My list

October 12, 2012

Dia - Dua Belas

D
“Hahahahaha. Adek, adek, sian Budin adek buat macam tue. Tapi tak tau pulak abang yang si Budin sukakan adek. Kalau abang jadi Budin la kan, abang mesti frust giler la, sampai menonggeng-nonggeng. Mau tak nak cakap dengan adek seminggu. Sebulan kot. Kelakar la adek nie.”

“Eeee, benci la cakap dengan abang nie. Gelak pulak dia. Adek maner la tau dia ader maksud macam tue.” Aku membalas perbualan telefon dengan abang Kamahl.

“Dah tue, nak Budin melutut kat tepi pantai propose? Macam tue? Ello, korang baru form 2, so time tue kira ok la what dia propose macam tue. Lagipun abang tak nampak pulak yang Budin tue gay.”

“Erm, aper-aper je la. Dah, jangan gelak. Adek call bukan nak cakap pasal bende nie. Nie, abang, Sabtu nie abang free tak? Dalam pukul 10 pagi?” tanyaku.

“Sabtu kul 10 yek, jap. Erm, tak la, abang ader hal la. Ada kerja sikit. Naper? Adek ader plan aper?”

“Macam nie, semalam adek dapat call dari soang lawyer, dia nak jumpa bincang pasal inheritence aper ntah.”

“Inheritence? Betul ker? Tak pun phony or prank call jer?”

“Adek dah check dah, betul firm yang die bagitau. Memang registered lawyer.”

“Oook. Inheritence aper jer? Dari saper?”

“Adek pun tak tau pasal apa dan dari sapa.”

“Kalau macam tue adek ajak Khai sekali. Dia pun biasa jugak dealing dengan lawyer nie.”

“Dia wat aper jer deal dengan lawyer?” tanyaku lagi.

“Ala, biasa la kerja dia, kene deal dengan lawyer company sumer.”

“Ooo. Ok. Jap lagi adek tanya dia free ke tak.”

“Ok. Per-per nanti gtau abang k. Hehehe. Nanti abang citer dekat Khai adek reject Budin. Hahahahaha.”

“ABANG!!! Jangan la. Sajer tau. Bencik. Takmo cakap dengan abang kalau abang gtau Khai. Bencik.” Marahku.

“Hehehe, tak kesah, nak gtau jugak.” Balas abang Kamahl.

“Bye.”

“Bye adek, love you” kata abang Kamahl mengakhiri perbualan.

****************************************************************************************************
“Hye awak. Erm, sabtu nie pukul 10 pagi awak ader hal tak?” sms ku kepada Khai.

“Takde, naper?”

“Awak ikut saya jumpe lawyer boleh?”

“Lawyer, nak buat aper? Dekat mana?”

“Dekat Bangsar. Erm, nanti saya cerita. Boleh tak?”

“Ok jer, pukul 10 kan nak sampai Bangsar. So around pukul 7.30 I datang ambik you. Kita breakfast sekali.”

“Ok, thanks.”

****************************************************************************************************
“So you are telling me, that my long dead Grandpa, left me an inheritence worth of RM300,000.00? Excluding my study fees?” tanyaku kepada Mr. Darshan selepas dia menerangkan perihal inheritence tersebut.

“Technically yes. As for now that you have come to age of 18, you will receive half of that amount gradually within the duration of 3 years. That makes RM4,166.66 per month. It will automatically be deposited on the first working day every month. As for this month, I have prepared the cheque for you. And for every 6 months too, you are required to sign a document pertaining that you have receive the correct amount for the previous 6 months. The balance, which will be RM150,000.00 will only be given to you when you have reached 21 years old, by date, not by years. And it will be given as a whole, lum sum.

However, if, if there is a situation where you really need money, let say, for an operation that is critical to you, or any other matters that involve life and death, you can used the other half of the inherintance to pay for it. So, if you had any operation and you need RM20,000.00 for it, we will give you the money and when the time comes, you will receive the balance which will be RM130,000.00.

As for you study fees, you late grandfather has specifically mentioned that your 1st degree fees will be financed by his wealth. That is one different matter. The money used to financed your study will not come out from your inheritance  You can be rest assured. It doesn’t matter whether you are doing your diploma or your degree. Are you under any scholarship, or loan currently? JPA? MARA? PTPTN?” tanya Mr. Darshan selepas menerangkan panjang lebar.

“No. I’m not under any scholarship or loan. My parents pay for it.” Jawabku.

“Well then, the same amount of money that they have paid for your study fees will be given to them. And for the next semester, we will continue the payment automatically. For that I will get in touch with them and your university for the details.”

“No wonder they aren’t mad with me not getting any scholarship. It’s because they’ll get the money back, literally. Damn.” Kataku perlahan.

“Is there anything else you want to ask?”

“Erm, why did I never heard anything about this inheritance  Did my sister and brother get the same thing too?”

“The inheritors are bound to a contract which says that they can’t tell anything about the inheritence to other inheritors-in-line until the inheritors-in-line come to age or they will be sue for breaching the contract. So,that’s why your father, mother, sister and your brother didn’t mentioned a thing about this. Only your father, and his offspring that includes you, your sister and you brother inherit the wealth. The amount, may or may not be differ, but I’m not allowed to give you the details on that matter. Only your father knows the details.” Tambahnya lagi.

“Well then, I guess I don’t have any other thing to ask. Thanks for everything Mr. Darshan.”

“I’m just doing my job. You can contact me at my number if anything arised. And I believe this cheque belongs to you.”

“Owh yes. Thanks. Have a nice day.” Kataku sambil berjabat tangan lalu beredar.

“Wow!!!” jeritku setelah keluar dari firma guaman tersebut.

“Hehehehe, loaded la awak lepas nie. Hahahaha. Awak memang tak tau aper-aper ker pasal semua nie?” tanya Khai.

“Tak, siyes saya tak tau. Memangla selama nie abang dengan along sentiasa mewah. Ingatkan mama ngan laki dia support sume. Rupanya pasal bende nie. Huhuhu. Nie yang tak sabar nak tunggu 21 tahun nie. Apersal la tak bagi terus je lum sum sekarang. Kan best.”

“Kalau atuk awak buat macam tue, for sure you habiskan terus kan duit tue. At least dia buat macam nie nak buat awak belajar menguruskan wang.”

“Hehehe, tau takper. Kalau dapat RM300,000.00 lump sum, mau habiskan one shot kot. Lol.”

“So, awak nak buat apa dengan duit untuk bulan nie?”

“Erm, kita pergi bank dulu, saya nak depositkan duit. So, hari isnin la baru cashkan. Erm, tak tau lagi. Maybe saya belanja awak, abang Kamahl dan budak budak rumah makan ker, aper ker. Huhuhu. Dinner tue wajib la, saya open table. Baki tak tau lagi. Maybe simpan sikit, shopping sikit. Hehehe.”

“Sounds like a good plan to me. Jangan habiskan sekaligus, ok.” Nasihat Khai.

“Iyer awak. Saya tau. Jom, kita ke bank.”

“Abang, esok abang free?” smsku ke abang Kamahl.

“Esok abang free. Adek dah jumpe peguam tue belum? How was it?” reply abang Kamahl.

“Dah. Dah jumper dah. Abang free kan esok, so jangan ader plan aper-aper tau. Adek ader plan baik punya. Nanti dalam 2 jam lagi lebih kurang adek sampai rumah abang. Adek datang dengan Khai.”

“Ok, abang maybe balik dalam pukul tengah hari sikit. Kunci ader kan?”

“Ader-ader. Nanti kiter jumpe dekat rumah k.” Balas ku mengakhiri perbualan.

“Awak ader plan aper jer?” tanya Khai.

“I’m thinking of barbequing. How’s that sounds?” balasku.

“Yummy. Kalau awak yang masak, then saya rasa sedap. Huhuhu. Esok kan? Awak nak ajak saper lagi?”

“Erm, kita-kita jer. Awak, saya, abang kamahl, dan kawan saya 3 4 orang. So, disebabkan awak takda benda nak buat hari ni, boley tak awak temankan saya beli barang semua dan prepare untuk esok?”

“Boley jer. Jom. Kita pergi sekarang.”

Sejurus itu kami terus bergerak ke Cold Storage yang terletak di dalam Mid-Valley untuk membeli belah.

“Dude, I ader plan untuk petang esok. So, kalau ader aper-aper plan, make sure petang sampai malam free. Nanti I gtau lagi dekat rumah k.” Smsku ke Joe, Vincent dan Hisyam.

“Ok, Joe dan Hisyam pun kata ok.” Balas Vincent.

“Banyaknya ayam awak ambik. Awak kan tak makan ayam.” Tanya Khai melihat aku yang sedang membungkus peha dan kepak ayam, masing-masing 15 ketul.

“Yer la, yang tak makan ayam, saya jer, awak, abang Kamahl dan budak-budak rumah saya semuanya makan ayam. Tambah-tambah diorang, pagi petang siang malam ayam je.” Aku kemudian mengambil beberapa bungkusan lamb sirlion, 5 bungkusan beef tenderloin untuk di buat stik, dan 1 kilogram daging cincang juga 250gram beef tenderloin yang akan ku cincang untuk dibuat beef patties. Sedang aku memilih ketulan kambing yang akan kugunakan untuk membuat sos, handphone ku berbunyi. Kelihatan nama Budin muncul di skrin.

“Hye babe. What’s up?” tanyaku.

“Hye. Takde aper. Saja call, you dekat mana tue? Tengah buat aper tue?”

“Oook. I dekat Cold Storage nie, tengah beli barang sikit. Owh ya, esok I nak buat barbeque, you nak join?” ajakku.

“Erm, saper lagi join?” tanya Budin.

“I, then member-member I yang join maser karaoke haritu, abang Kamahl, then sorang lagi member I. Jom la, it will be fun. Datang la.” Aku memujuk Budin lagi yang kedengaran sedikit keberatan.

“Erm, ok. Kat mana? Pukul berapa?”

“Start dalam pukul 6 atau 7 petang. Tempat tak confirm lagi. Nanti esok pagi I confirmkan balik dengan you k.”

“Ok. See you then, ok.” Balas Budin.

“Awak, saya luper. Apartment abang Kamahl tak boleh buat barbeque, kalau nak guna Club House, tak sempat nak book. Macam mana nie? Nak buat dekat maner eek?” aku yang baru teringat akan perihal tersebut.

“Then kalau macam tue buat dekat rumah saya je la. Tak payah susah susah nak buat dekat luar ke aper ker. Barbeque set pun ader.”

“Kalau macam tue, ok. Set. Then lepas nie kita gerak terus ke rumah saya, cancel ke rumah abang. Rumah awak ader kan sumer barang-barang semua? Pisau, blender, semua tue?”

“Ader la, saya kadang-kadang masak jugak.” Jawab Khai sambil tersengih.

Aku kemudian menghubungi abang Kamahl untuk memberitahu akan perubahan perancangan.

HP sauce, Worcestershire sauce, capers, bay leaf, oregano, dried basil, Cajun spice, paprika, thyme, sage, rosemary, grind blackpepper, serai, halia, bawang putih, bawang merah, bawang kuning, lemon, Dijon mustard, kentang, jagung, dan beberapa bahan lain.

Setelah itu, kami bergerak ke rumah Khai. “Awak tinggal sini? Sorang sorang? Wow!! Tak sunyi ker rumah besar macam nie duduk sorang?” tanyaku setelah Khai memasuki ke perkarangan sebuah banglo 2 tingkat di kawasan Mutiara Homes.

“Saya dah biasa. Ok tak kawasan? Kita buat dekat tepi situ, dekat dengan pool.”

“Huhuhuhuhu. Siap pool lagi. Best nie. Ok jer.”

Kami kemudian mula menyediakan makanan untuk esok. Untuk ayam, aku menyediakan 2 jenis perapan, satu Cajun Style Chicken dan Spicy and Sour Chicken.

Tetapi sebelum menyediakan ayam, aku mencincang beberapa ketul daging, kambing, bersama celery, bawang putih, bawang kuning yang ku potong kasar. Bawang tersebut kemudian ku tumis dengan sedikit minyak, sehingga wangi. Kemudian, ketulan daging dan kambing tadi kumasukkan dan ku gaul sehingga warnanya berubah. Setelah itu, aku memasukkan segelas sparkling anggur merah tadi dan dibiarkan mendidih sehingga jumlah cecair didalam periuk menjadi separuh. Air dan potongan celery kasar tadi kemudian kumasukkan dan api kubiarkan sederhana dan kututup periuk.

Untuk membuat Cajun Style Chicken, ayam yang sudah dibersihkan digaul bersama Cajun Spice, paprika, thyme, rosemary dan sedikit blackpepper. Aku juga mencampurkan sedikit meat tenderizer untuk membuat ayam lembut.

Untuk Spicy and Sour Chicken pula, aku mengcampurkan campuran serai, halia, bawang putih, sedikit bawang merah dan tomato yang telah ku blend bersama sedikit minyak masak kedalam sebuah bekas. Kemudian aku memasukkan oregano, dried basil, blackpepper dan juga Worcestershire sauce bersama dan kugaul sebati dengan lebihan ayam tadi. Kemudian kedua-dua sediaan ayam yang sudah digaul sebati itu ku bungkus di dalam plastik dan ku masukkan ke dalam peti ais.

“Awak selalu ke barbeque, tak payah tengok resipi, main campak jer. Dah settle part ayam,” kata Khai yang sedang menguruskan potongan-potongan daging.

“Aah, selalu jugak la. Kalau camping, memang buat barbeque. So dah tau dah aper nak campak. Huhuhu.” Balasku.

“Ok, untuk daging dan kambing yang awak dah siap bersihkan, potong dan buang lemak tue, awak letak tepi.”

Setelah memerap daging kambing dan lembu bersama campuran HP sauce, Worcestershire sauce, oregano, basil, thyme, sage, blackpepper, dan sedikit sparkling anggur merah bersama, ianya kubungkus dan ku masukkan kedalam peti ais.

“Ok, awak, awak tolong cincangkan daging lembu tenderloin yang saya beli asing tadi. Cincang jangan halus sangat tau. Lepas tue campurkan dengan daging cincang tadi. Then masukkan Dijon mustard, oregano, basil, dengan sparkling.”

“Erm, awak, saya bab campak campak nie, lemah sikit. Kang terlebih ker, terkurang ker, susah pulak.”

“Huhuhu. Ok ok, awak cincang then saya campurkan semua.”

Ader call masuk pulak, aku cepat-cepat mencuci tangan dan mengeringkan tangan sebelum mengangkat panggilan yang rupanya dari abang Kamahl. “Hye abang.”

“Hye adek, Khai ader tak? Panggil dia kejap.” Kata abang Kamahl.

“Ok, jap. Khai, abang Kamahl nak cakap.” Kataku sambil menghulurkan handphoneku. Melihatkan yang tangan Khai yang berlumuran dengan daging yang sedang dicincangnya, aku kemudian memegang handphoneku berhampiran telinganya.

“Ha, bang, kenapa? Owh. Lot 157, Persiaran ******, Mutiara Homes. Abang masuk terus, Khai bukak pintu dan pagar. Aaah, kitorang dekat dapur. Ok.” Kata Khai.

“Abang Kamahl datang yek?” tanya aku.

“Aaah, dia dah on da way dah.”

Setelah Khai selesai mencincang daging seperti yang ku beritahu, aku kemudian mencampurkan ke dua-dua daging cincang bersama-sama Dijon mustard, oregano, basil, capers yang ku cincang kasar beserta sedikit sparkling. Khai terus menggaul seperti arahanku dan membentuk beberapa ketulan patties dari campuran tersebut.

“Apa lagi yang nak dibuat?” tanya Khai setelah selesai ketulan ketulan daging patties.

“Erm, tinggal sos dan sayur-sayur jer.”

“Owh, kalau macam tue, rehat dulu la. Awak nak air tak?” cadang Khai.

“Boleh jugak.” Kataku yang sedikit kehausan.

“Jus, sparkling, cold water, or....?” tanya Khai lagi.

“Sparkling then.”

Kami kemudian minum-minum di dapur sambil berehat seketika. Selepas 10-15 minit, abang Kamahl sampai dan menyertai kami di dapur.

“Hye abang” kataku lantas bangun mencium tangan dan pipi abang Kamahl.

“Ello adek, Khai. Erm, dah siap ke semua? Penatnya abang hari ni.”

“Tue la, sabtu pun kerja jugak.” Kataku lagi sambil mengurut-ngurut bahu abang Kamahl.

“Ha, nie kenapa tiba-tiba buat barbeque nie? Nak celebrate aper? Lawyer tadi cakap aper.”

“Adek abang nie, dia dapat durian runtuh, tue yang nak celebrate sikit.” Balas Khai.
Aku kemudian menceritakan perihal inheritence yang ku dapat.

“Oooo. Macam tue, so nie duit dah dapat la nie.”

“Dah, tapi untuk bulan nie, dia sediakan cheque, so Isnin depan baru clear kot.” Jawabku.

“Adek ajak saper lagi nie?”

“Joe, Vincent, Hisyam dengan Budin jer.” Kataku.

“Uiks, ajak Budin sekali, berbunga la hati dia. Hahahaha. Tapi karang ada yang jealous pulak karang.”

“Abang...” kataku yang sedikit geram lalu bahu abang Kamahl kupicit kuat.

“Adeyh. Hahahaha.”

“Berbunga? Apa yang berbunga nya?” tanya Khai.

“Oooo, Khai tak tahu yek.” Kata abang Kamahl sambil tersenyum memandang aku.

Abang Kamahl kemudian memegang tanganku lantas aku dituntun supaya berdiri dihadapannya yang duduk di bar stool di dapur. Dia lantas meletakkan dagunya di bahuku sambil memeluk aku lalu berkata,

“Kalau Khai nak tau, Budin tue dulu sekelas dengan adek time sekolah dulu. Abang kenal la jugak. Then, satu hari, dia ajak adek nie couple, but in a subtle way lakan. Tapi, adek abang nie, boley pulak dia reject si Budin dalam tak sedar, lepas tue tekankan yang diorang kawan 3 kali, direct to the face. Lepas tue, lepas 5 tahun baru la adek tau yang dia reject Budin, tue pun lepas Budin yang bagitau. Hahahahaha.”

“Owh.” Jawab Khai pendek. Air muka Khai sedikit berubah. Erm, aku mula tak sedap hati. Rangkulan abang Kamahl ku leraikan perlahan lantas tangan Khai di atas kaunter dapur tue ku capai perlahan. “Saya cuma kawan jer dengan Budin, sama macam dulu.” Kataku yang cuba untuk mententeramkan hati Khai. Mungkinkan aku cuba untuk mententeramkan hatiku? Entah.

“Ok.” Khai tersenyum lantas tanganku digenggam erat.

Aku kemudian tanpa sedar bergerak dan berdiri dihadapan Khai lantas Khai kupeluk dan ku cium dipipi. “Kawan jer. Kami takda aper-aper pun.” Jelas ku lagi lantas bergerak untuk melihat-lihat rebusan daging yang ku sediakan tadi untuk membuat sos.

“Erm, dah ok dah nie. Khai, ader tepung tak?” tanyaku setelah berpuas hati dengan kepekatan sup yang terhasil.

“Ader, dalam bekas warna coklat dalam kabinet atas. Saya nak ke belakang sekejap, tengok barbeque set dan lain-lain barang jap.” Kata Khai lagi.

“Ok.” Jawabku.

Setelah mendapatkan tepung dari dalam kabinet, aku kemudian mencairkan ketulan mentega didalam periuk dengan nyalaan sederhana, setelah itu, ku campurkan secawan tepung dengan perlahan dan ku kacau supaya sebati tanpa membentuk ketulan ketulan tepung. Setelah berpuas hati dengan campuran itu, aku menutupkan api, lalu bergerak mendapatkan penapis makanan.

Sedang aku menapis rebusan tadi untuk mengasingkan air rebusan dan bahan-bahan lain, tiba-tiba air rebusan yang masih panas itu terkena tanganku. “Argh!! Jeritku sedikit. Tangan kiriku mula menjadi merah. “Sakitnya” kataku lagi.

“Klang!!” satu bunyi kedengaran di belakangku. Aku melihat Khai terlepas bekas penghadang besi barbeque dan dia tanpa menghiraukannya terus menuju ke arah ku.

“Kenapa nie? Awak terkena air panas ker? Macam mana boleh jadi macam nie?” kata Khai lalu tanganku yang masih kemerahan ditiupnya. Dia kemudian melalukan air di tanganku. Selang seketika dia kembali meniup-niup tanganku perlahan sambil melalukan air. Dia begitu asyik membuat aku berasa lebih baik tanpa menyedari yang aku hanya melihat dia. Begitu juga abang Kamahl yang memerhatikan dari tepi.

“Khai, Khai ader patch untuk melecur? Cool Fever ker aper ker?” tiba-tiba abang Kamahl bersuara.

“Takda la abang. Erm, awak tunggu kejap, saya pergi ke farmasi beli kejap k. Awak terus jer lalukan tangan awak bawah air ok. Nanti kurang la rasa sakit tue.” Jawab Khai lagi lalu bergegas keluar.

Aku terus melalukan air. Abang Kamahl kulihat berdiri di sebelahku. Dia kemudian mencapai tanganku lalu membelek-belek tanganku. Kami hanya berdiri seperti itu untuk beberapa minit.

“Adek?” tanya abang Kamahl lembut.

“Yer? Naper?” jawabku.

“Adek ader tak aper-aper yang abang tak tahu dan patut adek bagitahu abang?” abang Kamahl meneruskan bicara.

“Ha? Maksud abang?” tanyaku pelik dengan persoalan sedemikian rupa.

“Adek, pandang abang, pandang sini.” Katanya lagi sambil memegang tanganku.

“Erm.” Aku hanya menurut permintaanya. “Apa yang abang nak cakapkan nie?”

“Betul adek tak tahu apa yang abang cakapkan? Atau buat buat tak tahu? Adek. Adek terus terang dengan abang k. Abang nampak apa yang berlaku tadi. Abang nampak semua. Abang nampak cara adek tenangkan hati Khai bila abang cakap pasal hal Budin tadi. Abang nampak mata dia berubah bila dia dengar. Abang nampak bila dia senyum balik waktu adek terangkan segalanya. Abang nampak cara adek cium pipi Khai. Abang jugak nampak cara dia pegang tangan adek waktu tangan adek melecur tadi. Abang nampak cara dia kurangkan rasa sakit tangan adek tue. Dan abang nampak cara dia beri perhatian kepada adek.”

“Erm.” Jawabku pendek.

“Adek, abang tak perlu jadi love guru untuk paham apa yang berlaku adek. Dan abang tahu yang adek paham apa yang berlakukan. Adek sukakan Khai?”

“Abang, kan kita dah cakap pasal benda nie.” Protesku sedikit.

“Itu dulu, nie abang tanya sekarang.”

“Erm, adek sukakan Khai.” Jawabku perlahan sambil mengangguk.

“Bagus la kalau macam tue.” Jawab abang Kamahl.

Tanpa ku sedar, Khai berdiri di pintu dapur, dia hanya tersenyum.

“Awak, nie, saya dah belikan ubat dan patch, biar saya buatkan, k.” Kata Khai yang tiba-tiba muncul.

“Owh, ok.”

“Awak rehat, biar saya sambung buat ok. Awak just bagitahu apa yang saya kena buat.” Katanya lagi.

Setelah habis menapis air rebusan tadi, aku menyuruh Khai memasukkan air rebusan tersebut sedikit demi sedikit ke dalam sediaan tepung. Setelah semua tepung itu larut tanpa menjadi ketul-ketul, daun bay, lada hitam yang telah dikisar dimasukkan dan dibiarkan mendidih selama beberapa jam sehingga pekat.

Sementara itu, mayones, Dijon mustard, dan capers dicampur sekali dan disimpan di dalam bekas. Jagung dan kentang di rebus sehingga separuh masak. Jagung itu kemudian di potong menjadi ketulan sederhana sebelum di simpan. Kentang pula digaul bersama minyak, thyme dan basil sebelum dibungkus rapi di dalam aluminium foil dan diletakkan di dalam peti ais. Semua persiapan sudah siap untuk esok.

Disebabkan kepenatan, aku kemudian berehat di ruang tamu sementara abang Kamahl dan Khai bersembang di dapur.

“Awak, awak.” Samar samar kedengaran suara Khai. Aku terasa diriku di gerak-gerakkan.

“Owh, naper? Saya tertidur ke? Dah pukul berapa nie?” tanyaku setelah tersedar.

“Aaah, awak tertidur, dah pukul 6.30 petang dah. Awak siap-siap, then kita pergi dinner.”

“Ok. Erm, awak ader....” belum sempat aku menghabiskan soalanku, Khai menghulurkan tuala untukku pakai.

“Jom, saya tunjukkan bilik air.” Katanya lagi.

Khai kemudian membawaku ke satu bilik di tingkat atas, di situ dia meninggalkan aku untuk membersihkan diri. Bilik Khai. Kulihat bilik Khai tersusun kemas dan rapi. Dinding biliknya di penuhi dengan rak-rak buku dan CD beserta DVD. Karya-karya Sydney Sheldon, Jon McGregor, Rachel Seiffert dan Dan Brown antara yang memenuhi rak-rak itu. Ada antara buku-buku ini yang kukenali, tetapi bagi kebanyakannya, tidak. Genre sebegini bukanlah antara Genre pilihanku. Aku lebih menyukai buku-buku fantasi, romantic dan juga fiksyen. Chrisopher Paolini, Anne Rice, Cecelia Ahern dan Trudi Canavan merupakan antara penulis kegemaranku.

Aku lalu menuruti himpunan CD dan DVD Khai. Antara yang menarik perhatianku adalah album Alexandre Pires berjudul Estrella Guia dan 2 album Reik berjudul Reik dan Secuencia. Aku juga mempunyai CD yang sama di dalam koleksiku.

Sudahlah, aku kemudian terus ke bilik untuk mandi.

“Awak, awak.” Kedengaran suara Khai dari luar pintu bilik air.

“Yer, saya dah nak siap dah.” Sahutku.

“Baju dan seluar awak ada atas katil. Guna je minyak rambut dan deodoran semua. Saya tunggu dekat bawah.”

“Ok.” Setelah aku siap mandi dan keluar dari bilik air, aku melihat sehelai kemeja lengan pendek, sehelai jeans bersama sehelai seluar dalam tersusun rapi di atas katil. Aku mencari baju dan seluar yang ku pakai tadi yang kuletakkan di atas katil sebelum mandi tadi. Tiada. “Sudah, mana pulak baju dengan seluar aku nie.” Kemudian kelihatan barang-barang ku terletak di atas meja bersama sehelai nota yang bertulis

“Saya belikan awak kemeja, senang sikit awak nak pakai berbanding baju lengan panjang awak tue. Tangan awak masih sakit lagi.

Khai”

Cantik tulisan Khai. Nota itu kemudian ku lipat dan ku simpan didalam walletku. Aku kemudian memakai pakaian yang disediakan oleh Khai. Kemeja lengan pendek warna biru pastel berbelang perak halus dari G2000 beserta Jeans biru gelap. Sempat lagi Khai membeli pakaian ini sewaktu mencari ubat untukku tadi.

Setelah bersiap, aku turun ke bawah dan kelihatan abang Kamahl dan Khai sedang tertawa akan sesuatu yang aku tak tahu kerna apa. “Ok, dah siap.”

“Jom, kita pergi makan.”

“Adek naik dengan Khai.” Tolak abang Kamahl apabila menyedari aku mengikuti nya ke kereta.

“Erm, ok.”

Kami kemudian bergerak ke The Curve untuk makan malam disana. Setelah makan malam, abang Kamahl bergerak meninggalkan kami dan Khai menghantarku pulang ke hostel.

“Awak nak saya ambil awak pukul berapa esok?”

“Eh, takpa. Saya drive sendiri dengan kawan-kawan. Dalam pukul 6 saya gerak.” Jawabku.

“La, kan tangan awak masih sakit lagi tue.” Kata Khai lagi.

“Tangan saya sakit sikit jer. Lagipun tadi awak dah tiup dan sapukan ubat, nanti baik la.”

“Betul?”

“Iya.”

“Ok, then kalau macam tue, bila awak dah dalam 20 minit nak sampai rumah saya, awak bagitau, saya sediakan arang semua k. Dan, dalam beg kertas tue, saya dah letakkan baju dan seluar awak. Ada jugak ubat dan patch. Esok pagi tukar patch tue ok.”

“Ok awak. Jangan risau k.”

“Risau la, takkan tak risau pulak.”

“Erm, ok. Thanks.”

“That’s ok.”

Aku kemudian perlahan-lahan mencapai tangan kiri Khai lalu ku genggam. “Awak tak kesah?” tanyaku.

“Tak.” Jawabnya sambil tersenyum memandangku.

Nasibla mamat nie bawak kereta automatic, jadi dia tak perlu menukar gear selalu. Sepanjang berjalanan kami hanya berdiam. Tapi genggaman tangan tidak dilepaskan. Tangan kiriku yang sedikit melecur terasa lega.

Setelah sampai di hostel, Khai menghulurkan beg kertas tadi dan aku kemudian mencium pipinya sebelum berlalu keluar.

“Awak bawak kereta elok-elok k. Dah sampai gtau saya.” Smsku kepada Khai.

“Ok.” Balasnya pendek.

“Lambatnya you balik. Dari pagi, sampai sekarang.” Kata Vincent selepas aku sampai dan duduk disebelahnya di ruang tamu.

“Erm, lepas settle hal dengan lawyer tadi, I kerumah Khai plan untuk esok. Tue yang balik lambat.” Jelasku.

“Eh, naper dengan tangan you?” tanya Joe yang tiba-tiba muncul.

“Melecur sikit jer.”

“Oooo, dah sapu ubat dah?” tanya Vincent lagi.

“Dah.”

“So, aper citer dengan lawyer tue, dan aper plan untuk esok? Lama you plan.” Tanya Vincent.
Aku kemudian menerangkan rumusan apa yang terjadi dan plan untuk esok kepada mereka. Kami kemudian berbual bual sehingga aku menerima panggilan dari Khai. Aku beredar ke balcony rumahku dan sliding door ku tutup.

“Hye. Awak dah sampai rumah?”

“Erm, dah. Baru je sampai. Awak tengah buat apa tue?” tanya Khai.

“Saya tengah tengok tv jer dengan kawan-kawan.”

Kami berbual hampir 30 minit sebelum aku masuk ke dalam rumah. Kelihatan Hisyam sudah berada dirumah dan lepak bersama yang lain menonton tv.

“Eh, Hisyam, bila you balik?” tanyaku.

“Dah lama dah, masa you tengah lentok lentok bergayut. Mana nak perasan I balik. Hahahaha.”

“Adeyh. Hahaha.”

“So, esok pukul 6 petang yek.” Tanya Hisyam lagi.

“Owh dorang dah cita yek. Aaah, pukul 6 petang. Kita gerak dari sini ker rumah Khai.” Terangku.

“Sapa lagi yang join?” Vincent bertanya.

“Kita berempat, then abang Kamahl dan Khai, dan member I Budin haritu. Ingat?”

“Ingat, classmate you yang you reject dengan kejamnya tue.” Balas Joe bersahaja.

“You nie, I cepuk karang.” Aku berseloroh. “Esok jangan cakap pasal bende tue tau.”

“Huhuhu. Ok. Budin gerak terus ke sana ke atau kita jumpa dia maner-maner?” tanya Joe pulak.

“Owh ya, I tak deal lagi dengan dia macam mana. Kejap I call dia.” Aku terus mendail nombor Budin, hopefully dia tak tido awal. Budin mengangkat panggilanku dan kemudian kami berbincang akan plan untuk esok. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk berjumpa di sebuah stesen minyak Shell yang terletak di LDP. Aku kemudian turut meminta Budin untuk membawa seluar mandi bersama. Tadi sewaktu di talian, Khai meminta aku memberitahu yang lain untuk membawa seluar mandi bersama. Dia juga menyuruh aku membawa seluar mandiku sekali.

“Babe, lupa pulak, Khai kata, bawak la seluar mandi sekali. Esok barbeque sebelah pool, so kalau nak mandi sekali boleh jer.” Kataku kepada Vincent, Joe dan Hisyam.

“Cool. Buat dekat club house ker?” tanya Hisyam.

“Tak la, kat rumah Khai la.” jawabku.


“Nice, rumah siap ader pool.” Komen Joe pula.

No comments:

Post a Comment