My list

May 30, 2013

Dia - Empat Puluh Dua

E
Aku terjaga dari tidurku yang seakan-akan begitu panjang sekali. Ku lihat keluar tingkap, awan memutih sejauh mata melihat. Hari ini March 10, 2010, telah 9 hari berlalu semenjak Khai meninggalkan kami semua. Tepat pukul 11.15 malam March 1, 2010, Khai menghembuskan nafas yang terakhir untuk selamanya.

Matahari terik memancar ke wajahku. Ku lihat ke sebelah, tiada siapa. Sunyi sekali aku rasakan. Tidak pernah terbayang di dalambenak fikiran ku yang perjalanan ini akan aku buat. Aku redha. Namun, aku harus akui, bahawa tiada lagi erti untuk aku meneruskan perjalanan hidupku. Setelah sekian lama, kini aku kembali sendirian.

Urusan pengkebumian Khai berjalan pada keesokan hari kematian. Nenek memutuskan untuk menyemadikan jenazah Khai di tanah perkuburan Bukit Kiara, berdekatan dengan pusara ibu, bapa dan adik Khai. Sepanjang majlis pengkebumian, nenek kelihatan sugul. Namun, tidak setitik pun air matanya jatuh ke pipi. Nenek begitu tabah menghadapi segala ujian yang di berikan padanya.

Nenek dengan sabar menenangkan aku yang masih lagi tidak dapat menerima akan pemergian Khai. Tangan nenek sentiasa di bahuku memberikan sedikit kekuatan. Nenek meminta abang Kamahl serta beberapa jemaah lain untuk memandikan jenazah Khai sambil aku berdiri di luar kawasan yang digunakan untuk memandikan jenazah. Aku tidak mampu untuk turut serta memandikan jenazah Khai untuk kali terakhir. Namun, ketika abang Kamahl meminta aku untuk menjiruskan beberapa ceduk air terakhir kepada Khai, aku sedaya upaya untuk menahan diriku dari mengalirkan air mataku. Aku sebak dan begitu sedih sekali. Aku tidak berupaya untuk melakukan semua ini. Setitis air mata membasahi pipi ku.

Lamunan aku kemudian terhenti pabila kedengaran pengumuman dari kapten yang menyatakan kami hampir tiba di Heathrow Airport. Perjalanan selama 16 jam kurasakan begitu panjang sekali. Ku lihat ke kerusi bersebelahan, tiada siapa. Tidak pernah ku bayangkan yang aku akan membuat perjalanan ini sendirian, tanpa di temani oleh Khai. Entah mengapa kakiku membawa aku ke bumi asing ini. Kurasakan begitu kosong sekali. Begitu sejuk sekali kurasakan. Kutahu perjalanan ini tidak membawa sebarang erti, namun, aku tidak dapat menelah kenapa ku masih lakukan.

Setibanya aku di Heathrow Airport aku kemudian terus menuju ke stesen kereta api untuk meneruskan perjalananku. Destinasi seterusnya merupakan Lille, di mana aku akan menghabiskan masa sehari untuk berehat sebelum terus ke Morlaix. Aku membeli Eurail Global Consecutive pas untuk 3 bulan. Aku tidak pasti berapa lama aku akan berada di benua ini, namun, aku pasti, ianya bukan untuk tempoh masa yang singkat.

Setelah membayar USD2100 untuk pas ku di stesen London St Pancras, aku mendapatkan sedikit bekalan makanan sebelum menaiki tren. Perjalanan ke Lille hanya mengambil masa 2 jam. Di sepanjang perjalanan, keheningan hari di iringi lagu yang di mainkan dari MP4 player ku dan sebuah buku nota kosong yang ku beli di stesen.

Buku nota kosong yang terbuka di hadapan ku ku biarkan sahaja. Pen di tanganku seakan-akan tidak wujud. Lamunan ku kembali hilang entah ke mana. Seketika kemudian, tanpa kusedari, tertulis Khairul Razlan Johari di muka pertama buku itu. Entah bila aku menulisnya. Riak wajah terakhir Khai, hembusan nafasnya, dan genggaman tanganya masih lagi kurasakan. Aku kemudian mula menulis, mungkin ini akan menjadi memori cinta terakhir aku kepadanya.

Setibanya di Lille, aku terus ke tempat penginapanku. Ketibaanku di sambut oleh Alain, tuan punya Miniloft Euralille. Setelah membayar 50€ untuk penginapan satu malam, aku terus duduk di recliner sofa yang tersedia. Aku terus menulis, sambil kadang-kala pandanganku menjengah ke luar tingkap loft yang tersergam indah ini.

Betapa indahnya permandangan yang kelihatan. Namun, kurasakan begitu kosong sekali. Memori demi memori perkenalan aku, Khai, dan abang Kamahl singgah di fikiran ku. Begitu asyik sekali tanganku menari-nari di atas helaian kertas kosong itu. Tanpa kusedari, hari sudahpun beransur tamat, dan jam kelihatan sudah pukul 8.15 malam.

Dengan perlahan, aku kemudian bergerak ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Di saat aku membuka pintu bilik air, aku tergamam pabila sekilas pandang aku terlihat akan kelibat Khai yang sedang berbaring di dalam tub mandi, tersenyum kepadaku. Namun kemudian bayangan itu hilang. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Aku tahu ini semua hanyalah banyangan. Namun, betapa aku mahukan yang semua itu adalah suatu kebenaran. Betapa aku mahukan Khai berada di sini bersamaku. Betapa aku mahukan tangan yang membaluti lembut tubuhku ini bukan milikku, namun miliknya.

Setelah hampir 30 minit, aku kemudian bersiap-siap untuk turun mencari makan malam. Suasana malam di Lille sungguh mengasyikan. Setiap jalan yang kulewati kelihatan gelak tawa, keriangan yang terpancar oleh penduduk di sini. Tidak kurang juga kelibat beberapa pelancong asing yang kelihatan. Aku kemudian masuk ke sebuah restaurant yang di beri nama Chez la Vieille.

“Les parois de ma vie sont lisses
Je m'y accroche mais je glisse
Lentement vers ma destinée:
Mourir d'aimer

Tandis que le monde me juge
Je ne vois pour moi qu'un refuge
Toutes issues m'étant condamnées:
Mourir d'aimer”

Perhatianku teralih dari makanan yang terhidang di hadapanku kepada bait-bait lagu yang sedang dimainkan di dalam restoran ini. Begitu indah dan sayu sekali melodi yang kedengaran. Aku memanggil seorang pelayan, dan menanyakan perihal lagu yang sedang berkumandang. Katanya dengan accent French yang begitu pekat, lagu ini merupakan sebuah lagu dari Charles Aznavour yang bertajuk Mourir d’aimer. Katanya lagi, lagu ini berkenaan perasaan cinta tidak terharga. Tambahnya lagi, hidup ini tidak mungkin dapat dipisahkan dari cinta, kerana, tanpa perasaan cinta, maka tiada apa lagi yang bermakna. Aku terkedu seketika. Dengan tidak sengaja, air mataku keluar mengalir tanpa kerelaanku. Risau akan keadaan diriku, pelayan tersebut bertanya samada akan keadaan diriku. Aku hanya tersenyum sebelum mengatakan yang aku tidak apa-apa. Tanpa aku sedari, perbualan dan gerak geri ku di perhatikan oleh seseorang yang tidak ku kenali.

Selepas kemudian, aku beransur pulang ke loft yang ku sewa. Aku hanya berbaring di atas sofa-bed yang tersedia, dan tiada apa yang kulakukan. Perasaan sebak di dalam hatiku kurasakan semakin menebal. Aku cuba untuk tidak memikirkan tentang Khai, namun, semakin kuat aku menolak memori itu, semakin dekat dan jelas ia mendekati ku.

Aku cuba untuk menenangkan fikiran dan hatiku. Baringku seakan tidak kena, aku berpusing dari satu arah ke arah yang lain. Aku tidak dapat melelapkan mataku. Kemudian semuanya keluar, aku tidak lagi dapat menahan sebak ku. Titisan air mata keluar mencurah-curah membasahi diriku. Aku merasa begitu sakit sekali. Setiap inci badanku kurasa tidak bermaya. Aku tidak mampu untuk bergerak. Aku perlukan Khai. Aku perlukan dia di sisiku.

Namun kemudian perlahan-lahan aku mencapai beg pakaianku. Aku mencari-cari akan sesuatu, dalam kesedihan itu aku seakan-akan tidak dapat menjumpainya. Walaupun ianya hanyalah di depan mataku. Selepas beberapa ketika, aku akhirnya menjumpai sesuatu yang kucari itu. Aku menciumnya, ku helakan dengan begitu dalam sekali nafasku. Baju kemeja Khai itu kurasakan masih panas, panas akan badan Khai. Dapat ku hela dalam ke dalam seluruh tubuhku akan bauan badan Khai. Dan kemudian, tanpa kusedari aku tertidor.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kereta api yang ku naiki baru sahaja melepasi bandar Amiens. Di anggarkan aku akan tiba di Morlaix pada pukul 1.30 tengah hari. Sepanjang perjalanan ku di isi dengan perhatianku tertumpu kepada penulisanku. Di kerusi bertentangan, kelihatan seorang lelaki muda yang kurasakan dari asia. Dia yang kusyuk mendengar lagu menggunakan headphone nya seakan perasan akan pandanganku. Dia kemudian menoleh ke arah ku dan tersenyum. Entah kenapa, aku hanya kembali menulis tanpa membalas senyumanya.

Di Morlaix aku hanya berhenti seketika untuk 4 jam sebelum meneruskan perjalananku. Waktu 4 jam itu ku gunakan untuk makan dan berjalan-jalan seketika di pelabuhan yang berdekatan dengan Du Port Hotel. Setelah itu, aku kembali berada di dalam kereta api. Kali ini destinasi persinggahan ku adalah Bordeaux, sebelum ke Madrid, Sepanyol.

Setibanya aku di Madrid, aku kemudian mencari-cari MuchoMadrid hostel. Setibanya di sana, aku diberitahu bahawa bilik persendirian sudah habis di tempah, yang tinggal hanyalah dormitories. Namun, pemilik hostel itu mengatakan yang setakat ini hanya seorang sahaja yang menggunakan dormitories itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kumohon berilah aku jalan
Untuk ku pergi dari sisi dunia
Yang gelap tanpamu kini
Saat kau pergi dari sisiku

Ku hanyut dalam angin mimpimu
Saat kau pergi hilanglah semua
Bahagia ku melayang
Mengilang bersama bintang-bintang

Malam ini ku mengharapmu
Ku slalu rindukan tuk
 bersamamu
Oh cinta… kau mutiara yang kucari
Semua yang tlah ada di diriku
Tlah hilang bersamamu
Datanglah cepatlah hadir disisiku
Jiwaku tlah hilang bersamamu
Peluk erat diriku

Ow…Oh… Uh…

Bayangmu hadir dalam mimpiku
Inginku peluk erat disisiku
Sesaat ku terbangun
Dan bayangmu lenyap dariku

Malam ini ku menunggumu
Ku slalu rindukan tuk bersamamu

Aku terjaga dari tidurku. Suasana kamar yang sedikit gelap dingin dan sunyi. Katil-katil di kiri dan kananku kosong. Hanya aku seorang yang berada di dalam bilik. Jam Rotary Chronograph yang tersemat di tanganku menunjukan sudah pukul 9.35 minit malam. Aku lantas menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diriku. Seketika kemudian aku berlalu pergi menyusuri jalan di sekitar kota raya Madrid.

Suasana malam begitu bingit dan dingin sekali kurasakan di sepanjang Calle Gran Via. Aku di beritahu oleh receptionist tempat penginapanku bahawa ramalan kaji cuaca menjangkakan suhu malam ini lebih kurang 10 darjah celcius. Aku mengenakan White Duffle Coat FCUK di atas Armani Prive Grey Long Sleeve T-shirt dan pashmina berwarna hitam di semat rapi di leherku. Entah kemana, kaki ku terus berjalan tanpa arah tujuan yang jelas. Keseorangan di sini, di tanah asing, aku hilang arah tujuan.

Setibanya aku di persimpangan Calle Tonja, dari jauh kelihatan sebuah restoran yang diberi nama Topolino. Aku memutuskan untuk ke sana. Lagipun, kali terakhir aku menjamah makanan adalah sewaktu di Bordeaux, kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Aku tidak menyedari sedari awal, namun, kurasakan seperti aku terlihat seseorang yang ku kenali. Di hujung pandangan mataku, kelibat seseorang menggamit perasaanku. Kemudian, langkahku terhenti. Aku kaku di tengah kota raya Madrid ini. Di hadapanku, berdirinya sesorang yang aku kenali, seseorang yang aku sayangi, sesorang yang dalam sedarku katakan telah pun pergi.

Dia membelakangi aku. Namun aku tahu, itu adalah dia. Di kedinginan malam ini, aku dapat merasakan itu adalah Khai. Gaya rambut yang sama, bentuk badan dan semakin aku mendekati semakin aku meyakini bahawa itu adalah Khai. Dapat ku hidu bau yang selama ini membuatku tidur lena, aku yakin itu Khai. Aku perlahan-lahan berjalan, semakin lama semakin aku mendekati dia. Namun dia masih tidak berpaling. Aku cuba untuk memanggilnya, namun tiada apa yang terluah dari mulutku. Selangkah demi selangkah, jarak yang memisahkan kami semakin rapat. Tangan kiri ku menggenggam erat cincin Khai yang kujadikan buah rantai yang ku pakai semenjak 9 hari lalu.

Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi jarak yang memisahkan kami. Namun, kemudian dia bergerak melangkah pergi.

“Khai!” jeritku tanpa sedar.

Dengan pantas aku mencapai tanganya, dan lelaki itu berpusing. Dia kelihatan bingung. “Khai?” tanya lelaki itu.

“I’m sorry. I must have mistaken you with someone else.” Kataku. Lelaki yang pada mulanya ku sangkakan adalah Khai hanyalah seorang yang tidak ku kenali. Aku kemudian berlalu pergi, namun sebelum sempat aku meninggalkan tempat itu, langkahku terhenti pabila tanganku pula di genggam erat.

“Wait.” Kata lelaki itu.

Aku harus pergi, aku tidak mahu berada di sini. Aku tidak tenang di sini. Dan aku tahu, ketenangan itu takkan kembali kepadaku. Saat di mana Khai dan aku baru pertama kali berpegangan tangan kembali bermain di mindaku. Saat di mana Khai memberikan kejutan hari jadiku beberapa tahun dahulu. Saat-saat indah itu kemudian tanpa henti-henti menjengah benak fikiranku. Titisan air mata kemudian tanpa kurela turun membasahi pipi.

“Awak tak apa-apa?” tanya lelaki itu lagi.


“Yeah. I am sorry. I must go.” Genggaman tanganya ku leraikan dengan perlahan, dan aku terus pergi dari situ. 

5 comments:

  1. sdihnya citer ni..sob sob..;(

    ReplyDelete
  2. boleh boleh sa tak lena tidur dek kerana mengingati cerita ini..
    ini semua salah adek..andai kata khai tidak balik,
    semua ini tidak terjadi..

    ReplyDelete
  3. the writer have to do something,
    tak sanggup la baca cerita cam ni...
    cakap je ini semua mimpi adek,
    mimpi semasa dia koma ke,pepe je la...
    asal khai tidak mati...
    please....
    sob sob...

    ReplyDelete
  4. takda sambungab ke?
    sedih sangat..

    ReplyDelete
  5. Sambungan please. :'(

    ReplyDelete