Aku dan
Khai tiba di Charlles de Gaulle Airport, Paris pada pukul 8.40 pagi waktu
tempatan. Setelah tiba di balai ketibaan kami singgah sebentar di cafe yang
tersedia mendapatkan bekalan sarapan sebelum mendapatkan teksi untuk bergerak
ke Orly Airport kerana penerbangan kami seterusnya ke Ajaccio hanya terdapat
dari Orly. Perjalanan kami masih berbaki 6 jam sebelum tiba di Ajaccio. Di
sepanjang perjalanan, permandangan kota metropolitan Paris memenuhi ruang
angkasa. Perjalanan yang agak panjang dari Kuala Lumpur memaksa kami untuk
berehat di mana yang boleh. Kota Paris tidak di jelajahi pada perjalanan kali
ini kerana kekangan masa yang agak terhad untuk tiba di Ajaccio. Namun, kami
telah merancang untuk singgah sebentar di kota Paris untuk 2 hari di akhir
percutian kami ke Propriano.
Percutian
kali ini telah lama dirancang bersama. Pada mulanya aku mencadangkan untuk kami
ke Capri, Italy manakala Khai pula mencadangkan untuk ke Santorini yang
terletak di Laut Aegean, Greece. Namun, setelah perbincangan bersama, kami
memutuskan untuk ke Propriano, di Pulau Corsica France kerana kami berdua tidak
pernah sampai di negara kelahiran Napoleon Bonaparte ini. Unik sekali pabila
mengetahui pulau ini juga merupakan tempat kelahiran penakluk tersohor itu.
Aku dan
Khai masing-masing sedang menghabiskan cuti semester kami pada kali ini. Aku
juga memerlukan percutian ini untuk menenangkan fikiran sebelum kembali
menghadapi peperiksaan semester akhir dan final project presentation ku. Kini
musim luruh telah menjengah di sini. Warna-warna orange dan merah daun maple
menyelimuti seluruh permandangan. Cuaca yang sedikit panas pada 25.6 darjah
celcius kurasakan nyaman sekali.
Kami tiba
di Miramar Boutique Hotel di Propriano lebih kurang pukul 4.00 petang.
Perjalanan selama hampir satu jam dari Ajaccio Airport merentasi kota lama Olmeto
menggamit permandangan. Setelah check in di bilik dan meletakkan bagasi yang
dibawa, kami berehat-rehat sebentar sebelum mandi bersama, menghilangkan
sedikit kepenatan badan sepanjang perjalanan yang jauh dan lama. Hari kami
kemudian dihabiskan di sekitar kawasan pantai yang terletak di hadapan hotel
penginapan kami.
Setelah
episod hitam yang terjadi didalam hidupku beberapa ketika sebelum ini, aku dan
Khai menjadi lebih rapat. Perasaan cintaku terhadap Khai kini tiada apa yang
mampu memadamkan. Khai pula cuba untuk tidak membangkitkan apa yang terjadi
ketika itu. Aku menghargai semua itu. Aku tahu tidak mudah untuk kami melupakan
apa yang telah terjadi. Namun, kami nekad dan tekad untuk mengukuhkan kembali
cinta yang telah lama berputik di antara kami berdua.
Percutian
selama 7 hari di pulau Corsica di habiskan dengan mencipta lebih banyak memori
indah bersama. Kami seperti sebelum ini tanpa segan silu untuk menzahirkan
perasaan cinta kami, tanpa melanggari batasan dan norma masyarakat tempatan.
Waktu berdua bersama di habiskan dengan memadu cinta indah bersama, betapa kami
berdua memerlukan masa bersama seperti ini dengan lebih kerap. Khai hanya
tinggal setahun setengah lagi tempoh pengajiannya di Murdoch sebelum dia pulang
ke Malaysia. Aku tahu, tempoh itu tidak lama memandangkan kami berdua begitu
komited untuk masa depan kami berdua. Namun, kadang kala hatiku terdetik untuk
bersama di sisi Khai untuk setiap waktu walauku tahu ia nya bukan sesuatu yang
terbaik untuk kami pada waktu ini. Pengajian kami harus di teruskan untuk
memastikan masa depan yang cerah bersama.
Keesokan
harinya kami bergerak ke Port Charles Ornano untuk menyertai Ajaccio Cruise Day
Tour. Perjalanan menaiki bot sepanjang perjalanan amat menenangkan sekali. Kami
kemudian berhenti di pantai Cala d’Orzo untuk bersantai. Kebiruan air laut
begitu menggamit perasaan. Setelah puas berenang, kami kemudian santai
menikmati minum petang yang disediakan pihak tour. Keindahan suasana matahari
terbenam menambahkan lagi keindahan suasana. Hidangan asli pastri perancis
seperti Buche de Noel, Brioche Perdu, Creme Brulee, La Cote Bassque’s Dacquoise
diiringi dengan Diane de Belgrave wain merah saling melengkapi keindahan yang
kami nikmati. Alangkah bahagianya kurasakan pabila dapat menghabiskan masa
bersama seperti ini bersama lelaki yang kucintai sepenuh hatiku. Beberapa
kawasan tarikan perlancongan lain seperti Musee Fesch, Bonaparte House, Plage
St. Francois kami jelajahi untuk memenuhi masa kami.
Diakhir
percutian kami seperti yang telah dirancang kami menghabiskan masa melewati
jalan-jalan indah di kota Paris. Champs Elysees Avenue dan Rue de Passy menjadi
destinasi kami memamdangkan kami ingin mendapatkan beberapa barangan
kenang-kenangan sempena percutian kami.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku dan
Khai kemudian mengucapkan selamat tinggal pabila kami tiba di KLIA. Penerbangan
pulang Khai ke Perth akan berlepas dalam masa 3 jam lagi. Aku menemani Khai di
ruangan menunggu sementara waktu untuk check-in tiba. Perjalanan pulang Khai
masih lagi panjang untuk tiba ke Perth, sementara aku selepas ini akan mengambil
ERL untuk ke KL Sentral sebelum pulang menaiki tren ke Bangi. Cuti semester ku
masih berbaki 3 hari sebelum aku kembali ke kuliah. Mengikut perancangan,
Hisyam, Joe dan Vincent masih lagi tidak pulang ke Bangi pada waktu ini.
Setibanya
aku di KL Sentral, aku singgah sebentar di McDonalds untuk mendapatkan Oreo
McFlurry. Sambil menikmati ice-cream dan menghisap rokok di kawasan menunggu
bertentangan dengan KL Hilton, aku mendapat sms dari Khai mengatakan bahawa dia
sudahpun masuk ke dalam kapal terbang dan akan berlepas dalam masa 10 minit. Aku
menyuruhnya untuk tidur sahaja di dalam kapal terbang memandangkan penjalananya
yang masih berbaki hampir 6 jam sebelum tiba di bumi Koala itu.
Selepas
itu, sedang aku berjalan menuju ke KTM, kelihatan terdapat program derma darah
anjuran Pusat Darah Negara yang sedang berlangsung di ruang legar KL Sentral.
Entah mengapa, aku terpaku, dan tanpa aku berfikir panjang, aku kemudian
terbaring seketika di recliner melihat darahku menitik kedalam blood collection
bag yang di sambung ke lenganku.
“Apa yang
aku sedang lakukan?” entah kenapa hatiku tiba-tiba terdetik bahawa saat ini
takkan berakhir begini sahaja.
wow.. finally! after like more than 5 months waiting?! (am i counting correctly?)... good to have you back on track!
ReplyDeletesorry for the long hiatus...
Delete