Hidup
seorang manusia tidak akan lari dari susah dan senang. Setelah apa yang aku
lalui di dalam hidupku, aku merasakan yang aku telah merasai keduanya. Di saat
hidup aku kelam bergelumang perasaan benci dan amarah, di saat aku di belai
manja oleh mereka yang menyanyangi ku. Aku merasakan cukup asam dan garam
hidupku.
Namun,
kadang-kadang, ada sesuatu yang terjadi, sesuatu yang membuatkan aku terduduk
kaku, tidak bermaya seolah jiwa ku telah diruntun keluar dari dalam badan. Dan
kini aku terasa sebegitu kembali.
Semua
kerana waktu itu.
Aku tak
menyangka semua itu akan terjadi.
****************************************************************************************************
Seperti
kebiasaannya, aku gemar berjalan-jalan di OU sejurus setelah habis sesi
wall-climbing. Routine kebiasaan, makan sebentar dan shopping, yang mana ia
merupakan retail theraphy bagiku.
Setelah
puas menjamah Duck Confit Spaghettini di Delicious, aku terus menuju ke
car-park untuk pulang ke rumah.
Badanku
terasa ringan dan segar setelah sekali lagi mandi di rumah. Kelas sudahpun
tamat dan hanya tinggal final project presentation sahaja. Bulan ini jarang
sekali aku pulang ke Ampang, ke rumah Khai dan aku, dek kerana busy dengan
study. Oleh sebab itu aku membuat keputusan untuk balik ke Ampang.
Hatiku
rasa tenang sekali setelah tiba di rumah. Setiap pelusuk rumah ini dipenuhi
kenangan indah. Setiap pelusuk rumah ini dipenuhi dengan senyum tawa kami
berdua. Rumah ini syurga bagiku.
Oleh
kerana kami mengambil perkhidmatan pembersihan yang datang sekali seminggu,
rumah ini kekal bersih dan tersusun walaupun tanpa kehadiranku untuk kesekian
kalinya.
Hamparan
cadar bersih, susunan buku yang kemas dan tersusun, dan beberapa keping surat
di atas meja. Aku lantas mengambil surat-surat tersebut untuk di buka. Tiada
apa yang terlalu menarik perhatianku melainkan satu surat dari Pusat Darah
Negara. Hatiku lantas terdetik. Aku membuka surat itu dan membacanya.
Dikatakan
bahawa surat itu hanyalah satu rutin secara rambang kepada penderma darah.
Bulan lalu ketika di KL Sentral telah diadakan satu Blood Donation Drive, dan entah
mengapa aku tergerak hati untuk menderma buat kali pertama.
Entah mengapa,
disaat setiap kali darahku menitik di waktu itu, aku merasakan sesuatu yang
tidak pasti di dalam hati. Aku sendiri tidak mengerti mengapa. Mungkin aku cuma
berasa sedikit letih pada waktu itu.
Surat itu
meminta aku untuk hadir ke Pusat Darah Negara di dalam waktu yang terdekat.
Herm.
****************************************************************************************************
“Joe, u
ader dapat tak surat macam nie lepas derma darah haritu?”
“Surat
apa? Let me see.” Balas Joe lalu mengambil surat tersebut dari tangan ku.
“Tak. Tapi
seingat I masa mula-mula derma darah dulu, I ada dapat surat macam ini jugak.”
sambung Joe lagi.
“U pergi?”
tanyaku lagi.
“Tak.”
Balasnya ringkas sambil tersengih.
“I rasa
tak sedap hati la baca surat nie Joe.” Kataku.
“What
makes u feel that way?”
“I dont
know, I just feel that way. I think I should go and see what’s going on.”
****************************************************************************************************
it's
hard to breath tonight,
the dark night seems to be clear of any stars,
there seems to be nothing,
emptiness trying to find its way inside...
my chest feels heavy right now,
was something inside?
or was it something missing?
logic seems to be fading away...
has the time comes?
is it the end?
could this be it?
will I find the answer?
my body is in pain,
my heart aches,
my mind disconnected,
my feeling numbed...
I need a break
the dark night seems to be clear of any stars,
there seems to be nothing,
emptiness trying to find its way inside...
my chest feels heavy right now,
was something inside?
or was it something missing?
logic seems to be fading away...
has the time comes?
is it the end?
could this be it?
will I find the answer?
my body is in pain,
my heart aches,
my mind disconnected,
my feeling numbed...
I need a break
****************************************************************************************************
Acap kali
aku melihat kembali surat itu. Hatiku resah gelisah pabila surat itu tidak
kelihatan di mataku. Namun, pabila pandangan ku menatap ia, satu demi satu
patah perkataan ku telan tapi hatiku semakin tidak tenang.
Berkali-kali
sesuatu yang sebelum ini tidak pernah menjengah ke pemikiran ku muncul di ruang
minda. Entah kenapa. Aku terus menjadi kaget, hatiku menjadi semakin tidak
menentu. Aku tidak mahu ia berlaku. Aku, aku, aku, aku takut.
Aku takut
akan ketidak tentuan ini.
Dengan
tangan yang lemah, SMS “can we talk, by?” ku hantar ke Khai. Waktu baru
menunjukkan pukul 9.25 malam, begitu juga di Perth.
Beberapa
detik kemudian, handphone ku berdering. Khai. Aku tidak pasti samada aku mahu
mengangkatnya walaupun aku yang memintanya untuk memanggilku.
“Hye.”
Sapaku pendek.
“Hello
sayang. How was your day?”
“Ok. And
you?”
“Biasa-biasa
jugak. Something’s wrong sayang? You doesnt sound lively.”
Soalan
Khai itu kujawab dengan seribu detik senyap. Aku seolah hilang perkataan yang
ingin ku ucapkan.
“Sayang,
tell me what’s bothering you, please.?”
“I’m
sorry.” Hanya itu yang mampu ku katakan.
“You’re
forgiven. But, what for?”
“By,
sayang rasa tak sedap hati. Sayang rasa sekarang ni semuanya tak kena. Sayang
risau. Sayang asyik terbayang sesuatu yang buruk. Sayang takut sangat-sangat.
Sayang tak nak apa yang bermain di fikiran sayang jadi kenyataan.”
“Sayang,
sayang, sayang. Kenapa ni? By tak paham la sayang,”
Sekali
lagi aku hanya terdiam membisu. Terlalu banyak yang bermain difikiran ku namun
tiada satu pun mampu ku susun menjadi ayat.
“Sayang, I
dont know what are you having right now, but I want you to know that whatever
happen, I’m here if you wanna talk about it. If you cant tell me now, that’s
ok. Take your time, and when you are ready, you know I’m always ready to listen
to you. Be strong like you always did, be brave to face it, and know that, you
have me no matter how far we are from each other.”
****************************************************************************************************
Hari-hari
yang mendatang berlalu begitu sahaja. Aku cuba untuk menumpukan perhatian
kepada final-year project ku dan juga training bersama Microsoft. Surat yang ku
terima itu ku simpan di dalam laci, jauh dari pandangan mataku. Namun, hatiku
tetap sentiasa memikirkan ia.
Ternyata
ia bukan sesuatu yang senang untuk aku lakukan. Walaupun setiap hari aku hadir
ke training centre Microsoft dari 9 pagi ke 5 petang, dan di waktu malamnya,
aku tidak lekang dengan laptopku menyiapkan final-year project ku, perhatianku
sentiasa berbelah bahagi. Tidak, bukan begitu. Seakan-akan aku tidak bisa untuk
menumpukan perhatian langsung.
Keresahan
itu makin lama makin ketara, aku semakin tidak mampu untuk membendung lagi rasa
yang kupendam di dalam hatiku ini. Aku menjadi kaget sepanjang masa. Dudukku
tidak selesa, baringku semakin resah. Saat kurasakan begitu panjang sekali.
Entahlah.
No comments:
Post a Comment