Hujan
menitis tanpa henti membasahi bumi. Sudah hampir 30 minit hujan yang di selang-seli
dengan kilat memancar di penghujung langit. Bidai di tingkap ku singkap
seketika. Kelihatan jalan raya bersebelahan sesak dengan kereta yang bergerak
perlahan, entah kemana hala tuju si pemandu. Mungkin pulang ke rumah
memandangkan matahari sudahpun menghilang, memberikan laluan kepada keheningan
malam. Satu persatu kenderaan yang berlalu pergi itu ku perhatikan. Kelihatan
kecil sekali, apatah lagi untuk cuba melihat siapa pemandunya itu. Aku kemudian
meleraikan bidai yang sedari tadi ku selak, perlahan-lahan ia jatuh menyentuh
kembali ke lantai.
Malam yang
sedikit sejuk dek kehujanan itu tiba-tiba di gamatkan dengan ringtone alarm
handphone ku. Owh, sudah tiba waktunya, detik hati kecilku. Aku perlahan-lahan
menyusun langkah menghala ke katil, lantas handphone Note ku di capai dan alarm
ku matikan. Aku duduk di hujung katil buat seketika. Entah kenapa, di fikiran
ku terdetik, 101. 102. 103. 104. 105. 106. 107.
Sekali
lagi handphone ku yang di genggam erat berbunyi. Jam menunjukan sudah 8.05
malam. Aku bingkas bangun ke dapur, sebiji gelas putih jernih ku capai, lantas
ku isi separuh dengan air sejuk yang tersedia di dalam peti ais. Lalu, laci
pertama di meja kecil bersebelahan katilku ku buka, kelihatan beberapa botol
plastik. Aku membuka salah satu darinya, sebiji pil lantas ku keluarkan ketapak
tangan. Sudah hampir setahun pil-pil ini menjadi antara menu tetap harianku.
April 6, 2012, aku masih ingat kali pertama aku menelan pil ini untuk sepanjang
hidupku selepas doktor bertanyakan samada aku mahu untuk memulakan rawatan
setelah CD4 aku jatuh teruk, akibat dari stress. Aku hanya mengambil masa 2
tahun selepas di diagnosed dengan HIV dan memulakan rawatan.
CD4 aku
yang pada awalnya berlegar-legar di sekitar paras 700 untuk tahun pertama mula
menunjukan sedikit penurunan, namun kemudian ia kembali mendatar. Namun,
mungkin disebabkan oleh stress menjelang tarikh itu, CD4 aku jatuh mendadak.
Doktor mengatakan yang ada kemungkinan untuk CD4 aku kembali naik ketahap
selesa tanpa memerlukan rawatan sekiranya diberikan masa. Namun aku memilih
untuk memulakan rawatan. Mungkin tiada bezanya untuk aku memulakan pada waktu
itu ataupun kemudian hari. Dan pada April 6, 2012, aku memulakan rawatan untuk
HIV ku.
Pada
mulanya aku cuba untuk tidak begitu memikirkan sangat tentang rawatan
berkenaan. Pembacaan di internet berkaitan kesan sampingan ubat yang ku ambil
cuba ku tepis jauh-jauh dari pemikiranku. Doktor juga ada memberitahuku yang
aku berkemungkinan untuk mengalami beberapa kesan sampingan yang mungkin
terjadi beberapa ketika sejurus mengambil dos pertamaku. Aku tahu, aku faham
dan aku sedar akan semua kemungkinan itu. Namun, seperti yang aku perkatakan
kepada diriku sebelum ini. Mungkin ada baiknya aku memulakan rawatan sekarang.
No turning back.
Malam itu setelah
mengambil dos pertama Stocrin ku, aku cuba untuk terus tidur. Tiada apa. Detik
berlalu perlahan sekali. Kurasakan tidak tenang. Ku menghala ke kanan, mungkin
untuk menjadikan diriku lebih selesa. Namun, setelah beberapa ketika, tiada
apa. Aku masih tidak mampu untuk melelapkan mataku. Entah berapa lama masa yang
berlalu. Tiada apa juga yang terjadi. Aku cuba untuk mengosongkan pemikiranku.
Namun, setiap kali aku hampir berjaya mengosongkan benak fikiranku, tiba-tiba
ada sahaja kerisauan yang entah dari mana sedari tadi menyorok, kini menjengah
tiba.
Lantas,
aku bangun, perlahan-lahan, kaki ku melangkah. Tiba-tiba kurasakan kepalaku
begitu berat sekali. Seakan-akan aku sedang mabuk. Aku cuba untuk berjalan
lurus, namun, kakiku dan fikiran ku tidak selari. Kepalaku berdenyut-denyut
menahan kesakitan yang tidak pernah kurasakan sebegini kuat. Aku berhenti
seketika, dan terduduk bersandar di dinding. Argh... Adakah ini kesan sampingan
yang diperkatakan? Adakah aku akan berterusan merasakan seperti ini di setiap
hari-hari kehidupanku? Mampukah untuk aku bertahan?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kurasakan
muka sedikit panas. Perlahan-lahan mata kubuka, cahaya matahari yang masuk dari
celah-celah langsir menyinari wajahku. Kepalaku tidak lagi kurasakan sakit
seperti semalam. Namun kini, denyutan demi denyutan di seluruh kepalaku
perlahan-lahan menjadi semakin ganas. Cahaya matahari itu hanya menambahkan
lagi rasa tidak selesa yang kurasakan. Aku cuba untuk bangun. Namun, seluruh
badanku kurasakan begitu lemah sekali. Aku merasa hairan, kurasakan hangat di
bahagian atas badanku, namun kaki ku sedikit kesejukan. Aaaah, rupa-rupanya aku
hanya memakai kemeja milik Khai.
Tiba-tiba
handphoneku berbunyi bingit. Ku lihat ke dinding, jam sudahpun menunjukan pukul
8 pagi. Sialan. Perlahan-lahan aku bangun, cuba untuk mengumpulkan kekuatan di
kakiku, lantas bergerak untuk mematikan alarm. Aku melihat ke arah lagi
disebelah katilku. Pandanganku jatuh disitu entah untuk berapa lama.
Aku merasa
sedikit selesa berbanding sedari waktu aku mula terjaga tadi.
“Persetankan
semua itu” kata hatiku. Aku kembali berbaring di atas katil. Selimut tebal ku
biarkan membaluti tubuhku. Namun. Aku. Aku. Hatiku terdetik, lantas ku lihat
semula ke arah laci tersebut. Lembut kurasakan, hangat dan menenangkan, kemeja
Khai yang membaluti tubuhku seolah-olah menghangati badanku. Perlahan-lahan,
tanganku mencapai laci tersebut dan sebiji pil aku keluarkan. Kali ini, ia
berbentuk bujur, putih. Combivir. Aku lihat ia diam ditelapak tanganku. Dan,
seperti yang sepatutnya, aku menelan pil tersebut.
Sarapan ku
pagi ini hanyalah 2 keping roti bakar, scrambled egg dan segelas jus oren
sejuk. CD Jamie Cullum yang ku beli entah bila dahulu kupasang, lagu All at Sea
berkumandang memecah keheningan pagi. Untuk hari ini, aku tidak mempunyai
sebarang perancangan. Baru pukul 9.15 pagi. Semalam Joe mengajakku untuk keluar
bersama-sama. Katanya mahu meluangkan masa bersama setelah beberapa kali aku
menolak untuk berbuat demikian. Aku cuma mengatakan yang aku sudah punyai perancangan
yang lain. Aku tidak memberitahu Joe bahawa aku akan memulakan rawatan HIV ku
pada malam semalam. Tiada siapa yang tahu akan keputusan yang kuambil ini. Termasuklah
abang Kamahl. Aku tidak mahu melibatkan sesiapa lagi. Cukup lah sudah semua
yang terjadi. Biarlah aku cuba untuk menanggung semua ini seorang diri.
Kadang-kala
aku merasakan yang aku berlaku tidak adil kepada diriku sendiri. Selepas
kepulangan ku dari eropah, aku mula lebih serius dalam menyertai satu support
group untuk golongan gay yang juga pembawa virus HIV. Aku mula mengenali
kumpulan tersebut setelah kepulangan Khai dari Australia 2 tahun lepas. Dia
yang begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala bantuan yang boleh
difikirkan untukku. Aku hanya menurut permintaanya untuk memberi peluang kepada
diriku dengan hadir ke sesi yang diadakan. Kebanyakan dari mereka yang hadir di
dalam lingkungan 30-40 tahun. Aku sedikit kekok pada awalnya apabila mengetahui
aku merupakan yang termuda. Khai mahu menemani aku di sepanjang sesi perjumpaan
berlangsung. Namun, aku memintanya untuk tidak hadir bersamaku. Khai hanya
menurut permintaanku.
Sungguhpun
kesemua yang hadir merupakan pembawa virus HIV, namun rata-rata mereka sudah
dapat menerima bahawa HIV hadir di dalam tubuh mereka. Mereka tidak menampakan
sebarang kesedihan dan kegusaran. Dan mereka begitu memahami akan apa yang aku
lalui pada waktu itu, sewaktu aku masih lagi mendapat tahu akan status baruku
ini. Berbicara dengan mereka membuatkan aku lebih terbuka untuk menerima apa
yang telah terjadi. Khai turut menyatakan yang dia dapat melihat aku lebih
terbuka berkenaan isu ini.
Ialah, aku
acap kali bersikap dingin kepada Khai pabila dia mahu mengucupku, apatah lagi
apabila dia berbicara tentang seks. Aku tahu, yang ciuman tidak akan menjangkiti
Khai, dan sekiranya kami melakukan hubungan sex menggunakan kondom, risiko
untuk Khai di jangkiti virus HIV adalah sangat rendah. Namun, pada waktu itu,
aku tidak bersedia. Setiap kali Khai ingin mengucupku di bibir, aku cuba
mengelak. Aku cuma mampu mengatakan yang aku tidak bersedia. Sungguhpun
demikian, Khai mampu untuk menerima semua itu. Dia hanya memelukku dan membelai
lembut rambutku. Perbualanku bersama mereka yang turut hadir di sesi perjumpaan
tersebut selalunya berkisar tentang kehidupan seorang pembawa HIV, pengalaman
hidup, dan beberapa isu yang berkaitan seperti seks selamat, membina keyakinan
diri dan lain-lain.
Setelah
beberapa ketika, aku mula berbicara secara terbuka berkenaan HIV bersama Khai. Sewaktu
itu kami di Amsterdam untuk bercuti selama beberapa hari. Khai yang begitu
teruja setelah aku memberitahu bahawa aku kembali ingin melakukan hubungan sex
bersamanya membawa aku ke sebuah Apotheken, ataupun farmasi yang terletak di
sekitar hotel penginapan kami. Aku meletakan syarat bahawa kami akan
menggunakan kondom bagi mengelakan Khai dari dijangkiti virus HIV dari aku.
Waktu itu sudah hampir 5 petang dan kebanyakan premis perniagaan di sini tutup
sekitar pukul 5.30 petang, jadi tidak ramai pelanggan di farmasi tersebut. Kami
berdua agak kekok dan pada masa yang sama sedikit teruja dengan pelbagai jenis
kondom yang tersedia di sini. Iyalah, seumur hidup aku, aku tidak pernah
menggunakan kondom sewaktu melakukan hubungan sex dengan sesiapa. Begitu juga
sebaliknya dengan Khai, namun di dalam kes Khai, dia hanya pernah bersama aku.
Kami seperti 2 kanak-kanak yang baru pertama kali bertandang ke kedai
ice-cream. Begitu banyak persoalan. Begitu banyak jenis kondom yang tersedia,
pelincir yang berbagai jenis dan bermacam-macam bentuk.
Aku dan
Khai sewaktu itu sedang membelek kotak kondom di tangan kami sambil berbincang
tentang pilihan kondom yang ingin di buat. Mungkin di sebabkan oleh kekeliruan
yang jelas terpancar di wajah kami, seorang dari ahli farmasi di situ membantu.
Pada mulanya dia menyatakan sesuatu dalam bahasa belanda yang tidak kami
fahami. Kemudian, dia mula berbicara dalam bahasa inggeris dengan accent
belanda yang agak pekat.
“Good
afternoon, how may I help you?” tanya pekerja tersebut, Finn, berdasarkan tanda
nama yang dipakainya.
“Good
afternoon. We need condoms. But I’m not sure which one would be good since,
well, this is our first time wanting to use one. Hahaha.” Balas Khai.
“I could
recommend you few types. Protex or Billy Boy would be a good choice.”
“Owh, this
looks nice. Would it be ok to use it for anal sex?” Tanya Khai lagi.
“Aaaah,
then I would personally recommend Trojan or Crown. Of course, Trojan is one of
the best brand available and it comes in varieties too. Or, should you feel
like having the bareback experience but, with condom, then Crown is the best of
course. It is extra thin yet durable so most of the time your partner won’t
feel like you are wearing condom. But, they don’t have much variety at the
moment.”
“What do
you think?” tanya Khai kepadaku.
“Herm,
both sounds good. Maybe we should try both and find out which one works
better.” Balasku kepada Khai.
“Sure.”
Kata Khai lagi.
“Does it
fits all size? I mean, dick size?” tanyaku lagi.
“Technically
yes, regular will fit most of the size. But, if the dick size is too big, let
say, 6 inches and above in girth, it would get a bit tight and slight
discomfort.”
“Then
we’re having 2 sizes then. Regular and large for him.” Kataku lagi.
“Sure. Is
that all?” Balas Finn lagi.
“Owh ya,
we need lubes.” Tambah Khai.
“For
lubes, I would suggest Trojan’s Arouses and Intensifies, or Trojan’s Exposure.
Both are fragrance and dye free, easy to clean and non sticky.”
“Maybe,
the first one?” Tanya Khai kepadaku.
“Why not?”
Jawabku ringkas.
“Thanks
for your help.”
“You are
welcome, sir.” Balas Finn sebelum membawa kondom dan lube yang di pilih ke
kaunter.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
looking out the window
one bright star shining
now and then hidden by the cloud
gone only for a moment
inside i was sitting and staring
night was silent
giving me a chance to reminisce
forever i thought it will be there
one silly wish that i have inside
one bright star shining
now and then hidden by the cloud
gone only for a moment
inside i was sitting and staring
night was silent
giving me a chance to reminisce
forever i thought it will be there
one silly wish that i have inside
remembering how it feels sitting under that
bright night
lovely isn't it
once, only for one more time
very tiny wish that i have
even when the star no longer there
lovely isn't it
once, only for one more time
very tiny wish that i have
even when the star no longer there
finally...ada pun update!!
ReplyDeleteit's been a long time waiting for your writing..love ur writing style...
ReplyDeletethanks... I'm glad that u're still enjoying this..
ReplyDelete