mpat Puluh Tiga
Badanku terasa begitu letih sekali. Kedinginan pagi
menyerapi kedalam comforter yang membaluti tubuh kecilku. Cahaya matahari yang
menyinar masuk di celah-celah langsir tebal yang menutupi tingkap di tepi
katil.
Aku perlahan-lahan bangun dan mencapai sehelai t-shirt
putih dari atas sofa, dan kemudian bergerak ke dapur selepas ku singkap langsir
di ruangan tamu, hari sudah pun cerah. Rintik-rintik hujan lembut membasahi
bumi dan alunan bunyi air hujan yang mengetuk ke cermin tingkap begitu seragam,
namun tidak menentu. Suhu penghawa dingin ku naikan sedikit, dengan aku yang
hanya memakai seluar dalam dan t-shirt sahaja, sekali-sekala merasa sedikit
sejuk.
Ku lihat kedalam peti ais, memikirkan apa yang patut aku
sediakan untuk sarapan pagi. Balang berisi tepung, gula dan garam ku capai dari
kabinet dapur. Lantas susu, telur dan butter ku capai dari dalam peti ais.
Setengah cawan unsalted butter kemudian ku masukan kedalam microwave dan ku
panaskan hanya untuk 15 saat. Setelah itu 1 1/3 cawan tepung, 4 sudu teh baking
powder, setengah sudu teh garam dan 2 sudu teh gula ku campur bersama dan ku
kacau sekata.
2 biji telur ku pecahkan berhati-hati dan ku asingkan
kuning telur dari yang putih lantas kuning telur tersebut ku campur sekali
bersama adunan tepung itu. Setelah itu, putih telur yang di asingkan seketika
tadi ku pukul sehingga menjadi fluffy dan mendapat tekstur yang sedikit pejal.
1 3/4 cawan susu dan butter yang telah dicairkan sedikt tadi kemudian ku
masukan sekali ke dalam adunan tepung, dan akhir sekali putih telur ku
campurkan sebati. Setelah itu, sedikit dari adunan itu ku tuang ke dalam bekas
pembakar.
Kemudian, 5 biji pisang yang masak ranum ku buangkan
kulitnya, dua biji apple hijau ku potong lapan, dan sesenggam cornflakes, ku
masukkan ke dalam blender. 3 sudu besar protein powder, setengah gelas susu
segar, 2 helai daun pudina segar, dan segelas ais ku campurkan sekali sebelum
ku blend sehingga hancur. Setelah ku tuangkan ke dalam gelas, dan mengeluarkan
waffle yang masih panas dari bekas pembakar, jem raspberry, semua itu ku
letakan di atas dulang dan ku bawa kembali ke hujung katil.
Tv ku hidupkan, dan channel AXN ku pilih, langsir di
bahagian bilik tidur ku selak. Setelah itu, aku kembali ke sisi kanan katil,
dan dahi Khai ku cium lembut. Khai masih lagi tertidur lena di baluti
comforter. Aku tersenyum sendiri melihatkan Khai yang merasakan hari masih
malam.
Aku perlahan-lahan mencium dahi Khai, “Wake up, by.”
Kataku.
Kemudian aku mencium kedua-dua mata Khai, “Wake up,
honey.”
Lalu aku mencium pipi kanan dan kiri Khai, “Wake up,
sweet pie”
Dan aku mencium lembut bibir Khai, sebelum melagakan
hidung kami berdua untuk seketika. “It is morning, and waffles are getting
cold, love.”
Tiba-tiba kedua-dua tangan Khai merangkul leherku, dan
bibir kami bertaut lama. “I need more kisses.” Kata Khai manja.
“Well, you are getting more kisses after breakfast.”
Kataku sebelum mencium Khai sekali lagi di bibirnya dan lantas menariknya
bangun dari katil. Setelah Khai mencuci muka dan menggosok gigi, kami menghabiskan
sarapan yang aku telah sediakan.
Setelah menghabiskan sarapan pagi
kami bersama-sama membersihkan diri. Sejurus kemudian kami keluar menuju ke 1
Utama untuk menonton Insidious bersama-sama abang Kamahl, Joe, Hisham dan yang
lain-lain. Sudah lama aku tidak menghabiskan masa bersama-sama mereka. Hisham
yang pada mulanya mahu menonton cerita lain, terpaksa akur dengan kehendak
majoriti yang mahu menonton cerita tersebut. Kami yang tahu akan karakter
Hisham yang senang berasa terkejut, akan lemah semangat dengan cerita ini.
Kasihan juga melihatkan Hisham yang sedikit pucat setelah kami keluar dari
panggung wayang. Namun, untuk menceriakan kembali Hisham, kami semua singgah di
batting cage.
Suasana agak gamat tattala ramai orang yang turut menghabiskan masa di
sini. Hanya 1 cage yang kosong, jadi kami semua terpaksa bergilir-gilir
menunggu giliran. Joe memulakan dahulu. Cubaan pertamanya tersasar, begitu juga
cubaan kedua, dan ketiga. Dia yang mula berasa geram menjerit melepaskan
perasaan semasa menghayunkan bat untuk kali keempat. Namun, sekali lagi dia
tersasar. Kemudian, abang Kamahl masuk kedalam cage tersebut dan menekan butang
berhenti. Kami memandang gelagat abang Kamahl.
Lantas abang Kamahl mengambil bat yang di pegang Joe lantas menunjukan posisi
dan cara pegangan yang betul. Owh, aku hampir terlupa yang abang Kamahl juga
selalu bermain besbal semasa di sekolah dahulu.
Setelah menunjukan beberapa kali hayunan, abang Kamahl memulangkan semula
bat tersebut kepada Joe. Dia lantas menyuruh Joe membuat fake batting, sambil
abang Kamahl melihat.
“Salah cara pegang tue, rapatkan kedua-dua tangan, kemudian, semasa hayun
tangan di luruskan. Jangan pandang bat, pandang kepada bola.” Komen abang
Kamahl.
“Susah la abang. Kalau pandang bola macam mana nak halakan bat ke mana.”
“Kamu cuba dulu. Abang tekan butang start.” Balas abang Kamahl lagi lalu
memulakan kembali bola.
Joe mengambil nafas yang dalam, postur badanya sedikit berubah dari sebelum
ini, dan pabila bola di lepaskan, dia menghayunkan bat yang di pegangnya.
“Miss” kata Hisham.
Benar telahan Hisham. Sekali lagi Joe tersasar.
Abang Kamahl sekali lagi menekan butang berhenti. Kali ini dia tidak
mengambil bat dari Joe, namun, dia berdiri di belakang Joe, lalu membetulkan
postur badan Joe. Kemudian, dia meletakan tanganya di atas telapak tangan Joe,
dan dari belakang, dia menggerakan badan Joe, perlahan-lahan seperti
menghayunkan bola yang laju.
“Hmmm. Abang tak pernah ajar adek macam tu.” Komen ku.
Abang Kamahl lalu berpusing menghadap kami, “Pernah, masa sekolah dulu.
Lupa ke?”
“Hehehe. Nak mengusik abang lah.”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu kami semua menuju ke Sky Bar, untuk minum bersama-sama. Abang
Kamahl tidak dapat mengikuti kami kerana mempunyai urusan yang lain. Aku dan
Khai tiba sedikit awal dari waktu yang telah di tetapkan. Beberapa ketika
selepas kami memesan minuman, Joe, Vincent dan Hisham tiba.
“Have you waited for long?” tanya Vincent.
“Nah, only for about 5 minutes” kataku.
Sedikit demi sedikit, pengunjung hampir memenuhi setiap pelusuk Sky Bar.
Beberapa wajah yang agak familiar kelihatan di sana-sini. Joe dan yang
lain-lain sedang leka menari mengikuti alunan lagu Poker Face dari Lady Gaga
sementara bersandar di dada Khai di gazebo.
“You guys are not hitting the floor?”
Tiba-tiba Chuck, rakanku yang merupakan seorang bartender di sini muncul.
“Nah, maybe later. How’s tonight?” Balasku.
“Hectic. And lots of tips. Hahahahaha.”
“Good for you.”
“Yeah, I need to head back to the bar, let me know if you guys need
anything, ok.”
“Sure dude.”
Aku memegang erat tangan Khai yang di letakan di dadaku. Sekali sekala,
Khai mengusap lembut rambutku, dan kami berpandangan mata. Dia hanya tersenyum
tiap kali kami berpandangan. Aku kemudian perlahan-lahan, meletakan tanganku di
belakang kepala Khai, dan Khai ku dorong ke bawah. Kami berkucupan untuk
seketika.
“Love you.”
“I love you more.” Balas Khai lantas mencuit hidungku.
“I want everyday to be like this. Doing nothing, just to lay down on your
chest, holding your hands, kissing you all day long.”
“Believe me, I want to do the same for my entire life. In fact, there is
nothing more for me to do, even after I left.” Aku tidak tahu samada ianya
hanyalah perasaanku, untuk seketika, aku merasakan yang nada Khai berubah, dan
matanya kurasakan sayu.
“Why are you talking about leaving, so suddenly?”
“You are strong, brave and the most loving person I have ever met. I know it is
hard, but, find that courage to stand back. Stand proud like you did
previously. Love yourself like how you love me. Abang Kamahl, nenek, Joe,
everyone else are there with you, and even when you feel that I am far away,
close your eyes, and call my name, and I will come to you in your sleep, and I hope to see your smile again, just like always. Think of all our happy moments together. See
for yourself, your smile that reflects in my eyes. Find that smile again. And
remember, I always love you, no matter where I am, I will always do. And whenever you think of me, pray to Him that His blessing is with me. I hope one day that you will be able to call to Him, because you want to, not because of my little request. Now, wake up, and look at the sky. As I will be looking for you too."
Setitis air mata mengalir di pipiku. Hangat, dan membasahi.
Kulihat sekelilingku, kegelapan memenuhi hampir
setiap pelusuk bilik. Fikiranku cuba untuk mengingati kembali apa yang telah
terjadi. Ku lihat di kiriku, sebuah katil bujang kosong, begitu juga di kanan.
Seolah-olah baru sahaja tersentak, aku sedar yang itu hanyalah mimpi. Mimpi
indah yang betapa aku inginkan untuk menjadi satu kenyataan. Aku kini di bumi
asing, Madrid, keseorangan. Khai tiada disisiku. Tiada untuk selamanya.
Selamat kembali.. x sbr menanti untk episod setrusnye..
ReplyDeleteselamat kembali setelah lama tidakmenulis .suka baca kisah khai dan ezra .sungguh ezra menayangi khai walaupun dier sudah tiada untuk selama -lama/ .flashback bagi ezra sesuatu kenangan bersama khai sesuatu yang tidak akan dilupai oleh ezra .suka membaca flash back ini heehee.good job dan penulisan ,membuat pembaca ingin tahu lebih lanjut mengenai khai dan ezra walaupun khai sudah tiada .
ReplyDeleteslmt kembali..
ReplyDelete