Aku memutuskan untuk
melayari jalan-jalan di sekitar bandaraya Madrid selepas menghabiskan sarapan
pagiku. Menurut penjaga hostel, Emmanuel, April merupakan antara bulan yang di
tunggu-tunggu oleh penduduk dan juga pelancong di Madrid kerana banyak festival
dan pertunjukan yang akan di anjurkan. Antara yang disarankan adalah Festimad,
ataupun festival of musical biodiversity, exhibition lukisan Flemish dan Spanish
di Museo Nacional del Prado dan juga keindahan pepohon rendang di sekitar Parque
del Retiro.
Cuaca hari ini yang
cerah, sedikit berawan, serta angin yang sedikit dingin membuatkan aku hanyut
menikmati suasana musin bunga yang baru sahaja bermula lewat bulan March lalu
sungguh indah sekali kurasakan. Cuaca yang agak sejuk, berlegar sekitar 13-14
darjah celcius acapkali membuatkan aku teringat akan cuaca panas kembali di
tanah air.
Aku meneliti peta kota
Madrid yang ku beli setibanya di sini beberapa hari lalu. Dari MuchoMadrid
Hostel untuk ke Parque del Retiro aku
hanya perlu berjalan kaki untuk sekitar 2 kilometer sahaja. Jadi, aku mengambil
keputusan untuk berjalan kaki yang mana lebih senang kurasakan di sebalik
mengharungi kesesakan jalan raya di sekitar sini.
Di sepanjang
perjalananku, di kiri dan kanan kelihatan deretan bangunan-bangunan lama yang
di pengaruhi senibina Baroque. Sungguh asyik kurasakan. Perjalanan yang pada
awalnya ku anggarkan akan mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit kini mengambil
masa lebih dari 30 minit di kala aku kerap kali berhenti di hadapan satu-satu
bangunan untuk menikmati keindahan seni bina di sekitarku.
Setibanya aku di
Parque del Retiro aku disapa dengan keindahan bunga-bunga yang mekar berkembang
di seluruh taman. Hamparan bunga daffodil yang kekuningan, yang kemudian disambut oleh bunga tulip mewangi
dan iris yang kemas di tanam di sekitar laluan pejalan kaki. Di sana sini juga,
kelihatan pohon-pohon rendang yang penuh dengan bunga yang cerah mewarnai penglihatan.
Deretan pohon redbud berwarna pink, keharuman bunga lilac kecil berwarna ungu,
dan tidak dilupakan juga rimbunan pokok-pokok snowdrop anemone yang berwarna
putih kekuningan yang memberikan kontras yang sempurna di sebalik hamparan
rumput yang menghijau.
Di sana sini kelihatan
penduduk tempatan, juga pelancong-pelancong seperti ku yang berjalan-jalan
menikmati keindahan alam semula jadi ini. Kadang-kala kami di sapa oleh monumen
bersejarah yang banyak bertaburan di sekitar taman. Taman ini yang dahulunya
merupakan taman diraja Raja Philip ke dua sekitar tahun 1556 dahulu menjadi
kebanggaan penduduk Madrid dan kini di buka menjadi taman awam.
Kelihatan juga
anak-anak kecil yang berjalan berpegangan tangan dengan ibu bapa masing masing,
begitu juga pasangan muda yang turut sama menikmati musim bunga yang sedang
mendatang. Sesekali, terlihat tupai tanah mencari-cari makanan di atas pokok.
Aku duduk di atas
hamparan rumput untuk berehat sebentar setelah berjalan kaki sedari tadi. Air
minuman yang kubawa di dalam duffel beg ku ku teguk perlahan-lahan. Ah, nyaman
sekali kurasakan. Kelihatan di langit, burung-burung berterbangan riang dengan
berlatar belakang kan awan yang memutih.
Sesekali aku di sapa
oleh mereka yang lalu lalang di hadapanku. Begitu mesra kurasakan sekali. Angin
yang sedikit sejuk bertiup membelai rambutku yang tersisir rapi. Nasib baik aku
membawa sehelai skaf berwarna kelabu cerah bersama-sama. Skaf itu ku lilit rapi
di leher mengikut gaya Parisian knot, menghalang dari leherku merasa dingin dek
tiupan angin ini.
Setelah menghabiskan
beberapa ketika di sini, aku kemudian bergerak semula menuju ke beberapa lokasi
lain seperti Museo Nacional del Prado,
Museo Nasional Centro de Arte Reina Sofia dan San Francisco el Grande Basilica.
Kemudian di perjalanan balik aku mengambil sedikit lencongan dan pergi ke Royal
Palace of Madrid yang terletak berhampiran dengan hostel penginapanku.
Caj masuk sebanyak €10
di kenakan kepada setiap pengunjung. Istana ini yang masih lagi menjadi
kediaman rasmi Raja dan Permaisuri Sepanyol di buka untuk orang awam sedari
pukul 10.00 pagi sehingga 8.00 malam. Jam telah pun menunjukan hampir pukul
3.28 petang dan aku masih lagi tidak mengisi perutku selain dari sarapan pagi
tadi.
Sewaktu menyusuri
perjalanan pulang ke hostel, aku lalu di Plaza Santo Domingo, dan kelihatan
deretan restoran yang memenuhi kiri kanan plaza. Aku singgah di salah sebuah
restoran tersebut untuk mengisi perutku. Tapas, gazpacho manchego dan juga
secawan teh sejuk.
Setibanya aku kembali
ke hostel kelihatan katil sebelah telah pun berpenghuni. Tiada bayang akan
siapa yang menjadi temanku namun kelihatan beberapa barang seperti beg baju di
atasnya.
Aku yang kepenatan
mengambil peluang untuk berbaring seketika sebelum mandi membersihkan diri.
__________________________________________________________________________
Aku terjaga dari lena
tattala kedengaran suara orang berbual. Kelihatan seorang lelaki eropah sedang
berbual-bual dengan seorang lagi yang tidak kukenali di katil sebelah. Jam
menunjukan hampir pukul 8.45 malam. Aku perlahan-lahan bangun bergerak ke bilik
mandi dan kemudian turun untuk mencari makan malam.
Malam ini merupakan
malam terakhir aku di kotaraya Madrid. Aku memutuskan untuk bergerak pergi esok
pagi, aku membuka buku panduan eurorail yang tersimpan di dalam duffel beg ku.
Aku memutuskan untuk ke Milan. Perjalanan kali ini mengikut perkiraanku akan
mengambil hampir 2 hari kerana aku membuat keputusan untuk melalui Valencia,
Barcelona, Montpellier, Nice dan dari Genova ke Milan.
_________________________________________________________________________
Maybe it was hard to
realize
Inside there was a hole
So deep it was
So dark I couldnt see a thing
I thought i found ways to close it
Nonetheless
Gone all the time...
Yearning on everything
On everyone
Until the end..."
Inside there was a hole
So deep it was
So dark I couldnt see a thing
I thought i found ways to close it
Nonetheless
Gone all the time...
Yearning on everything
On everyone
Until the end..."
I live a positive life. Itu yang aku katakan
kepada diriku. Namun, aku tahu, semua itu hanyalah satu penipuan. Hari-hariku
di isi dengan tiada apa. Masaku lebih banyak di habiskan entah untuk apa. Rumah
bagiku hanyalah satu perkataan yang tidak membawa sebarang erti lagi. Kosong.
Tiada apa yang menanti kepulanganku.
Perjalanan yang ku buat merentasi benua gagal
mengisi lohong hitam di dalam hatiku. Ke sana ke sini aku membawa diri,
mengikut ke mana kaki ini melangkah. Sepanjang lebih 2 bulan, dari satu bandar
ke satu bandar, satu negara ke satu negara aku melangkah. Rumah tumpangan demi
rumah tumpangan aku menumpang teduh. Hohensalzburg, Burg Glopper, Runkel, Greifenstein
dan beberapa kota lain tidak membawa sebarang erti lagi. Perjalanan yang penuh
kesunyian ini, tidak pernah terbayang untuk aku lakukan.
Kini aku kembali ke bumi Malaysia. Sepanjang
hampir lebih 2 bulan, kaki ku kini berpijak di bumi ini. Perjalanan dari KLIA
ke Ampang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Aku tiba di rumah, di sambut
oleh hamparan katil yang di penuhi oleh habuk. Mataku melereti setiap pelosok
rumah. Kelam. Tiada apa. Gambar kami berdua yang tergantung di dinding, jam-jam
Khai yang tersusun rapi di atas meja, koleksi CD-CD lagu milik Khai, semuanya
tidak terusik. Jari jemariku melewati semua miliknya. Namun tiba-tiba, aku
rebah. Satu demi satu memori bersama Khai menerjah ke pemikiranku. Aku takut.
Aku takut untuk meneruskan semua ini berseorangan. Aku takut aku tidak mampu
untuk terus berdiri kembali tanpa Khai di sisi. Aku takut saat-saat terakhir
aku bersama Khai menghantui malam-malam ku yang terpaksa aku lalui tanpa dia di
sisi. Aku takut. Aku tidak pasti samada aku sudah sedia untuk kembali. Namun,
di waktu ini, di sinilah aku berada.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku terjaga lewat pukul 11.45 pagi. Abang Kamahl
yang tiba membawa makanan membuka langsir rumah, membiarkan rumah ini di sinari
cahaya setelah lama di selubungi kegelapan. Sepanjang pemergianku, tidak pernah
sekali aku membalas SMS atau email yang di tinggalkan oleh abang Kamahl atau
yang lain. Namun mereka tidak jemu-jemu untuk menghantarkan SMS menanyakan
perkhabaranku.
"So how was ur
trip?"
"It was, ok I
guess."
"And how do you
feel now?"
"Just the
usual."
"So what are you
going to do now?"
"I don't know.
Maybe I could start with looking a job. That way I could kill some time."
"Are you ready
for that? You could use some time off if you need it."
"I will think
about it."
"When is your
next appointment with the hospital?"
Well I need to fix
the appointment first. Going to give them a call tomorrow for it."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tiba di klinik ID Hospital Sungai Buloh lebih
kurang jam 9.35 pagi. Perjalanan menaiki tren dari Ampang ke Sungai Buloh
mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Agak leceh, terpaksa menukar tren dari
Ampang ke Hang Tuah, menuju ke KL Sentral lalu ke Sungai Buloh. Namun, dengan
keadaan keretaku yang hancur teruk ketika kemalangan tersebut, aku tidak
mempunyai sebarang pilihan selain mengambil pengangkutan awam.
Sementara menunggu giliran aku untuk berjumpa
doktor, aku di sapa oleh Hanafi, seorang sukarelawan dari PT yang ku kenali
dari mengikuti beberapa sesi support group anjuran mereka dahulu. Setelah
beberapa ketika perbualan kosong, dia menyatakan bahawa perjumpaan support
group kali ini akan di adakan dalam 2 minggu lagi. Mungkin ada elok juga untuk
aku pergi, sekurang-kurangnya aku tidak perlu keseorangan di rumah. Di dalam
perjalanan pulang aku membuat keputusan untuk singgah sebentar ke KLCC. Dari
satu sudut ke sudut yang lain, akhirnya aku memilih untuk duduk di Malones,
sebotol Budweiser dan sebatang rokok Dunhill yang ternyala, aku mula melewati
satu demi satu halaman dari buku "The History of Love" oleh Nicole
Krauss. Semuanya bermula dengan kisah percintaan suci seorang kanak-kanak
lelaki bernama Leo kepada Alma. Cerita yang merangkumi kisah percintaan lebih
dari 10 tahun, dengan Leo yang menghadiahkan 3 buku tulisanya sendiri kepada Alma,
cinta sejatinya. Buku ketiga, The History of Love, turut menjadi hadiah kepada
Alma.
"Once upon a time, there was a boy who loved
a girl, and her laughter was the question he wanted his whole life
answering".
Aku terkaku pabila membaca ayat tersebut. Betapa
aku pernah berjanji untuk selama-lamanya bersama Khai. Mendengar tawa mesranya,
memegang erat tanganya di waktu dia berduka, sentiasa di dalam pandangan
matanya. Namun aku tidak berjaya.
Buku yang baru ku beli itu bersama Budweiser yang
masih berbaki ku tinggalkan di atas meja lantas ku berlalu pergi.
Seperti malam-malam sebelum ini, hanya baju yang
di tinggalkan Khai menjadi peneman hariku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“How much do you
have to fork out for your car?” tanya abang Kamahl ketika kami di dalam
perjalanan ke bengkel untuk mengambil keretaku yang sudah siap di baiki.
“Around RM4700.00.
They said they have to do extensive work on it.”
“Insurance cover tak?”
“Yeah.”
Setibanya di
bengkel kelihatan keretaku yang di letakan di kawasan hadapan bengkel. Setelah
menanda tangani borang-borang dan mengambil resit, aku mengambil kunci kereta
dari mekanik berkenaan. Aku masuk kedalam kereta, kelihatan, tempat duduk
hadapan telah pun di tukar dengan yang baru.
Tiba-tiba aku
teringat akan di saat kereta itu berpusing laju lantas merempuh penghadang
jalan, insiden yang meragut nyawa Khai. Kurasakan sesuatu bergelora di dalam
dadaku. Tanganku yang masih lagi memegang kunci yang tersemat rapi di key slot tiba-tiba
menggigil. Aku cuba untuk memutarkan kunci, namun, tangan ku seinci pun tidak bergerak.
Aku sedikit terkejut
pabila tiba-tiba kedengaran abang Kamahl mengetuk tingkap keretaku. Aku membuka
pintu dan melihat abang Kamahl.
“Is everything alright?”
“I can’t.”
“You can’t? What do
you mean?”
“I can’t drive. I tried.
Everytime I want to turn the key, I saw it. That accident came into my mind. I can
see the blood everywhere. I can hear him. I can’t, abang.”
Abang Kamahl tidak memberikan
sebarang respon. Namun dia kemudian mengusap lembut rambutku, lantas dia mengeluarkan
telefon bimbitnya dan membuat suatu panggilan.
Beberapa ketika kemudian,
Joe dan Hisyam tiba. Mereka memeluk aku perlahan, sebelum Joe mengambil kunci kereta
dari tanganku. Abang Kamahl memimpin aku ke keretanya dan kami bergerak pulang ke
Ampang.
“Ezra, I know for a fact that you love Khai so
much, and Khai love you the same way you
love him. I know you inside out, I know how strong you could be. I might not
know Khai better than anyone else, but I know for a fact that he is a good guy,
that he loves you more than anyone else in this world, and you matter the most
to him. And I know for a fact that he would feel deeply hurt if he saw you like
this. He won’t like it. He would want to see your bright side again. Ezra, it
is ok to feel sad, that is normal because we are human. We’re created with
emotion. But, that is not the end of everything. You have to remember that you
are alive, you still have everyone of us, and will be here for you everytime.
Remember. Live for the memories you had with him. And create millions of new
memories from now on.
Aku, Joe dan Hisyam
duduk di ruang tamu setelah tiba di rumah sementara abang Kamahl ke dapur
membuat air.
“Are you ok, Ezra?”
tanya Joe.
“Yeah, better now,
I guess.”
“You look, like
you’ve lost some weight. You don’t feel like eating?”
“I don’t know. I
guess, maybe I lost track of time, now and then.”
“Ezra, do take care
of yourself. We know that you still feel sad over all that happened, but, you
have to move on. Yes, it is hard to let go. Even we find it hard to believe
that Khai has gone. But, we still have the memories together. You still have
all those sweet memories with him. Move on, please.” Tambah Joe lagi.
“I’m afraid. I’m afraid
to face everyone. I can’t imagine myself walking alone, I’m afraid to fall
asleep alone, and waking up to no one next to me in the morning. I’m afraid
that if I fall asleep I will dream of him and the fact that he will leave me
over and over again when I woke up. I can’t bear the pain of letting him go. I
afraid that I did let go, I will cease to remember him, that I will forget
about him.”
“Ezra sayang, we
are not asking you to forget him. No one is asking you to forget him. No one.
All we are asking is for you to cherish the memories, to honour the promises
you made to each other, to be yourself that we knew before all this happened.
We want to see the smile that was once on your face, the love that we saw in
your eyes. That is all we ask. I know it is hard. But, it’s not impossible. It
will never be impossible. But, remember, you have all of us with you. Don’t
keep everything to yourself. We love you so much that it hurts me just looking
at you like this.” Kata abang Kamahl.
I've been touch the last paragraph.... it so sad..... it feel like i'm the one who face it..... its amazing sentences...... huhuhu
ReplyDeletebest giler cite ni..nak tau sgt apa kesudahannya..
ReplyDeletethanks for reading...
Delete#trauma
ReplyDeleteam crying so hard while reading this, tbh..and still crying..
ReplyDeletewhere are you mr. eaj...am craved with your writings...
ReplyDelete