Hari ini
merupakan hari kedua aku di Perth bersama Khai. Khai sudah pun bangun sewaktu
aku sedar dari tidurku. Dia yang masih labi bersandar di kepala katil di
sebelahku kelihatan sedang menatap gambar dia dan papa dan mama nya. Di sudut
bawah kanan frame gambar tersebut tersemat gambar seorang bayi dengan mata yang
tertutup, adik Khai. Khai seolah-olah hanyut dalam lamunan, namun dapat kulihat
terpancar kerinduan Khai terhadap mereka.
Khai
kemudian meletakkan kembali gambar tersebut di meja di sebelah katil, lantas
dia memandangku. “Good morning. How was your night?” kata Khai kepadaku.
“Good
morning by. Had a deep sleep. What about you?”
“Me too.”
Balas Khai sambil tersenyum.
Selepas
mandi bersama-sama kami kemudian bergerak keluar untuk bersarapan di Gloria
Jean’s Coffee yang terletak dengan Osborne Park sebelum ke Ikea. Walaupun sudah
beberapa tahun Khai tidak pulang ke Perth, namun, rumah itu masih kemas
tersusun rapi dijaga oleh uncle Adam. Namun, disebabkan oleh rumah itu yang
sudah lama tidak berpenghuni, beberapa perabot dan peralatan rumah sudah
menjadi usang.
Di Ikea,
Khai memilih satu set sofa untuk ruang tamu, sepasang armchair berwarna light
chocolate untuk diletakkan di dalam study room, bebebapa wall shelves,
mattress, 3 set bed sheets, dan tie-backs curtain untuk
kesemua panel tingkap. Setelah hampir 2 jam memilih barang-barang keperluan,
kami menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran dan menguruskan perihal
penghantaran.
Selepas
itu kami kemudian terus bergerak ke Innaloo Westfield Shopping Centre untuk
membeli barangan elektrik seperti mesin basuh, peti sejuk, tv, dan peralatan
dapur yang lain. After late lunch di Botanica Bar and Bistro kami kemudian bergerak
pulang ke Beaconsfield
Selepas
tiba di rumah Khai, kami hanya duduk berehat-rehat di ruang tamu berbual-bual.
Aku dan Khai melihat-lihat photo album lama Khai. Setiap satu gambar tersebut
di hiasi senyuman dan gelak tawa mereka. Hatiku merasa sedikit terusik. Namun,
ku biarkan sahaja perasaan ku berlalu pergi.
Jam sudah
pun menunjukkan pukul 6.30 petang. Kami kemudian bersiap-siap untuk bergerak ke
rumah uncle Adam yang terletak di Cardigan Street, cuma lebih kurang 1
kilometer jarak perjalanan.
Aku
mencadangkan agar kami berdua berjalan kaki menuju ke rumah uncle Adam.
Matahari yang sedang pelahan-lahan mula terbenam di ufuk barat masih lagi
perlahan menerangi perjalanan kami. Suasana sungguh indah sekali kurasakan
kerana ini merupakan pengalaman pertamaku berada di musim luruh. Dedaunan
kemerahan memenuhi segenap ranting-ranting pokok dan angin yang sedikit dingin
membuatkan suasana terasa aman sekali. Hari ini cuaca sedikit panas berbanding
semalam di mana ramalan kaji cuaca menjangkakan cuaca untuk hari sekitar 23 darjah
celcius. Aku yang mengenakan sepasang Lacoste slip on shoe berwarna light grey,
rust turtleneck dari Lanvin dan seluar pendek dari Etro sementara Khai pula
selesa mengenakan sepasang mid wool boot dari Fred Perry, V-neck knit sweater
berwarna dove grey dan brown denim kedua-duanya dari Z Zegna.
Sewaktu
kami tiba, uncle tiba masih di dapur menyiapkan hidangan. Khai memberikan
sebotol Jacob’s Creek Shiraz Cabernet yang kami beli pagi tadi sebagai buah
tangan kepada uncle Adam. Aku dan Khai kemudian menolong uncle Adam untuk
menyiapkan meja makan untuk kami bertiga. Uncle Adam hanya tinggal seorang
kerana anak tunggalnya yang sudah berkahwin menetap di Jindalee, lebih kurang
satu Jam perjalanan dari Beaconsfield.
Kelihatan
kemesraan di antara Uncle Adam dan Khai. Lelaki ini yang telah menjaga Khai
sedari kecil sudah lama menganggap Khai sebagai seorang anaknya sendiri.
Tambahan pula, oleh kerana Khai sudah tidak pulang ke Perth selama beberapa
tahun, rasa rindu diantara mereka muncul.
Selepas 15
minit, kami bertiga duduk di meja makan untuk menjamu makan malam. Roasted beef
dan Linguine with Tomato Pesto yang disediakan uncle Adam cukup enak sekali.
Suasana makan malam dipenuhi dengan gelak tawa pabila uncle Adam menceritakan
teletah Khai sewaktu dia kecil. Begitu banyak memori yang dikongsikan.
Antaranya pabila Khai di hadiahkan sepasang arnab Dwarf Lop berwarna putih oren
pada hari jadinya yang ke tiga. Menurut uncle Adam, Khai akan melepaskan arnab-arnab
tersebut di halaman rumah sebelum turut sama melompat-lompat dibelakang arnab-arnab
itu seakan-akan dia juga seekor arnab kecil.
Selepas habis
makan malam, aku menyuruh Khai untuk duduk di ruang tamu bersama uncle Adam sementara
aku membantu mengemaskan meja.
“The last time we met, you were still in college. How long has it be?”
“5 to 6 years. I am glad that you are doing great and still healthy
uncle.”
“There is nothing much left to be done for an old man like me Khai,
except for taking care of my health and living my life with a smile. I can see
that you are doing great. You have grown into a charismatic and good man,
without having to lose your charming manners. I am sure if your mom and dad
were here, they would be proud too.” Kata Uncle Adam sambil tersenyum. “Sophia
has taught you and raised you well. Now she can just sit back and relax.”
“You too have taught me well uncle. You are my family, and I am glad to
be in your care from before.”
“So, will you be here until the weekend?”
“I would love to, uncle. But Ezra and I have to go back to Malaysia in
two days. There are still few things left to be done back in Malaysia and Ezra
has classes to attend to.”
“That is ok.”
“I will be back again a week earlier before my first semester starts in
July.”
“Will Ezra be coming and stay with you? He is a sweet kid and I can see
that you are so much into each other.”
“Unfortunately he won’t be coming to stay with me during my study here.
He also has to finish his degree back in Malaysia. But we promise to visit each
other at least once every 2 or 3 months.”
“I am sure that will work out for both of you.”
“Thanks uncle.”
Aku yang sudah selesai mengemaskan meja duduk di sebelah Khai. Kami
kemudian berbual-bual sehingga waktu menunjukan pukul 9.30 malam. Sebelum bergerak
pulang Khai memberikan uncle Adam AUD 2,500 supaya uncle Adam dapat menguruskan
perihal mengecat semula rumah, plumbing dan re-wiring rumah papa dan mama Khai.
Aku tahu yang Khai merupakan seorang yang berada, namun, selepas
menghabiskan hampir AUD 6,000 untuk peralatan elektrik dan perabot, dan
tambahan AUD 2,500 untuk kerja-kerja pembaikan rumah, aku tertanya-tanya di
dalam hatiku akan berapa beradanya Khai.
Keesokan harinya
aku dan Khai hanya berada di rumah untuk menguruskan ketibaan barang-barang yang
dibeli semalam. Sedar tidak sedar sudah hari ketiga kami berada di Perth sebelum
pulang ke Malaysia pada hari esok.
No comments:
Post a Comment