir bersamaku. Khai hanya menurut permintaanku.

Sungguhpun kesemua yang hadir merupakan pembawa virus HIV, namun rata-rata mereka sudah dapat menerima bahawa HIV hadir di dalam tubuh mereka. Mereka tidak menampakan sebarang kesedihan dan kegusaran. Dan mereka begitu memahami akan apa yang aku lalui pada waktu itu, sewaktu aku masih lagi mendapat tahu akan status baruku ini. Berbicara dengan mereka membuatkan aku lebih terbuka untuk menerima apa yang telah terjadi. Khai turut menyatakan yang dia dapat melihat aku lebih terbuka berkenaan isu ini.

Ialah, aku acap kali bersikap dingin kepada Khai pabila dia mahu mengucupku, apatah lagi apabila dia berbicara tentang seks. Aku tahu, yang ciuman tidak akan menjangkiti Khai, dan sekiranya kami melakukan hubungan sex menggunakan kondom, risiko untuk Khai di jangkiti virus HIV adalah sangat rendah. Namun, pada waktu itu, aku tidak bersedia. Setiap kali Khai ingin mengucupku di bibir, aku cuba mengelak. Aku cuma mampu mengatakan yang aku tidak bersedia. Sungguhpun demikian, Khai mampu untuk menerima semua itu. Dia hanya memelukku dan membelai lembut rambutku. Perbualanku bersama mereka yang turut hadir di sesi perjumpaan tersebut selalunya berkisar tentang kehidupan seorang pembawa HIV, pengalaman hidup, dan beberapa isu yang berkaitan seperti seks selamat, membina keyakinan diri dan lain-lain.

Setelah beberapa ketika, aku mula berbicara secara terbuka berkenaan HIV bersama Khai. Sewaktu itu kami di Amsterdam untuk bercuti selama beberapa hari. Khai yang begitu teruja setelah aku memberitahu bahawa aku kembali ingin melakukan hubungan sex bersamanya membawa aku ke sebuah Apotheken, ataupun farmasi yang terletak di sekitar hotel penginapan kami. Aku meletakan syarat bahawa kami akan menggunakan kondom bagi mengelakan Khai dari dijangkiti virus HIV dari aku. Waktu itu sudah hampir 5 petang dan kebanyakan premis perniagaan di sini tutup sekitar pukul 5.30 petang, jadi tidak ramai pelanggan di farmasi tersebut. Kami berdua agak kekok dan pada masa yang sama sedikit teruja dengan pelbagai jenis kondom yang tersedia di sini. Iyalah, seumur hidup aku, aku tidak pernah menggunakan kondom sewaktu melakukan hubungan sex dengan sesiapa. Begitu juga sebaliknya dengan Khai, namun di dalam kes Khai, dia hanya pernah bersama aku. Kami seperti 2 kanak-kanak yang baru pertama kali bertandang ke kedai ice-cream. Begitu banyak persoalan. Begitu banyak jenis kondom yang tersedia, pelincir yang berbagai jenis dan bermacam-macam bentuk.

Aku dan Khai sewaktu itu sedang membelek kotak kondom di tangan kami sambil berbincang tentang pilihan kondom yang ingin di buat. Mungkin di sebabkan oleh kekeliruan yang jelas terpancar di wajah kami, seorang dari ahli farmasi di situ membantu. Pada mulanya dia menyatakan sesuatu dalam bahasa belanda yang tidak kami fahami. Kemudian, dia mula berbicara dalam bahasa inggeris dengan accent belanda yang agak pekat.

“Good afternoon, how may I help you?” tanya pekerja tersebut, Finn, berdasarkan tanda nama yang dipakainya.

“Good afternoon. We need condoms. But I’m not sure which one would be good since, well, this is our first time wanting to use one. Hahaha.” Balas Khai.

“I could recommend you few types. Protex or Billy Boy would be a good choice.”

“Owh, this looks nice. Would it be ok to use it for anal sex?” Tanya Khai lagi.

“Aaaah, then I would personally recommend Trojan or Crown. Of course, Trojan is one of the best brand available and it comes in varieties too. Or, should you feel like having the bareback experience but, with condom, then Crown is the best of course. It is extra thin yet durable so most of the time your partner won’t feel like you are wearing condom. But, they don’t have much variety at the moment.”

“What do you think?” tanya Khai kepadaku.

“Herm, both sounds good. Maybe we should try both and find out which one works better.” Balasku kepada Khai.

“Sure.” Kata Khai lagi.

“Does it fits all size? I mean, dick size?” tanyaku lagi.

“Technically yes, regular will fit most of the size. But, if the dick size is too big, let say, 6 inches and above in girth, it would get a bit tight and slight discomfort.”

“Then we’re having 2 sizes then. Regular and large for him.” Kataku lagi.

“Sure. Is that all?” Balas Finn lagi.

“Owh ya, we need lubes.” Tambah Khai.

“For lubes, I would suggest Trojan’s Arouses and Intensifies, or Trojan’s Exposure. Both are fragrance and dye free, easy to clean and non sticky.”

“Maybe, the first one?” Tanya Khai kepadaku.

“Why not?” Jawabku ringkas.

“Thanks for your help.”

“You are welcome, sir.” Balas Finn sebelum membawa kondom dan lube yang di pilih ke kaunter.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

looking out the window
one bright star shining
now and then hidden by the cloud
gone only for a moment
inside i was sitting and staring
night was silent
giving me a chance to reminisce

forever i thought it will be there
one silly wish that i have inside
remembering how it feels sitting under that bright night

lovely isn't it
once, only for one more time
very tiny wish that i have
even when the star no longer there