My list

March 03, 2014

Dia - Empat Puluh Empat

E
Aku memutuskan untuk melayari jalan-jalan di sekitar bandaraya Madrid selepas menghabiskan sarapan pagiku. Menurut penjaga hostel, Emmanuel, April merupakan antara bulan yang di tunggu-tunggu oleh penduduk dan juga pelancong di Madrid kerana banyak festival dan pertunjukan yang akan di anjurkan. Antara yang disarankan adalah Festimad, ataupun festival of musical biodiversity, exhibition lukisan Flemish dan Spanish di Museo Nacional del Prado dan juga keindahan pepohon rendang di sekitar Parque del Retiro.

Cuaca hari ini yang cerah, sedikit berawan, serta angin yang sedikit dingin membuatkan aku hanyut menikmati suasana musin bunga yang baru sahaja bermula lewat bulan March lalu sungguh indah sekali kurasakan. Cuaca yang agak sejuk, berlegar sekitar 13-14 darjah celcius acapkali membuatkan aku teringat akan cuaca panas kembali di tanah air.

Aku meneliti peta kota Madrid yang ku beli setibanya di sini beberapa hari lalu. Dari MuchoMadrid Hostel untuk ke  Parque del Retiro aku hanya perlu berjalan kaki untuk sekitar 2 kilometer sahaja. Jadi, aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki yang mana lebih senang kurasakan di sebalik mengharungi kesesakan jalan raya di sekitar sini.

Di sepanjang perjalananku, di kiri dan kanan kelihatan deretan bangunan-bangunan lama yang di pengaruhi senibina Baroque. Sungguh asyik kurasakan. Perjalanan yang pada awalnya ku anggarkan akan mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit kini mengambil masa lebih dari 30 minit di kala aku kerap kali berhenti di hadapan satu-satu bangunan untuk menikmati keindahan seni bina di sekitarku.

Setibanya aku di Parque del Retiro aku disapa dengan keindahan bunga-bunga yang mekar berkembang di seluruh taman. Hamparan bunga daffodil yang kekuningan, yang  kemudian disambut oleh bunga tulip mewangi dan iris yang kemas di tanam di sekitar laluan pejalan kaki. Di sana sini juga, kelihatan pohon-pohon rendang yang penuh dengan bunga yang cerah mewarnai penglihatan. Deretan pohon redbud berwarna pink, keharuman bunga lilac kecil berwarna ungu, dan tidak dilupakan juga rimbunan pokok-pokok snowdrop anemone yang berwarna putih kekuningan yang memberikan kontras yang sempurna di sebalik hamparan rumput yang menghijau.

Di sana sini kelihatan penduduk tempatan, juga pelancong-pelancong seperti ku yang berjalan-jalan menikmati keindahan alam semula jadi ini. Kadang-kala kami di sapa oleh monumen bersejarah yang banyak bertaburan di sekitar taman. Taman ini yang dahulunya merupakan taman diraja Raja Philip ke dua sekitar tahun 1556 dahulu menjadi kebanggaan penduduk Madrid dan kini di buka menjadi taman awam.

Kelihatan juga anak-anak kecil yang berjalan berpegangan tangan dengan ibu bapa masing masing, begitu juga pasangan muda yang turut sama menikmati musim bunga yang sedang mendatang. Sesekali, terlihat tupai tanah mencari-cari makanan di atas pokok.

Aku duduk di atas hamparan rumput untuk berehat sebentar setelah berjalan kaki sedari tadi. Air minuman yang kubawa di dalam duffel beg ku ku teguk perlahan-lahan. Ah, nyaman sekali kurasakan. Kelihatan di langit, burung-burung berterbangan riang dengan berlatar belakang kan awan yang memutih.

Sesekali aku di sapa oleh mereka yang lalu lalang di hadapanku. Begitu mesra kurasakan sekali. Angin yang sedikit sejuk bertiup membelai rambutku yang tersisir rapi. Nasib baik aku membawa sehelai skaf berwarna kelabu cerah bersama-sama. Skaf itu ku lilit rapi di leher mengikut gaya Parisian knot, menghalang dari leherku merasa dingin dek tiupan angin ini.

Setelah menghabiskan beberapa ketika di sini, aku kemudian bergerak semula menuju ke beberapa lokasi lain seperti  Museo Nacional del Prado, Museo Nasional Centro de Arte Reina Sofia dan San Francisco el Grande Basilica. Kemudian di perjalanan balik aku mengambil sedikit lencongan dan pergi ke Royal Palace of Madrid yang terletak berhampiran dengan hostel penginapanku.

Caj masuk sebanyak €10 di kenakan kepada setiap pengunjung. Istana ini yang masih lagi menjadi kediaman rasmi Raja dan Permaisuri Sepanyol di buka untuk orang awam sedari pukul 10.00 pagi sehingga 8.00 malam. Jam telah pun menunjukan hampir pukul 3.28 petang dan aku masih lagi tidak mengisi perutku selain dari sarapan pagi tadi.

Sewaktu menyusuri perjalanan pulang ke hostel, aku lalu di Plaza Santo Domingo, dan kelihatan deretan restoran yang memenuhi kiri kanan plaza. Aku singgah di salah sebuah restoran tersebut untuk mengisi perutku. Tapas, gazpacho manchego dan juga secawan teh sejuk.

Setibanya aku kembali ke hostel kelihatan katil sebelah telah pun berpenghuni. Tiada bayang akan siapa yang menjadi temanku namun kelihatan beberapa barang seperti beg baju di atasnya.

Aku yang kepenatan mengambil peluang untuk berbaring seketika sebelum mandi membersihkan diri.
__________________________________________________________________________

Aku terjaga dari lena tattala kedengaran suara orang berbual. Kelihatan seorang lelaki eropah sedang berbual-bual dengan seorang lagi yang tidak kukenali di katil sebelah. Jam menunjukan hampir pukul 8.45 malam. Aku perlahan-lahan bangun bergerak ke bilik mandi dan kemudian turun untuk mencari makan malam.

Malam ini merupakan malam terakhir aku di kotaraya Madrid. Aku memutuskan untuk bergerak pergi esok pagi, aku membuka buku panduan eurorail yang tersimpan di dalam duffel beg ku. Aku memutuskan untuk ke Milan. Perjalanan kali ini mengikut perkiraanku akan mengambil hampir 2 hari kerana aku membuat keputusan untuk melalui Valencia, Barcelona, Montpellier, Nice dan dari Genova ke Milan.
_________________________________________________________________________

Maybe it was hard to realize
Inside there was a hole
So deep it was
So dark I couldnt see a thing
I thought i found ways to close it
Nonetheless
Gone all the time...

Yearning on everything
On everyone
Until the end..."

I live a positive life. Itu yang aku katakan kepada diriku. Namun, aku tahu, semua itu hanyalah satu penipuan. Hari-hariku di isi dengan tiada apa. Masaku lebih banyak di habiskan entah untuk apa. Rumah bagiku hanyalah satu perkataan yang tidak membawa sebarang erti lagi. Kosong. Tiada apa yang menanti kepulanganku. 

Perjalanan yang ku buat merentasi benua gagal mengisi lohong hitam di dalam hatiku.  Ke sana ke sini aku membawa diri, mengikut ke mana kaki ini melangkah. Sepanjang lebih 2 bulan, dari satu bandar ke satu bandar, satu negara ke satu negara aku melangkah. Rumah tumpangan demi rumah tumpangan aku menumpang teduh. Hohensalzburg, Burg Glopper, Runkel, Greifenstein dan beberapa kota lain tidak membawa sebarang erti lagi. Perjalanan yang penuh kesunyian ini, tidak pernah terbayang untuk aku lakukan. 

Kini aku kembali ke bumi Malaysia. Sepanjang hampir lebih 2 bulan, kaki ku kini berpijak di bumi ini. Perjalanan dari KLIA ke Ampang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Aku tiba di rumah, di sambut oleh hamparan katil yang di penuhi oleh habuk. Mataku melereti setiap pelosok rumah. Kelam. Tiada apa. Gambar kami berdua yang tergantung di dinding, jam-jam Khai yang tersusun rapi di atas meja, koleksi CD-CD lagu milik Khai, semuanya tidak terusik. Jari jemariku melewati semua miliknya. Namun tiba-tiba, aku rebah. Satu demi satu memori bersama Khai menerjah ke pemikiranku. Aku takut. Aku takut untuk meneruskan semua ini berseorangan. Aku takut aku tidak mampu untuk terus berdiri kembali tanpa Khai di sisi. Aku takut saat-saat terakhir aku bersama Khai menghantui malam-malam ku yang terpaksa aku lalui tanpa dia di sisi. Aku takut. Aku tidak pasti samada aku sudah sedia untuk kembali. Namun, di waktu ini, di sinilah aku berada.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku terjaga lewat pukul 11.45 pagi. Abang Kamahl yang tiba membawa makanan membuka langsir rumah, membiarkan rumah ini di sinari cahaya setelah lama di selubungi kegelapan. Sepanjang pemergianku, tidak pernah sekali aku membalas SMS atau email yang di tinggalkan oleh abang Kamahl atau yang lain. Namun mereka tidak jemu-jemu untuk menghantarkan SMS menanyakan perkhabaranku. 

"So how was ur trip?"

"It was, ok I guess."

"And how do you feel now?"

"Just the usual."

"So what are you going to do now?"

"I don't know. Maybe I could start with looking a job. That way I could kill some time."

"Are you ready for that? You could use some time off if you need it."

"I will think about it."

"When is your next appointment with the hospital?"

Well I need to fix the appointment first. Going to give them a call tomorrow for it."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tiba di klinik ID Hospital Sungai Buloh lebih kurang jam 9.35 pagi. Perjalanan menaiki tren dari Ampang ke Sungai Buloh mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Agak leceh, terpaksa menukar tren dari Ampang ke Hang Tuah, menuju ke KL Sentral lalu ke Sungai Buloh. Namun, dengan keadaan keretaku yang hancur teruk ketika kemalangan tersebut, aku tidak mempunyai sebarang pilihan selain mengambil pengangkutan awam. 

Sementara menunggu giliran aku untuk berjumpa doktor, aku di sapa oleh Hanafi, seorang sukarelawan dari PT yang ku kenali dari mengikuti beberapa sesi support group anjuran mereka dahulu. Setelah beberapa ketika perbualan kosong, dia menyatakan bahawa perjumpaan support group kali ini akan di adakan dalam 2 minggu lagi. Mungkin ada elok juga untuk aku pergi, sekurang-kurangnya aku tidak perlu keseorangan di rumah. Di dalam perjalanan pulang aku membuat keputusan untuk singgah sebentar ke KLCC. Dari satu sudut ke sudut yang lain, akhirnya aku memilih untuk duduk di Malones, sebotol Budweiser dan sebatang rokok Dunhill yang ternyala, aku mula melewati satu demi satu halaman dari buku "The History of Love" oleh Nicole Krauss. Semuanya bermula dengan kisah percintaan suci seorang kanak-kanak lelaki bernama Leo kepada Alma. Cerita yang merangkumi kisah percintaan lebih dari 10 tahun, dengan Leo yang menghadiahkan 3 buku tulisanya sendiri kepada Alma, cinta sejatinya. Buku ketiga, The History of Love, turut menjadi hadiah kepada Alma. 

"Once upon a time, there was a boy who loved a girl, and her laughter was the question he wanted his whole life answering". 

Aku terkaku pabila membaca ayat tersebut. Betapa aku pernah berjanji untuk selama-lamanya bersama Khai. Mendengar tawa mesranya, memegang erat tanganya di waktu dia berduka, sentiasa di dalam pandangan matanya. Namun aku tidak berjaya. 

Buku yang baru ku beli itu bersama Budweiser yang masih berbaki ku tinggalkan di atas meja lantas ku berlalu pergi.

Seperti malam-malam sebelum ini, hanya baju yang di tinggalkan Khai menjadi peneman hariku. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“How much do you have to fork out for your car?” tanya abang Kamahl ketika kami di dalam perjalanan ke bengkel untuk mengambil keretaku yang sudah siap di baiki.

“Around RM4700.00. They said they have to do extensive work on it.”

“Insurance cover tak?”

“Yeah.”

Setibanya di bengkel kelihatan keretaku yang di letakan di kawasan hadapan bengkel. Setelah menanda tangani borang-borang dan mengambil resit, aku mengambil kunci kereta dari mekanik berkenaan. Aku masuk kedalam kereta, kelihatan, tempat duduk hadapan telah pun di tukar dengan yang baru.

Tiba-tiba aku teringat akan di saat kereta itu berpusing laju lantas merempuh penghadang jalan, insiden yang meragut nyawa Khai. Kurasakan sesuatu bergelora di dalam dadaku. Tanganku yang masih lagi memegang kunci yang tersemat rapi di key slot tiba-tiba menggigil. Aku cuba untuk memutarkan kunci, namun, tangan ku seinci pun tidak bergerak.

Aku sedikit terkejut pabila tiba-tiba kedengaran abang Kamahl mengetuk tingkap keretaku. Aku membuka pintu dan melihat abang Kamahl.

“Is everything alright?”

“I can’t.”

“You can’t? What do you mean?”

“I can’t drive. I tried. Everytime I want to turn the key, I saw it. That accident came into my mind. I can see the blood everywhere. I can hear him. I can’t, abang.”

Abang Kamahl tidak memberikan sebarang respon. Namun dia kemudian mengusap lembut rambutku, lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuat suatu panggilan.
Beberapa ketika kemudian, Joe dan Hisyam tiba. Mereka memeluk aku perlahan, sebelum Joe mengambil kunci kereta dari tanganku. Abang Kamahl memimpin aku ke keretanya dan kami bergerak pulang ke Ampang.


Aku, Joe dan Hisyam duduk di ruang tamu setelah tiba di rumah sementara abang Kamahl ke dapur membuat air.

“Are you ok, Ezra?” tanya Joe.

“Yeah, better now, I guess.”

“You look, like you’ve lost some weight. You don’t feel like eating?”

“I don’t know. I guess, maybe I lost track of time, now and then.”

“Ezra, do take care of yourself. We know that you still feel sad over all that happened, but, you have to move on. Yes, it is hard to let go. Even we find it hard to believe that Khai has gone. But, we still have the memories together. You still have all those sweet memories with him. Move on, please.” Tambah Joe lagi.

“I’m afraid. I’m afraid to face everyone. I can’t imagine myself walking alone, I’m afraid to fall asleep alone, and waking up to no one next to me in the morning. I’m afraid that if I fall asleep I will dream of him and the fact that he will leave me over and over again when I woke up. I can’t bear the pain of letting him go. I afraid that I did let go, I will cease to remember him, that I will forget about him.”

“Ezra sayang, we are not asking you to forget him. No one is asking you to forget him. No one. All we are asking is for you to cherish the memories, to honour the promises you made to each other, to be yourself that we knew before all this happened. We want to see the smile that was once on your face, the love that we saw in your eyes. That is all we ask. I know it is hard. But, it’s not impossible. It will never be impossible. But, remember, you have all of us with you. Don’t keep everything to yourself. We love you so much that it hurts me just looking at you like this.” Kata abang Kamahl.

“Ezra, I know for a fact that you love Khai so much, and Khai  love you the same way you love him. I know you inside out, I know how strong you could be. I might not know Khai better than anyone else, but I know for a fact that he is a good guy, that he loves you more than anyone else in this world, and you matter the most to him. And I know for a fact that he would feel deeply hurt if he saw you like this. He won’t like it. He would want to see your bright side again. Ezra, it is ok to feel sad, that is normal because we are human. We’re created with emotion. But, that is not the end of everything. You have to remember that you are alive, you still have everyone of us, and will be here for you everytime. Remember. Live for the memories you had with him. And create millions of new memories from now on. 

March 01, 2014

Dia - Empat Puluh Tiga

E
mpat Puluh Tiga
Badanku terasa begitu letih sekali. Kedinginan pagi menyerapi kedalam comforter yang membaluti tubuh kecilku. Cahaya matahari yang menyinar masuk di celah-celah langsir tebal yang menutupi tingkap di tepi katil.
Aku perlahan-lahan bangun dan mencapai sehelai t-shirt putih dari atas sofa, dan kemudian bergerak ke dapur selepas ku singkap langsir di ruangan tamu, hari sudah pun cerah. Rintik-rintik hujan lembut membasahi bumi dan alunan bunyi air hujan yang mengetuk ke cermin tingkap begitu seragam, namun tidak menentu. Suhu penghawa dingin ku naikan sedikit, dengan aku yang hanya memakai seluar dalam dan t-shirt sahaja, sekali-sekala merasa sedikit sejuk.
Ku lihat kedalam peti ais, memikirkan apa yang patut aku sediakan untuk sarapan pagi. Balang berisi tepung, gula dan garam ku capai dari kabinet dapur. Lantas susu, telur dan butter ku capai dari dalam peti ais. Setengah cawan unsalted butter kemudian ku masukan kedalam microwave dan ku panaskan hanya untuk 15 saat. Setelah itu 1 1/3 cawan tepung, 4 sudu teh baking powder, setengah sudu teh garam dan 2 sudu teh gula ku campur bersama dan ku kacau sekata.
2 biji telur ku pecahkan berhati-hati dan ku asingkan kuning telur dari yang putih lantas kuning telur tersebut ku campur sekali bersama adunan tepung itu. Setelah itu, putih telur yang di asingkan seketika tadi ku pukul sehingga menjadi fluffy dan mendapat tekstur yang sedikit pejal. 1 3/4 cawan susu dan butter yang telah dicairkan sedikt tadi kemudian ku masukan sekali ke dalam adunan tepung, dan akhir sekali putih telur ku campurkan sebati. Setelah itu, sedikit dari adunan itu ku tuang ke dalam bekas pembakar.
Kemudian, 5 biji pisang yang masak ranum ku buangkan kulitnya, dua biji apple hijau ku potong lapan, dan sesenggam cornflakes, ku masukkan ke dalam blender. 3 sudu besar protein powder, setengah gelas susu segar, 2 helai daun pudina segar, dan segelas ais ku campurkan sekali sebelum ku blend sehingga hancur. Setelah ku tuangkan ke dalam gelas, dan mengeluarkan waffle yang masih panas dari bekas pembakar, jem raspberry, semua itu ku letakan di atas dulang dan ku bawa kembali ke hujung katil.
Tv ku hidupkan, dan channel AXN ku pilih, langsir di bahagian bilik tidur ku selak. Setelah itu, aku kembali ke sisi kanan katil, dan dahi Khai ku cium lembut. Khai masih lagi tertidur lena di baluti comforter. Aku tersenyum sendiri melihatkan Khai yang merasakan hari masih malam.
Aku perlahan-lahan mencium dahi Khai, “Wake up, by.” Kataku.
Kemudian aku mencium kedua-dua mata Khai, “Wake up, honey.”
Lalu aku mencium pipi kanan dan kiri Khai, “Wake up, sweet pie”
Dan aku mencium lembut bibir Khai, sebelum melagakan hidung kami berdua untuk seketika. “It is morning, and waffles are getting cold, love.”
Tiba-tiba kedua-dua tangan Khai merangkul leherku, dan bibir kami bertaut lama. “I need more kisses.” Kata Khai manja.
“Well, you are getting more kisses after breakfast.” Kataku sebelum mencium Khai sekali lagi di bibirnya dan lantas menariknya bangun dari katil. Setelah Khai mencuci muka dan menggosok gigi, kami menghabiskan sarapan yang aku telah sediakan.
Setelah  menghabiskan sarapan pagi kami bersama-sama membersihkan diri. Sejurus kemudian kami keluar menuju ke 1 Utama untuk menonton Insidious bersama-sama abang Kamahl, Joe, Hisham dan yang lain-lain. Sudah lama aku tidak menghabiskan masa bersama-sama mereka. Hisham yang pada mulanya mahu menonton cerita lain, terpaksa akur dengan kehendak majoriti yang mahu menonton cerita tersebut. Kami yang tahu akan karakter Hisham yang senang berasa terkejut, akan lemah semangat dengan cerita ini. Kasihan juga melihatkan Hisham yang sedikit pucat setelah kami keluar dari panggung wayang. Namun, untuk menceriakan kembali Hisham, kami semua singgah di batting cage.

Suasana agak gamat tattala ramai orang yang turut menghabiskan masa di sini. Hanya 1 cage yang kosong, jadi kami semua terpaksa bergilir-gilir menunggu giliran. Joe memulakan dahulu. Cubaan pertamanya tersasar, begitu juga cubaan kedua, dan ketiga. Dia yang mula berasa geram menjerit melepaskan perasaan semasa menghayunkan bat untuk kali keempat. Namun, sekali lagi dia tersasar. Kemudian, abang Kamahl masuk kedalam cage tersebut dan menekan butang berhenti. Kami memandang gelagat abang Kamahl.

Lantas abang Kamahl mengambil bat yang di pegang Joe lantas menunjukan posisi dan cara pegangan yang betul. Owh, aku hampir terlupa yang abang Kamahl juga selalu bermain besbal semasa di sekolah dahulu.

Setelah menunjukan beberapa kali hayunan, abang Kamahl memulangkan semula bat tersebut kepada Joe. Dia lantas menyuruh Joe membuat fake batting, sambil abang Kamahl melihat.

“Salah cara pegang tue, rapatkan kedua-dua tangan, kemudian, semasa hayun tangan di luruskan. Jangan pandang bat, pandang kepada bola.” Komen abang Kamahl.

“Susah la abang. Kalau pandang bola macam mana nak halakan bat ke mana.”

“Kamu cuba dulu. Abang tekan butang start.” Balas abang Kamahl lagi lalu memulakan kembali bola.

Joe mengambil nafas yang dalam, postur badanya sedikit berubah dari sebelum ini, dan pabila bola di lepaskan, dia menghayunkan bat yang di pegangnya.

“Miss” kata Hisham.

Benar telahan Hisham. Sekali lagi Joe tersasar.

Abang Kamahl sekali lagi menekan butang berhenti. Kali ini dia tidak mengambil bat dari Joe, namun, dia berdiri di belakang Joe, lalu membetulkan postur badan Joe. Kemudian, dia meletakan tanganya di atas telapak tangan Joe, dan dari belakang, dia menggerakan badan Joe, perlahan-lahan seperti menghayunkan bola yang laju.

“Hmmm. Abang tak pernah ajar adek macam tu.” Komen ku.

Abang Kamahl lalu berpusing menghadap kami, “Pernah, masa sekolah dulu. Lupa ke?”

“Hehehe. Nak mengusik abang lah.”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu kami semua menuju ke Sky Bar, untuk minum bersama-sama. Abang Kamahl tidak dapat mengikuti kami kerana mempunyai urusan yang lain. Aku dan Khai tiba sedikit awal dari waktu yang telah di tetapkan. Beberapa ketika selepas kami memesan minuman, Joe, Vincent dan Hisham tiba.

“Have you waited for long?” tanya Vincent.

“Nah, only for about 5 minutes” kataku.
Sedikit demi sedikit, pengunjung hampir memenuhi setiap pelusuk Sky Bar. Beberapa wajah yang agak familiar kelihatan di sana-sini. Joe dan yang lain-lain sedang leka menari mengikuti alunan lagu Poker Face dari Lady Gaga sementara bersandar di dada Khai di gazebo.

“You guys are not hitting the floor?”

Tiba-tiba Chuck, rakanku yang merupakan seorang bartender di sini muncul.

“Nah, maybe later. How’s tonight?” Balasku.

“Hectic. And lots of tips. Hahahahaha.”

“Good for you.”

“Yeah, I need to head back to the bar, let me know if you guys need anything, ok.”

“Sure dude.”

Aku memegang erat tangan Khai yang di letakan di dadaku. Sekali sekala, Khai mengusap lembut rambutku, dan kami berpandangan mata. Dia hanya tersenyum tiap kali kami berpandangan. Aku kemudian perlahan-lahan, meletakan tanganku di belakang kepala Khai, dan Khai ku dorong ke bawah. Kami berkucupan untuk seketika.

“Love you.”

“I love you more.” Balas Khai lantas mencuit hidungku.

“I want everyday to be like this. Doing nothing, just to lay down on your chest, holding your hands, kissing you all day long.”

“Believe me, I want to do the same for my entire life. In fact, there is nothing more for me to do, even after I left.” Aku tidak tahu samada ianya hanyalah perasaanku, untuk seketika, aku merasakan yang nada Khai berubah, dan matanya kurasakan sayu.

“Why are you talking about leaving, so suddenly?”

“You are strong, brave and the most loving person I have ever met. I know it is hard, but, find that courage to stand back. Stand proud like you did previously. Love yourself like how you love me. Abang Kamahl, nenek, Joe, everyone else are there with you, and even when you feel that I am far away, close your eyes, and call my name, and I will come to you in your sleep, and I hope to see your smile again, just like always. Think of all our happy moments together. See for yourself, your smile that reflects in my eyes. Find that smile again. And remember, I always love you, no matter where I am, I will always do. And whenever you think of me, pray to Him that His blessing is with me. I hope one day that you will be able to call to Him, because you want to, not because of my little request. Now, wake up, and look at the sky. As I will be looking for you too."

Setitis air mata mengalir di pipiku. Hangat, dan membasahi.

Kulihat sekelilingku, kegelapan memenuhi hampir setiap pelusuk bilik. Fikiranku cuba untuk mengingati kembali apa yang telah terjadi. Ku lihat di kiriku, sebuah katil bujang kosong, begitu juga di kanan. Seolah-olah baru sahaja tersentak, aku sedar yang itu hanyalah mimpi. Mimpi indah yang betapa aku inginkan untuk menjadi satu kenyataan. Aku kini di bumi asing, Madrid, keseorangan. Khai tiada disisiku. Tiada untuk selamanya.

Berikan aku sedikit masa, berikan aku sedikit masa untuk bersamamu Khai.