My list

October 11, 2012

Dia - Tujuh


T
“Good nite, Khai” kataku perlahan.

“Awak terjaga ke? Sorry, mesti awak terjaga waktu saya angkat awak tadi.”

“Tak apa, kenapa tak kejutkan saya tadi?”

“Saya tengok awak dah nyenyak tido, tak nak la kacau. Tak tau pulak awak terjaga.”

“That’s ok.”

“Good nite”

Seketika kemudian aku terlelap.

Tidurku sungguh lena malam tadi. Aku terjaga pukul 9 pagi melihatkan muka Khai betul betul dihadapanku. Kami menghadap satu sama lain tanpa sedar. Khai masih lagi nyenyak tidur. Kulihat mukanya sungguh tenang dan tampan. Tidak dapat kulihat sebarang cela dimukanya. Aku terus memerhatikan mukanya. Rambutnya yang sedikit panjang menutupi sebahagian dahinya. Tanpaku sedar, tangan ku bergerak merapati dahi nya, dan tiba-tiba aku terhenti. 

“Apa yang aku nak buat nie?” bisik hatiku. Setelah hampir seketika, aku menyelak rambut 
didahinya.

Tiba-tiba Khai bergerak. Aku cepat-cepat menarik kembali tanganku. Owh, rupanya dia masih tido. Aku kembali bermain-main dengan rambutnya. Rambutnya ku tolak ketepi, ku tarik ke hadapan. Seronok la pulak main rambut orang tengah tido nie. Pada ketika itu, Khai hanya tersenyum, tapi aku masih tidak menyedari kerana aku masih asyik bermain rambutnya.

Tiba-tiba Khai membukakan matanya dan berkata “Selamat pagi awak”. Tangan aku masih lagi dirambutnya. Aku kaget lalu menarik kembali tanganku dan meletakkan ditepi. “Selamat pagi” balasku pendek. Aku lantas menutup mataku kembali. Tidak semena-mena kurasakan tangan Khai memegang tanganku dan meletakkan kembali dikepalanya. Aku membukakan mata dan melihat Khai hanya tersenyum. Adeyh, mamat nie, saja je nak buat aku cair pagi-pagi macam nie. Dah la stim. Bukan stim sebab khai. Biasalakan pagi-pagi mesti la stim.

“Awak dah terjaga yek?” tanya ku.

“Aah, waktu awak main-main rambut saya tadi”

“Hehehe. Ok”

Kemudian terdengar pintu bilik dibuka dan abang Kamahl muncul. “Bangun dah?” tanya abang Kamahl.

“Dah, Khai pun dah bangun.” Jawabku lantas berpusing menghadap abang Kamahl.

“Bagus la, abang pun baru balik dari beli sarapan. Pergi gosok gigi dan makan sekali jom. Adek punya berus gigi still ada lagi dalam bilik air. Khai lak, ader berus gigi spare dalam laci bilik air. Guna je yang tu.”

“Ok abang.” Aku dan Khai kemudian bergilir mencuci muka dan memberus gigi sebelum menyertai abang Kamahl di ruang tamu bersama makanan yang terhidang di coffee table. Tersedia nasi lemak, bihun goreng, ayam goreng berempah dan rendang daging. Beserta air teh panas.

“Adek, bagikan abang ayam goreng tue.”

“Nah. Awak nak ayam?” tanyaku kepada Khai.

“Boleh jugak”

Bihun goreng dan rendang daging menjadi santapan ku. “Awak nak ayam? Ada lagi seketul tu.” Kata Khai kepadaku sambil menghulurkan pinggan berisi ayam kepadaku.

“Tak apa la. Rendang daging ada” jawabku.

“Adek tak makan ayam la Khai. Dia allergic.” Terang abang Kamahl.

“Owh, tak pernah dengar pulak ada allergic ayam.”

“Dia memang tak boleh makan ayam. Nanti gatal-gatal. Lagipun dia dah fobia dah makan ayam.” Terang abang Kamahl lagi.

“Fobia? What happened?”

“Hahaha, nanti la abang suruh adek cerita dekat Khai.”

“Lepas nie abang nak buat apa?”

“Lepas nie? Erm, abang nak siapkan kerja dan document sikit. Esok ader meeting tentang trip abang yang lepas.”

“Ok, kalau macam tue, then adek balik lepas lunch la yek.”

“Ok. Nak abang hantarkan tak?”

“Eh, tak apa la, biar saya yang hantarkan.” Pelawa Khai.

“Ok.”

Selepas lunch aku dan Khai bersiap-siap untuk beransur pulang. Kami bersalaman dan bergerak sambil abang Kamahl sempat lagi mengusik ku mengatakan yang dia terlihat aku memeluk Khai ketika tidor semasa dia datang kebilik menjenguk sebelum keluar membeli sarapan. Nasib baik abang Kamahl berbisik kat aku, so Khai tak dengar la.

Erk, tidak. Kenapa aku tak perasan. Nasib la Khai tidor dengan nyenyak, so dia tak perasan la. Patut la aku pun tidor dengan extra nyenyak, peluk Khai rupanya. Aku memang begitu. Kalau tidor mesti peluk something. Kalau dibilik, bolsterku akan kupeluk. Aku lebih selesa tidor didalam posisi janin, ala, melengkung sambil memeluk sesuatu. Susah untuk aku tidor kalau meniarap atau terlentang.

Didalam kereta, Khai bertanyakan samada aku mahu terus pulang atau mempunyai rancangan lain untuk hari ini. “Erm, saya takda plan apa-apa pun untuk harini. Awak?” balasku. “Saya free hari ni. Nak keluar sama?” jawabnya. “Bukan kita tengah keluar bersama ke? Huhuhu” kataku lagi. “I mean, nak keluar tak sekarang? Instead of going back home. Maybe pergi tengok wayang atau apa-apa. Awak pun takda apa-apa plankan selepas ini.” Khai mencadangkan kepadaku. “Ok gak tu.””Kalau macam tu kita ke KLCC, tengok cerita apa yang ada. Awak suka cerita macam mana? Thriller? Komedi? Romantic? Action?”

“Horror, komedi and romance sound good. Not into action and thriller that much” balasku.

“Ok”

Selepas tamat menonton wayang, kami bersiar-siar di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Hujung minggu yang menggembirakan. Itu yang dapat aku perkatakan terhadap cuti mid-sem ku. Walaupun cuti kami pendek, hanya seminggu berbanding cuti budak-budak IPTA. 

But, I think this one week is the best week ever.

Esok dah start blaja balik. Semua assignment pun dah disiapkan. Agaknya budak-budak umah aku tue dah balik ke belum. Ikut kata Joe, Vincent balik hari nie. Begitu jugak dengan Hisyam.

“Dude, u dah balik ker?” smsku serentak ke Vincent dan Hisyam.

“I dah ader dekat rumah nie. U dengan Joe keluarker? Kereta u takda, Joe pun takda. Hisyam tengah tido tue.” Balas Vincent.

“I keluar dengan member nie. Joe keluar la tue. Dia pakai kereta I. I dah nak on the way nie. Nak I tapaukan aper-aper untuk u?”

“Erm. Boley gak. U makan dekat mana?”

“Tak tau lagi, tengok la u nak tapau aper.”

“Kalau cam tue, belikan I Double-Cheese Burger Large. Thanks k”

“Ok”

Kami kemudian menghala pulang ke Bangi dan singgah sebentar di McD untuk membeli makanan Vincent. Aku dan Khai sudahpun makan di Dome selepas selesai wayang.

“Ok, thanks yek sebab temankan saya ambil abang Kamah and stay the night too. Nanti sampai rumah gtau k.”

“Takda masalah pun. Lagipun seronok spend masa dengan awak.”

“Hehehehe. Eh, tu macam Joe” kataku kepada Khai sambil menunjuk ke arah sebuah kereta yang ku pasti bukan kereta aku.

Khai berpaling seketika. Macam tak percaya lak he’ll fall for the same trick twice. Hehehe. Seperti sebelum ini aku terus merapatkan diri untuk mencium pipinya. Tapi sebelum sempat aku mencium pipinya, Khai terus memalingkan muka kearah ku kembali dengan senyuman. Cis, dia buat-buat tertipu pulak. Nasib aku sempat berenti. Kalau tak, abis aku tercium bibir dia. Waktu itu muka kami hanya beberapa inci sahaja terpisah. Gulp. Aku cuak sikit. Kantoi. Masa macam terhenti kejap waktu itu. Matanya memandang terus ke dalam mataku. 

Pandangannya cukup lembut.

Khai kemudian menggenggam tanganku kemas. “Kenapa awak suka cium pipi saya senyap-senyap?” tanyanya sambil tersenyum. Boley pulak tanyer soalan macam tue. Macam mana la die expect aku jawab ntah. Erk, nak lari, tapi Khai dah pegang tangan.

Aku terdiam jer. “Awak tak suka ke?” tanyaku menjawap pertanyaannya.

Dia membisukan diri seketika. “Saya tak suka awak buat macam tu.” Riak muka Khai tidak lagi tersenyum mendengar jawapanku.

“Owh.... Maaf lah kalau macam tue. Saya takkan buat lagi lepas nie.” Alamak, Khai dah marah. Aku cuba untuk meleraikan pegangan tangan Khai dengan lembut. Tapi tak berhasil. Tak boley nak lari. Habis la lepas nie, mesti dia tak nak jumpa aku lagi. Harap-harap dia tak bagitau abang Kamahl. Sigh.

Sedang aku menundukkan muka sedikit pabila terasa malu, tiba-tiba Khai melepaskan pegangan tangannya dan seperti sebelum ini, dia meletakkan kedua telapak tangannya di mukaku, lantas mukaku dihadapkan ke mukanya dan dia terus mencium lembut dahiku.

“Saya tak suka awak cium saya curi-curi. Tapi saya gembira sangat kalau awak cium saya. Jadi, lepas nie boley tak awak cium saya macam biasa? Tanpa curi-curi?” tanya Khai lagi sambil melemparkan satu lagi senyuman.

Argh. Tidak!!! Aku cair. Mamat nie romantik rupanya. Aku dah lemah lutut nie. Mau nak jalan balik bilik pun susah. Khai, Khai. Kalaulah kau rasa apa yang aku rasa dalam hati nie. Bergelora betul jiwaku.

Aku kemudian mengalihkan kedua tangan Khai dan kemudian pipinya kucium lembut. Dia hanya tersenyum. Aku terus berlalu keluar dan menuju ke rumahku dengan hati yang cukup gembira.

No comments:

Post a Comment