Sudah
hampir setengah tahun masa berlalu sedari Khai memutuskan untuk menerima
cadanganku agar dia kembali ke Perth untuk menyambung pelajarannya di sana.
Khai sudah diterima masuk dan segala persiapan sudahpun di uruskan. Sedar tidak
sedar, masa cuma tinggal sebulan sebelum Khai terbang ke Perth.
Kurasakan
waktu berlalu amat pantas sekali. Khai dan aku telah untuk menghabiskan masa
bersama sebanyak mungkin sebelum tiba bulan Julai di mana Khai akan mendaftar
sebagai seorang pelajar Master di Murdoch University. Aku yang kini di tahun
keduaku cuba untuk menghabiskan masa sebanyak mungkin bersama Khai. Namun ku
tahu masanya akan tiba pabila Khai berangkat pergi.
Malam-malam
ku ku habiskan bersama dengan Khai yang sudahpun berhenti dari kerja. Sekiranya
aku tidak pulang ke rumah kami di Ampang, Khai akan datang menemaniku selepas
aku habis kelas di rumah sewaku. Begitulah arrangement yang telah kami
persetujui.
Pada bulan
lepas Khai pulang ke Perth bersamaku selama beberapa hari untuk meninjau
keadaan rumah papa dan mamanya yang sudah siap di perbaiki di bawah seliaan
uncle Adam. Khai memilih untuk mengekalkan tona warna yang sama untuk setiap
pelusuk luar rumah. Bilik papa dan mama Khai akan menjadi bilik tidur utama
Khai, sementara biliknya sewaktu dia kecil di jadikan ruangan study.
Bilik adik
Khai yang terletak bersebelah bilik tidur utama yang tidak sempat di gunakan
oleh sesiapa pula dijadikan sebuah
walk-in closet. Rona hitam metallic menjadi warna utama perabut di
dalamnya. Dinding kiri dan kanan di penuhi dengan almari yang di datangi dengan
sliding door kaca untuk menunjukkan seolah-olah ianya merupakan sebuah almari
terbuka. Sementara itu di focus wall pula telah di pasang rak-rak kasut untuk
memuatkan koleksi kasut Khai. Di tengah-tengah susunan rak kasut pula di pasang
cermin tinggi selebar 28 inci untuk memudahkan Khai memilih penampilan dirinya.
Sehelai permaidani putih di hamparkan di tengah-tengah ruang tersebut sebelum
di letakkan sebuah meja ringkas juga berwarna putih dimana di susun rapi
botol-botol minyak wangi dan kelengkapan mengemas diri yang lain seperti minyak
rambut dan deodoran. Setiap perincian di walk-in closet ini di reka oleh Khai
sendiri bersama-sama pandangan dariku sebelum dia meminta Lachlan, anak tunggal
uncle Adam yang memiliki kedai membuat perabot untuk membuat setiap perabot
tersebut. Empat biji lampu berbentuk seakan-akan kotak kaca digantung di siling
untuk menerangi walk-in closet tersebut. Almari dan rak-rak kasut tersebut kini
dipenuhi dengan pakaian dan kasut-kasut milik Khai dan diriku. Khai meminta aku
untuk memenuhkan sebahagian dari ruangan ini dengan pakaian dan kasut ku untuk
memudahkan aku pabila aku datang dan tinggal di sana bersamanya.
Untuk ruangan
study pula, aku memilih tona krim kehijauan sebagai warna dinding. Sebuah meja
study rustic berwarna dark oak, diletakkan di sudut berhampiran dengan tingkap.
Khai kemudian memasang inset shelves untuk meletakan buku-buku miliknya.
Sepasang armchair yang dibeli di Ikea dulu diletakkan di sini bersama-sama satu
ottoman bulat juga berwarna dark oak yang diletakkan di atasnya sekeping kaca
untuk dijadikan coffee table yang ringkas. Wall-mounted stereo shelf system
turut di pasang, untuk menjadikan ruangan ini lebih selesa. Beberapa kepingan
gambar turut digantung menghiasi dinding dengan sekeping gambar kami berdua
bersama dibesarkan dan di bingkaikan ringkas. Sebagai sentuhan terakhir,
gugusan aeonium arboreum tricolour yang ditanam di dalam kotak redwood
diletakan di atas meja.
Di ruang
bilik tidur pula, kami memilih tema yang agak ringkas namun elegan. Warna
coklat lembut kekelabuan menjadi pilihan utama sambil siling dicat putih
bersih. Hanya katil, sebiji ottoman berbentuk empat segi, meja kayu antik, satu
floor standing lamp dan satu nickel white with frosted white shade pendant light
menghiasi ruangan tidur.
Dengan
perabot-perabot lain memenuhi ruang tamu, dapur dan bilik mandi, rumah ini
sedia untuk diduduki. Sepanjang kami berada di sini, masa hanya dihabiskan di
rumah atau keluar membeli kelengkapan-kelengkapan rumah yang tinggal.
Tempoh
masa untuk kami bersama hanya berbaki sebulan sahaja lagi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku dan
Khai duduk menonton TV di ruang tamu apartment kami. Aku bersandar di dada Khai
yang sedang leka menonton. Entah kemana fikiran ku melayang. Pada beberapa
ketika Khai mengusap lembut rambutku, dan kepalaku di kucup perlahan.
Aku
kemudian perlahan berpusing dan menghadap Khai. Aku ingin mengatakan sesuatu.
Namun, lidahku kelu membisu. “By, I’m ...”
“Don’t.”
Khai kemudian tersenyum seketika. “I know what are you going to say. Please,
don’t be sorry. You are not at fault. We both agree on this matter. And we will
both going to be strong after this. I know you love me, and I love you so much.
I hope for the next few days, we can fill it with the sweetest memories ever.
Promise me sayang. Promise me that you will take care of yourself, study well,
listen to abang Kamahl, and never ever forget about me. Because just like before,
just like right now, even when we are thousands of kilometres apart, I will
love you, just like now.”
“I love
you by.”
“I love
you too sayang.”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
June 28th,
2008. Hari ini sudahpun tiba. Sekejap sahaja masa berlalu pergi meninggalkan
kami. Pagi itu, aku dan abang Kamahl menemani Khai ke KLIA. Penerbangan Khai ke
Perth di jadualkan pada pukul 11.45 pagi ini. Abang Kamahl memandu kereta
setelah mengambil kami berdua dari Ampang pagi tadi. Sepanjang perjalanan aku
hanya diam, duduk di belakang. Khai pula hanya menjawab sepatah sepatah akan
perbualan abang Kamahl.
Aku berasa
sedikit tidak sehat pagi ini. Kurasakan jantungku lemah tidak bermaya sedang
kepalaku sedikit pening dek kerana suhu badanku yang agak tinggi. Sedari dari
Ampang aku memeluk Khai dari belakang kerusinya. Abang Kamahl hanya membiarkan
kami berdua.
Setelah
tiba di tingkat 5 KLIA, Khai kemudian menguruskan bagasinya dan terus check-in.
Khai merenung wajahku. Aku menggagahi diriku untuk senyum kepadanya.
“Take care
sweet pie.”
Khai tidak
membalas. “I know that I am being selfish, and it is not going an easy thing
for you to decide right now, but, “ Khai kemudian mengeluarkan sebuah lagi
passport dan tiket penerbangan ke Perth dari beg nya, dan menghulurkan
kepadaku, “but I have to try, would you change your mind and come with me
sayang? Abang, would you let Ezra come with me right now?”
Aku
mencapai passport dan tiket penerbangan tersebut. Lama kurenungi kearahnya,
sebeluh aku kemudian memandang abang Kamahl, dan Khai. “I am glad that you ask,
but we both know my answer to your question. I promise that I will take care of
myself, I will listen to abang Kamahl, and I will never stop thinking and
loving you. I love you.” Aku kemudian merangkul Khai lantas bibir Khai ku kucup
perlahan. Entah bila lagi dapat ku rasakan kehangatan badan Khai, pelukan dan
kasih sayang Khai, senyum tawanya. “I love you.”
“Yeah, I
knew that would be your answer, but I still have to try. I love you. I promise
I will be back whenever I can. I will call you every night. I will only dream
of you in my sleep. Take care my love. Take care.”
Khai
kemudian melepaskan aku pergi, dia lantas bersalaman dengan abang Kamahl.
Sebelum Khai berlalu pergi, Khai menghulurkan sebuah bungkusan kecil yang
sedari tadi di simpan di dalam begnya kepadaku. “Open it when you are home.”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah
tiba di rumah abang Kamahl dari KLIA, aku membuka bungkusan yang diberikan Khai
kepadaku. Di dalam bungkusan tersebut, sebuah teddy-bear sebesar 10 inci dan
sekeping kad yang dihiasi tulisan tangan Khai.
As the sun goes by,
As the moon up in the sky,
How could I lie to you,
Because you are my soul, no
other than you,
Shall I call you the Angel
of the Heaven?
Indeed you are the passion
that been given,
As my soul feel hard and gloom,
You come with sweet words,
shining and blooms,
As the summer come more than
twice,
My feeling on you keep on arise,
As the happiness come over
and over,
As our hearts get closer and
closer.
*I love you.
Teddy bear itu kemudian ku peluk. Di dadanya terdapat sebentuk
hati, dan tertulis, “Push me”. Butang itu kemudian kutekan, lantas, lagu yang selalu
di nyanyikan Khai kepadaku mula berkumandang. Butang tersebut berkali-kali ku tekan,
walaupun hanya baru beberapa jam masa berlalu, aku sudah teramat merindui Khai.
Tanpa kusedari, aku terlena sambil memeluk teddy bear tersebut.
No comments:
Post a Comment