i never felt so much love in my heart before,
for no one that loved me, other than you,
you made me laughed, cried and to be human,
these emotions, overflowed my very existence,
to drowned in it, yet i wanted more,
i would never thought that one day,
for goodbye i must say,
it felt like forever, for me to muster my strength,
and yet, for this day to come.
my heart hurt,
to held you in my arms,
for this smile to be forever gone,
and the warmth of your touch seemed to be,
nothing but a long forgotten memory,
my heart hurt,
for this day to ever come,
that you left me,
alone, while you were in my arms,
i could not take this anymore,
now that you're gone,
to never come back,
for there was no way for me to turned back time,
and to hold you closely and to never let go.
for these regrets that i owned,
to loved you and to cherished you,
to hold you and to be with you,
because of this love,
I've learnt, that i finally alone, and i'm going too.
i can't take this anymore,
to face this world without you,
i could never do it,
for i could never forget you,
you said your goodbye,
and now it's my turn,
for me to resign to my heart,
and i will go away too.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tersentak dan kembali ke dunia nyata, pabila sesuatu
menyentuh lembut pehaku, dia membelai manja dan sungguh asyik sekali. Sekali
sekala, bibir kecilnya mencium lembut perutku yang tidak dibaluti walau sehelai
benang. Aku tergelak kecil di perlakukan sedemikian, kerana merasa geli di
perlakukan sedemikian. Tanpa henti, kemudian kedua tangan kecilnya lembut
menepuk perlahan pehaku, berbalas-balas telapak tangan kanan dan kirinya tanpa
henti, tanda dia mahukan kehadiranya berbalas. Aku hanya tersenyum simpul
sendirian. Perlahan, aku merapatinya, dan kucium lembut kepalanya, sambil ku
usap-usap perlahan. Aaaah, sungguh asyik sekali dia ku lihat. Merengek seperti
anak kecil, matanya kuyu menikmati perhatian yang ku berikan.
“Awalnya sayang bangun?” kataku perlahan kepadanya. Dia
yang tidak menjawab hanya meneruskan perlakuanya, memandang aku agar kembali
mengusap kepala dan lehernya. Dia kemudian ku dukung tinggi, sedang aku yang
masih lagi berbaring di atas katil itu, dia hanya terdiam, melihat jauh kedalam
mataku. Sungguhpun dia tidak berkata-kata, namun aku tahu, dia menyukainya.
Lantas, kurapatkan dia ke dadaku dan ku peluk erat. Argh, hangat sekali
kurasakan. Sekali sekala, dia menggesekan kepalanya ke dadaku yang masih lagi
memeluk dia. Jari telunjukku di hulurkan lantas di capai kemas. Dia memegang
jari itu rapat kepadanya.
Hanya dialah peneman aku di kala ini. Acapkali, kerenah
manjanya membuatkan aku tertawa sendirian. Tiada sebarang kata yang keluar dari
mulut kecil buah hatiku ini. Namun, pandangan matanya, lenggok tubuhnya dan
sekali sekali ciuman yang diberikan cukup untuk membuatkan aku faham akan isi
hatinya. Umurnya sudahpun mencecah hampir setahun setengah. Dia yang dahulunya
begitu kecil, kini sudah pun agak besar. Hahahaha. Mungkin agak obes bagi
peringkat umurnya. Namun begitu, dia begitu sehat sekali. Pemeriksaan doktor
setiap 3 bulan tidak menunjukan sebarang masalah kesihatan yang dihidapi. Dia
juga agak aktif. Tidak pernah sekali aku menyesal untuk menerima kehadiran dia
di dalam hidupku. Mungkin pada mulanya dia hanyalah pengganti Khai. Namun,
tempoh masa yang di habiskan bersama membuatkan aku begitu sayangkan dia. Kini
aku tidak lagi sendirian di rumah. Kebanyakan masaku sekarang lebih banyak di
habiskan bersama-sama buah hati kecilku ini. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk
menghabiskan sebanyak mungkin masa bersamanya.
Abang Kamahl, Joe dan yang lain senang dengan kehadiran
dia di dalam hidupku kini. Dia juga begitu teruja setiap kali uncle uncle nya
datang melawat. Setiap malam, dia akan berada di sebelahku, berbaring, dan
tidur bersamaku. Pada mulanya aku menyediakan tempat tidur khas untuk si dia.
Namun, sering kali dia merengek apabila aku meminta dia tidur di situ, lantas
aku memutuskan untuk tidur bersamanya.
“Hahahaha, geli la sayang. Papa mana ada susu.” Kataku
kepadanya apabila dia menghisap puting kananku.
“Sayang lapar yek? Jom, kita makan.” Lantas aku meletakan
dia kembali ke atas katil sementara aku menuju ke dapur. Aku membancuh susu
formula dan mencari tin makanan untuk si kecil itu. “Aaaah, dah habis pula yang
sudah di buka.” Rak makanan ku buka lantas satu tin ku capai. Isinya ku
keluarkan ke dalam mangkuk plastik dan ku letakkan bersebelahan susu suam yang
telah ku bancuh sebentar tadi.
“Sayang, sini dah. Mamam.” Panggilku.
“Sayang, cepat. Mamam jom.” Dia yang sudah faham akan
maksud perkataan mamam itu, bingkas bangun dari katilku, lalu melompat turun
dan pantas menuju ke arahku. Kemudian, dia meleset-lesetkan badannya ke kakiku
sebelum mula menjamah makanan yang telah terhidang. Aku mengusap lembut
belakang badannya. Bulu lembut yang menyelubungi seluruh tubuhnya bermain-main
di jariku.
“Mamam elok-elok. Habiskan ok. Papa nak gosok gigi and
mamam jap.” Setelah mencuci muka dan memberus gigi. Aku kembali ke dapur lantas
mencapai sebiji mangkuk, kotak cereal Post Blueberry Morning dan susu
full-cream Dutch Lady kegemaranku. Gelas dan mangkuk yang telah diisi tersebut
lantas ku bawa ke meja laptop ku. Mataku leka melewati laman facebook sambil
aku perlahan-lahan menikmati sarapan. Well, selain dari gambar Joe bersama
temannya, tiada apa yang begitu menarik perhatianku. Bosan pula hari minggu
ini. Abang Kamahl pula tiada di KL kerana mempunyai urusan kerja di tempat
lain. Tab baharu di Google Chrome ku buka lantas laman The Star ku layari.
Cereal yang berbaki di dalam mangkuk ku habis kan sambil satu demi satu berita
kubaca.
“Ding” tiba-tiba laptopku berbunyi. Kelihatan tab facebook
ku berkelip-kelip.
“Hi there. Good morning.” Sapa Fareez, seorang teman
facebook yang sudah agak lama aku kenali. Namun sehingga kini kami hanya
berbual kosong di laman facebook dan tidak pernah bersua muka.
“Good morning Fareez.”
“Tengah buat apa tu?”
“Just finishing my cereal for breakfast. What about u?”
“Chatting with you. Hahahahaha. So, what’s ur plan for
the weekend?”
“Nothing at the moment. And u?”
“Thinking off going out for a movie.”
“Owh, what do u have in mind?”
“A good day to die hard.”
“Aaaaahhhh. The trailer looks promising.”
“Have you watched it?”
“Nah, I haven’t. It always slipped my mind whenever I’m
out from home.”
“Perhaps, u had too many things in ur mind kot. Hahahaha.
So....”
“and?”
“Wanna watch it together? My treat.”
“Asking me out for a date?”
“It’s a date if you think it is. Or, it could just be a
‘friends hang-out together’. Plus, it has been a while since we’ve been online
friends.”
Aku tidak menjawab buat seketika. Sedang jariku
teragak-agak untuk menaip jawapanku, satu lagi IM ku terima daripada Fareez.
“It’s ok if u don’t feel like it. Maybe next time.”
“Just to be clear, would u like it to be a date, or,
‘friends hang-out together’?” tanyaku.
“I would prefer, ‘friends catching up and getting to know
each other.’”
“I think I’m ok with that.”
“So, movie, with me? J”
“I’m HIV+”
“Wow, that would never be an excuse I expected for a
‘No’”
“Hahahahahahaha”
“And now u’re laughing at me, huh.”
“Owh, sorry, sorry, I didn’t mean it that way.”
“Okay, I must admit, I’m lost.”
“I’m not laughing at u. And yes, I am HIV+.”
“Ok, so?”
“So, if u’re having a doubt asking me out after knowing
about my status, this is the time to think about it and let me know. I won’t
mind. J”
“I don’t. I don’t mind at all.”
“That’s fast.”
“Hahahaha. I’m serious, I don’t mind at all.”
“Cool.”
“So, what about movie?”
“What about One Utama? In 2 hours?”
“OU in 2 hours works fine for me. Mind to share ur
contacts?”
“Sure. Do u have wechat?”
“Yeah, add me at lotus_eater.”
“Added. Nice nick.”
“Thanks.”
Tiba-tiba handphone ku berbunyi, panggilan video wechat
dari Fareez. Jariku melereti screen telefon.
“Hye.” Kata Fareez sambil melambai kearahku.
“Hye Fareez” balas ku sambil tersenyum sedikit.
“Just wanna say, see you in a while.”
“Hahahahaha. Sure.”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Do you wanna get some popcorn and drinks? The line isn’t
that long, and we have about 10 minutes before the movie starts.” Tanya Fareez
kepada ku.
“Sure.”
Hari ini agak ramai pengunjung yang turut sama
menghabiskan cuti hujung minggu mereka di luar. Persekitaran TGV agak sesak
dengan pengunjung yang seperti kami, mahu menikmati hujung minggu
masing-masing. Kelihatan di hadapan kami, hampir 15 pasangan lain sedang
beratur untuk mendapatkan makanan ringan.
“The weather’s nice today.”
“Yeah. It’s been a while since we had a clear blue sky.”
“I know, right. Maybe, the rainy season is over.”
“Hopefully.”
“So, what would you be doing if you’re not out with me
right now?”
“Just the usual I guess.”
“And what’s usual for you?”
“Lounging on my sofa, having cold drinks, watching
movies, series, or whatever I have downloaded.”
“You don’t go out much?”
“I do, but not as much as before.”
“And why is that?”
“Just feel like it.”
“Owh.”
“Plus, I’m a papa right now.”
“You’re what?!”
“You heard me right. I’m a papa.”
“Wow! I didn’t know that you’re married.”
“I’m not.”
“But you said you’re a father. But, you looked too young
to be one.”
“I am a father. And I’m not married.”
“Okay I’m lost.”
“Hahahahaha. I’m a proud father to a big, fat, orange
cat.”
“Aaaah, you know you should have said that earlier that
you’re referring to a pet.”
“I think you’re not much of an animal person huh?”
“What makes you think that?”
“For a start, we do not own a cat. We’re owned by them. Second,
he’s more than just a pet. He’s family.”
“Uhuh. That sounds, charming.”
“Good afternoon and welcome to TGV One Utama. What would
you like for today, sir?” sapa cashier yang bertugas mengambil pesanan kami.
“We’ll have 1 large combo.”
“And for drinks?”
“What do you want to have?” tanya Fareez kepada ku.
“I’ll have coke.”
“Two cokes then.”
“Is that all?”
“That’s all.”
No comments:
Post a Comment