My list

October 11, 2012

Dia - Sepuluh


S
Jeritan kanak-kanak menyedarkan aku kembali dari lamunan yang panjang. Sigh. Aper la yang aku nak buat nie. Nak balik hostel, takde mood. Nak balik umah, jangan harap. Dalam hati macam nak meluahkan perasaan kepada seseorang. Abang Kamahl? Dia mesti busy. Lagipun, tak nak lah menyusahkan abang. Abang memang tau pasal cerita family ku. Dari dulu lagi, mungkin sebab tue kitorang semakin rapat.

Dia selalu berpesan walau apapun, mereka tetap keluarga aku. “Walau macam mana sekalipun keadaannya adek, ingat la, darah yang mengalir dalam badan adek tue asalnya darah mama ngan abah adek. Sama dengan darah yang mengalir dalam badan kakak dan abang adek. Sabar lah, ok. Andai kata adek maseh tak dapat merasakan kasih sayang diorang, ingatlah yang abang sentiasa sayangkan adek. Jangan sesekali lupa, ok”

Aku tak pernah lupa kata-kata itu, kerna ayat-ayat terakhir tue cukup bermakna buatku. Bermakna aku masih mempunyai seorang abang yang menyayangi aku.

Waktu dah semakin lewat. Matahari pun mula terbenam di hujung pandangan. Kulihat sungguh cantik permandangan. Indah dan tenang. Begitu juga hatiku. Tenang sedikit di dalam.
Aku mula bergerak menyusuri gigi-air. Melihat-lihat orang yang masih bertandang. Argh. Ada penjual ais-krim. Sedap jugak layan ais-krim nie. Huhuhu. Setelah membeli ais-krim, aku ke gerai menjual cenderamata yang terdapat berderet di sepanjang pantai. Baju, selipar, topi, tiada apa yang menarik perhatian ku.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Lapar la pulak. Aku bergegas ke kereta dan bergerak dari kawasan pantai. Aku mencari restoran makanan laut yang menyediakan ikan bakar. Itu menu makan malam ku.

Sedang aku mencari-cari restoran, kedengaran sayup-sayup lagu dari dalam dashboard ku. Ku buka dan handphone ku ku ambil. Kulihat terdapat 19 miss-call. 9 dari Joe, 2 dari Vincent, 1 dari Jamal, 3 dari abang Kamahl dan 4 dari Khai.

Terdapat juga 9 sms yang masuk,

“Dude, I dah e-mailkan kat you slide untuk presentation esok. Check dan comment. Aper2 just gtau i. Kalau nak tambah atau tukar pe2, buat je. Just email I balik lepas tue” mesej Jamal, groupmate aku untuk presentation esok.

“Adek, what’s wrong? Abang ngan Khai call tak angkat pun. Get back to me a.s.a.p. ok. Love you”

“Awak, tengah buat aper tue?” sms Khai.

“Awak, senyap jer, busy ker?” sms Khai lagi.

“Herm, naper tak angkat call?” sms Khai lagi sekali.

“Let me know if anything ok.” Lagi sekali Khai sms.

“Babe, u ok? If u wanna talk, just sms me la. Erm, tadi abang u call. Abang Kamahl. Dia tanya pasal u. I just cakap I tak tau. If anything, just let me know ok.”

2 sms terakhir aku terus delete tanpa membaca. Dari mama. Malas nak tau aper yang dia nak cakapkan.

“I ok. Don’t worry about me. Kalau abang Kamahl call u lagi, cakap jer I takde kat umah dari pagi, so u tak tau aper2 ok. Thanks anyway.” Sms ku ke Joe.

Selepas makan malam aku bergerak ke Bangi Kopitiam yang terletak berhampiran. Nasib baik laptop ku berada di dalam kereta. Jadi, boleh la aku melihat slide yang telah disediakan oleh Jamal untuk esok. Tiada apa yang perlu diperbetulkan sangat kerana aku sudah menjelaskan skop dan perspective untuk presentation tue. Cuma beberapa kesalahan ejaan yang perlu diperbetulkan.

Selesai membalas e-mail Jamal, aku sign in ke account YM ku, sebagai invisible. Erm. Tak ada apa sangat yang nak dibuat. Ku lihat abang Kamahl sedang online. Joe, dan beberapa teman yang lain juga sama. Sesuatu menarik perhatianku. Kraz_jj online. Sapa dia nie? Bisik hatiku. 

“Is something wrong? You can talk to me if you want. I’m here. You know whom I’m referring to...” status ym nya tertulis. Sapa mamat nie? Dan sapa yang dia maksudkan? Argh lantak la.

“Adek...” tiba-tiba mesej dari abang Kamahl masuk.

“Yer.”

“Are u alright? Naper abang call tak angkat?”

“Erm, maser abang call tadi adek kat pantai. Phone tertinggal dalam dashboard.”

“Pantai? What happened? There must be something. You won’t be at the beach at that point of time without a reason. Where are u now?”

“Nothing. Just wanna clear up my head. Clogged with things that bugged me. Still in PD. Having a drinks. Don’t worry about me, ok.”

“How can I not worry about you adek? Tell me what happened.” Balas abang Kamahl.

“Sigh. Nothing much la. Just usual stuff. Mum called...”

“Herm, what did she told u till u’re so worn out nie?”

“Well, she wanted me to be home la. Aper lagi. She said that her husband been hospitalized due to heart attack.”

“And you don’t wanna get home and you had a fight with her over it and you’re now piss off. Am I right?”

“Yes.”

“Sigh. Adek adek. Herm. You know where I stand over this matter, right? But, as much as I want you to go home, I also want you to not being sad. If you think that, what are you doing right now won’t hurt you as much as being home, then do it. You are big enough to know what’s best. I know that you are a fine man. So be mature and do whatever you think is right. 

Ok. Just remember I’m always available for you to talk and to cry on.”

“Thanks abang.”

“Nie dekat pantai sampai pukul baper nie?”

“Erm, sampai esok pagi kot. Takpun pagi-pagi nanti adek balik.”

“Tidor mane?”

“Tak tido kot. Nak check in hotel malas. Nak tido dalam kete takut pulak.”

“Dah tue, tak tido pastu pagi2 drive balik bangi? Bahaya la. Kang apa-apa jadi karang macam maner? Dah-dah jangan ngada-ngada. Abang tak nak adek drive letih-letih macam tue. Samada adek check in hotel, atau adek datang umah abang sekarang. Abang tak nak adek tak tido. Duit adakan nak check in?”

“Ala, tak payah la bang. Malas la nak check in. Lagipun esok kuar pagi. Duit ader.”

“Abang tak peduli. Pilih salah satu.”

“Ala abang. Don’t worry la. Nanti adek beli la redbull mase nak drive balik. Tak la mengantuk.”

“ADEK!! Jangan degil, kalau adek tak check in dalam masa sejam atau datang rumah abang sekarang jugak, abang datang PD dengan Khai. Khai pun risau adek tak angkat call dia. Dia call abang petang tadi, tue yang abang call adek pulak tue.”

“Erm. Abang nie kan. Ye la ye la. Adek balik sekarang. Nanti dah sampai adek call. Jangan gtau Khai aper2.”

“Naper lak tak payah gtau Khai aper2? Dia risau tau tak”

“Adek cakap tak payah gtau dia tak payah la. Kang adek tak balik kang.” Ugut ku lagi.

“Ok, ok. Drive elok2. Jangan bawak laju2. Dah sampai call abang.”

“Ok.”

Sigh. Abang Kamahl nie la. aku sebenarnya malas nak drive ke Subang nie. Pergi je la, satu hal pulak kalau tiba-tiba abang Kamahl heret Khai cari aku satu PD nie. Tak pasal-pasal jadi kes orang hilang pulak nanti. Khai nie pun satu, naper la dia cakap kat abang Kamahl yang aku tak angkat call dan reply sms dia. Maybe dia ingat abang Kamahl tau kot apa yang aku tengah buat. Sigh.

“Khai. Abang dah dapat contact adek. Dia on da way ke rumah abang sekarang. Jangan sms dia kata yang abang gtau Khai. Adek tak nak Khai tau. But I think you should know. Don’t worry about him.” Abang Kamahl memulakan bicara setelah panggilannya di angkat Khai.

“Herm, syukur la kalau macam tue. Takpe Khai paham kalau dia taknak Khai tau. Dia ok tak?”

“Adek tengah bad mood tu. Abang suruh dia balik sini sebab dia taknak check in dan nak berjaga sampai esok.”

“Ooo, ok. Aper-aper abang gtau Khai k. Risau lak.”

“Ok, don’t worry. Adek tue memang ader angin orang nye. Panas baran. Mungkin Khai tak penah nampak baran dia. Tapi dia memang baran kalau tiba masa. Don’t worry. Nanti abang slow talk dengan dia. Nanti-nanti ok la tue.”

“Ok, thanks abang. Harap-harap angin dia ok la nanti.”

“Yup.Risau jugak Khai ngan adek yek.”

“Huhuhu, mesti la risau.”

“Khai suka adek?”

“Erk, naper tiba-tiba masuk bab suka nie?”

“Takde la. Khai risau sangat pasal adek, tue yang abang nak tau.”

“Erm. Khai pun tak pasti abang. Khai pun tak tau kenapa Khai rasa risau sangat pasal dia.”

“Tak pasti? Takkan la hati sendiri pun tak tau? Atau Khai cuma nak main-mainkan adek? Walaupun adek tak pernah gtau abang, tapi abang tau taste adek macam mana dan abang tau yang dia gembira dengan Khai. Abang rasa kalau Khai bukan taste dia pun, dia tetap gembira dengan Khai. Sebab abang dapat nampak yang adek sukakan Khai. So jangan nak main-mainkan adek. Kalau abang dapat tau, memang nahas Khai.”

“Bukan macam tue maksud Khai. Khai bukan nak main-mainkan dia. Cuma, benda ni semua baru bagi Khai. Khai sebelum nie tak pernah rasa macam nie dengan orang lain, tambah-tambah pulak dengan lelaki lain. So, Khai confuse la bang. Khai tak tau apa sebenarnya yang Khai rasa.”

“Apa yang Khai rasa?”

“Khai. Khai akui yang bila dengan dia, Khai happy sangat. Senyum dia, tawa dia, semua buat Khai rasa gembira. Khai seronok luangkan masa dengan dia dan Khai nak luangkan masa lagi. Dan Khai nak lebih mengenali hati budi dia, baik buruk dia. Khai tak kesah dia baran atau manja. Yang penting, Khai dapat lihat, dengar dan rasa dia dalam diri Khai. Itu sudah cukup buat masa nie.”

“Ok. I think i’ve got the idea. Khai. Adek merupakan orang yang abang paling sayang. Khai pulak antara orang yang abang hormat. So, apa-apapun, buatla apa yang Khai rasa betul. Cuma jangan sakitkan hati adek. I will regret it if I made you my enemy but I won’t hesitate to do so.”

“Abang jangan risau. Khai ikhlas nak kenal dia. Khai harap abang paham”

“Ok lah kalau Khai dah cakap macam tue. Nanti adek dah sampai abang sms k.”

Sigh. Pening pulak kepala aku nie. Sedikit high dari berbotol-botol beer yang ku minum. Harap-harap takde la road-block ke aper ker nanti. Nasib aku dah beli 2 botol red-bull. So kalau terasa letih atau ngantuk, minum je la bagi segar sikit.

Ku capai handphone ku lalu nombor Joe ku dail. “Dude, I won’t be home for tonight. I’ll head straight to class tomorrow. I’ve also e-mail the revised version of the tomorrow’s presentation slides. Check it up. And one more thing, can you please bring my text books for tomorrow?”

“Sure. I’ll bring it along. Where are you staying for the night?” jawab Joe.

“I’ll crash at abang Kamahl’s.”

“Are you ok?”

“I’m fine. Don’t worry. Just need to clear up my mind. Thanks. I got to go now.”

“Ok then.”

Joe tak tahu cerita sebenar sebab aku tak pernah ceritakan apa-apa dekat diorang. Tapi aku tahu yang Joe dapat mengagak ada cerita disebalik semua sebab dia tidak pernah nampak aku pulang ke rumah. Topic berkaitan family juga aku cuba untuk elakkan. Dan dia sentiasa perasan akan lamunanku tattala yang lain bercerita tentang keluarga. Biarlah. It won’t do a thing pun kalau aku bagitau.

Malam nie cuaca tak banyak berubah. Langit cerah kerana awan tiada untuk menghalang sinaran bintang di langit. Kereta ku pandu sebelah tangan sambil tangan kananku memicit-micit dahi. CD Reik ku pasang memecah kesunyian malam. Satu persatu lagu kunyanyikan buat menghilangkan rasa bosan. Que Vida la Mia, Yo Quisiera Ser, Vuelve, Noviembre Sin Ti.

Sudah pukul 9.30 malam, aku pun sudah berada di kawasan Bangi. Dalam 45 minit lagi sampai la ke rumah abang Kamahl. Handphone ku berbunyi. Panjang umur, abang Kamahl call. “Hello. Adek on da way nie.” Jawabku setelah menerima panggilannya.

“Ok, adek kat maner dah tue? Dah makan belum? Kalau belum abang masakkan ape-ape.”

“Adek baru lepas Bangi, so dalam 45 minit lagi sampai la. Dah makan dah. Kalau abang belum makan lagi, abang makan la dulu.”

“Erm, kalau macam tue abang masak something then. Kalau adek nak makan bole la makan lagi.”

“Ok. Nanti adek dah sampai adek call.”

“Ok, drive elok-elok.”

“Love you abang. Bye”

“Love you too adek.” Balas abang mengakhiri panggilannya.

Aku selalu bersyukur di pertemukan dengan abang Kamahl. Dapat juga aku merasakan kasih sayang dari seorang yang ikhlas menyayangi diriku. Walaupun kadang-kadang dia terlalu overprotective, but then, aku paham. He cares. That’s what matters.

Khai. Aper la aku nak buat dengan si Khai nie.

Sigh. I feel like talking to him. I long to talk to him. But I don’t know what to talk about with him. I don’t wanna show him my vulnerable side. But I don’t want to make him feels bad by ignoring him. Owh lord!! What am I suppose to do? Why did he even worry when I’m acting strange today? Khai.

“Sorry didn’t pickup your call and reply to you. Something cropped up and not in the mood to talk. We’ll talk again later k.” Sms ku kepada Khai.

Entah mengapa aku merasakan perlu untuk menenangkan hatinya dengan memberitahu itu. Entahlah. Aku sendiri pun tak paham kenapa.

“That’s ok. You can talk to me anytime if you want. Take your time. But do let me know if anything. I hope everything will be fine.” Tiba-tiba mesej dari Khai masuk.

“Thanks.” Balasku pendek.

Akhir-akhir nie, aku menjadi semakin rapat dengan Khai. Dan hampir setiap malam dia akan call sebelum tidur mengucapkan selamat malam. Walaupun pendek, tapi cukup sweet bagiku.

“Dude, my bf’s away right now. Wanna crash the nite at my place and have some fun?” sms dari Figo, one of my scandal. Mamat setiawangsa nie dah couple, tapi open relationship. 2 2 makan luar. Lantaklah janji tak susahkan aku. Aku kalau bab nak scandal dengan laki yang dah couple nie susah sikit. Tak nak masalah. Kalau open relationship tue fine with me. At least tak payah la risau kene parang dengan bf dia kalau kantoi ke aper ker.

Aku tak membalas sms Figo. Biarlah.

Aku singgah di Petronas berdekatan untuk membuang air kecil. Banyak sangat minum tadi. Aku kemudian meneruskan perjalanan yang hanya berbaki hampir 10 kilometer sambil menghisap rokok. Asap ku hembuskan keluar. Fikiran ku melayang entah ke mana. Tak lama kemudian, kelibat apartment tempat abang Kamahl tinggal muncul. Disebabkan aku selalu ke sini, abang Kamahl memberikan aku access card dan sticker kereta untuk memudahkan aku keluar masuk. So tak payah la susah-susah kalau aku nak datang. Aku juga mempunyai kunci pendua rumah abang Kamahl.

“Abang, adek dah sampai. Adek naik terus.” Sms ku ke abang Kamahl.

“Ok.” Balas abang Kamahl.

“Adek dah sampai.” Sms abang Kamahl ke Khai.

Pintu rumah abang Kamahl ku ketuk sebelum ku buka. Ku lihat abang Kamahl bangun dari sofa dan berjalan ke arahku. Langkah ku terhenti selepas pintu ku tutup lantas abang Kamahl memeluk ku kemas dan erat. “Adek ok?” tanyanya perlahan.

Aku hanya berdiam diri. Kami berpelukan selama beberapa minit sebelum abang Kamahl mendorongku untuk duduk di sofa. “Adek lapar tak? Abang ada masak tomyam daging dengan kailan ikan masin. Nak tak?”

Aku menggelengkan kepala. Memang terasa sedikit lapar, tapi macam takda selera pulak nak makan lagi. Sedang aku hanya duduk diam, tiba-tiba perut ku berbunyi. Cibai. “Erk, kater tak lapar. Tunggu sini” kata abang Kamahl. Kemudian abang Kamahl kembali bersama semangkuk tomyam yang masih panas, sayur kailan dan sepinggan nasi.

Abang Kamahl lantas menceduk lauk-lauk dan kemudian menyuapkan ke mulut ku. “Adeyh, abang, adek boley makan sendiri la.” kataku.

“Kalau adek makan sendiri jawabnya suku pun tak habis kan.”

“Erm. Abang tak makan skali ker?”

“Abang makan sekali la nie. Tak nampak abang bubuh nasi banyak nie?”

“Huhuhu.”

Setelah habis makan, aku hanya berbaring di peha abang Kamahl yang duduk di sofa sambil menonton tv. Tangannya mengusap-usap rambutku. Abang Kamahl tak bertanyakan apa-apa, tanda dia mahu aku bercerita sendiri tanpa paksaan. Dia tau aku tak suka di paksa.

“Thanks abang.”

“Don’t mention it. Adek nie adek abang. Tak payah nak berterima kasih ke aper ker.”

“Sayang abang. Sigh. Adek blur bang. Mama bila adek ader, tak pernah nak happy. Sentiasa wat adek stress and sakit hati. Laki dia pulak, tau tau je la. Tak boleh pandang muka. Nie tiba-tiba suruh balik pulak. Time sihat pun dah sakit hati, nie lak time dia sakit, kang lagi sakit pulak kang. Malas la. Tak paham adek.”

“Orang tua, adek. Cara diorang mungkin lain dengan cara adek, cara abang. Masing-masing ada pemikiran sendiri. Tapi walau apapun, diorang tetap mak dan ayah kandung adek kan.”

“Well, like it or not, they are. There’s nothing I can do about it.”

“Yup, tau pun. So sementara diorang masih ada, buktikan yang adek tetap boleh berjaya dan jadi apa yang adek nak walaupun tanpa sokongan diorang. Tanpa diorang di belakang adek sebagai keluarga adek. Live your life, ok. Tapi apa-apa pun, sebenarnya adek tak perlu nak buktikan apa-apa. Ini hidup adek, adek corak lah seadanya.”

“Abang nie, kejap suruh buktikan. Kejap cakap tak perlu. Maner satu nie? Huhuhu”

“Ala, adek paham maksud abangkan.”

“Hehehe. Paham. Sajer jer.”

“Bagus la macam tue.”

“Abang, Khai risau sangat ke masa dia call abang petang tadi?”

“Erm, agak la. Sebab dia kata tak penah lak adek tak reply sms dia atau tak angkat call dia. Dia tanya abang kalau-kalau adek ader gtau abang aper-aper ke tak. Abang cakap la abang tak tau aper-aper sebab adek tak gtau aper-aper pun. Then bila abang call housemate adek, Joe tue, dia jawab macam gagap-gagap jer. So abang pun syak la something happen. Then tue yang abang call adek tue. Pun adek tak jawab gak. Nasib tadi maser abang mesej malam adek reply.”

“Ok” jawab ku pendek.

“Adek, adek. Lain kali bawak je phone tue k. Jangan buat macam nie lagi. Buat abang risau. Buat Khai risau.”

“Huhuhu, abang risau yek. Sorry yek”

“Tau pun. Mesti la risau. Kalau aper-aper jadi dekat adek dan tak sapa tau adek dekat mana, kan susah. Kalau tak nak gtau abang, gtau Khai. So Khai tak risau. Nie tak. Tadi kejap-kejap dia call abang kalau abang ader berita tentang adek.”

“Uik. Khai nak risau naper lak? Bukan ader aper-aper pun. Kitorang pun kawan jer. Biasa la tue kalau tak reply sms atau tak angkat call.”

“Kawan-kawan pun, risau la jugak. Tue kater adek. Betul ke adek anggap dia kawan jer? Dan betul ker Khai hanya anggap adek macam kawan jer? Abang tak rasa macam tue.”

“Abang rasa macam mana pulak?”

“Abang tau yang adek sukakan Khai dan adek happy kenal dengan dia kan. Dan abang jugak tau yang Khai happy dengan adek. Now, abang nak tau betul-betul, nak adek terus terang dengan abang. Apa yang adek rasa tentang Khai?”

“Maner abang tau Khai rasa macam tue?” tanyaku cuba untuk mengelak dari menjawab soalan abang Kamahl.

“Tak penting dari maner abang tau. Yang penting, adek jawab soalan abang tadi dengan jujur.”

“Erm.” Aku yang masih lagi berbaring di peha abang Kamahl mengalihkan pandanganku supaya menghadapnya. “Adek, adek... Adek sukakan Khai. Adek suka bersama dengan dia. Dan...”

“Dan aper?”

“Dan, adek kalau boleh nak sentiasa dengan dia, macam adek selalu dengan abang.” Jawabku.

“So, perasaan adek kepada Khai sama macam perasaan adek dekat abang?”

“Tak, bukan macam tue. Memang adek nak sentiasa dengan dia macam kita selalu bersama. Tapi, perasaan adek terhadap Khai lain, lain dari apa yang adek rasa terhadap abang. Adek sayangkan abang. Tapi, untuk Khai, adek nak bersama dengan dia. Adek nak dia ada dalam hidup adek. Adek pun tak paham.”

“Apersal la adek abang soang nie lambat sangat. Kalau bab sex laju jer. Bab nie, slow amat.”

“Adeyh, aper lak masuk bab sex nie. Pandai-pandai je abang kan. Bab aper plak yang slow nie?”

“Adek tak pernah couple atau jatuh cintakan?”

“Nie naper lak masuk bab nie pulak nie? Jatuh cinta? Tak penah.”

“Betul?”

“Erm, yup. Tak pernah. Abang ingat tak Hafiz, member adek maser kat asrama dulu? Kan adek ader citer pasal dia kan. Kitorang memang ader something, but I don’t think that that was love. It’s more to affection, I would say. Now, naper tanyer soklan macam nie pulak?”

“Sebab,” abang Kamahl memegang erat pipiku, “abang dapat rasakan yang adek dah jatuh cinta. Dan adek cintakan Khai.”

“Iskh. Mandai-mandai jer abang nie.”

“Tak nak mengaku sudah. Tapi, deep down in your heart, you know what lies beneath and how you trully feel for Khai. Kalau tak paham sangat, meh sini abang rendam adek bawah air terjun bagi sedar. Hahahaha.”

“Ader-ader je la abang nie.”

“Hahahaha. Senang hati abang bila dapat tau adek dah jatuh cinta. Dengan Khai pulak tue. Takda la abang risau lagi lepas nie. Lepas nie tak nak notty-notty lagi k.”

“Abang nie la. Kesitu pulak. Dah la taknak cakap pasal cinta lagi.”

“Malu la tue. Hehehe, nah.” Abang Kamahl menghulurkan handphoneku.

“Wat per?”

“Call Khai, cakap adek dekat rumah abang sekarang. So dia tak risau.”

Aku hanya berdiam diri selepas mencapai handphoneku.

“Cepat. Call jer. Kalau tak abang call kan.”

“Eh eh, takpe. Adek call” kataku lantas bingkas bangun menuju ke beranda rumah menelefon Khai. Aku sedikit keberatan untuk menelefon. Nombor Khai ku dail. Kemudian tak sampai deringan ke 4, Khai mengangkat panggilanku.

“Hye. Awak ok?”

“Hye awak. Saya ok. Saya dekat rumah abang Kamahl sekarang. Awak tak tido lagi?”

“Erm ok la macam tue. At least abang Kamahl boley tengok-tengokkan awak. Belum. Mata tak mengantuk lagi. Tak tau kenapa.”

“Ook. Saya mintak maaf k. Kalau buat awak risau.”

“Herm, lain kali jangan buat lagi k. Saya risau kalau apa-apa jadi dekat awak. Lain kali kalau ada aper-aper masalah, gtau saya. “

“Saya mintak maaf.” Kata ku pendek.

“Dah-dah. Jangan sedih. Awak tak salah pun. Salah saya sebab tak tau apa yang jadi.”

“Awak tak salahpun la.” protes ku sedikit.

“Nie esok ader kelas tak? Pukul berapa?” tanya Khai lagi.

“Ader. Esok kelas pagi, pukul 9.”

“So awak gerak terus dari rumah abang Kamahl la nie?”

“Aah. Malam nie tido rumah abang Kamahl.”

“Ok la kalau macam tue. Tak la mengantuk dan letih ke kelas esok.”

“Yup yup”

Kami kemudian terus berbual sehingga lewat malam. Banyak yang kami bualkan. Perbualan ringan mengenai banyak perkara yang tidak menggusarkan diriku.

“Adek, dah tengah malam nie, tidor lah. Esok nak drive balik Bangi kan. Nanti call Khai lagi.” Tiba-tiba abang Kamahl bersuara dari belakang ku.

“Ok abang.”

“Kirim salam dekat Khai k.” Balas abang Kamahl lagi sebelum bergerak ke biliknya.

“Awak, saya nak tido dah nie. Abang Kamahl dah bising. Dia kirim salam dekat awak.”

“Owh ok. Tak sedar pulak dah pukul 12 lebih dah. Ok. Waalaikumsalam. Good nite awak. Nanti saya call atau sms k.”

“Ok. Good nite. Sweet dreams.”

“Bye.”

“Bye-bye” kataku mengakhiri perbualan.

4 comments:

  1. this relationship between kamahl and adek... gives me goose pimples... menggelikan..ooops...hehehe..

    ReplyDelete
  2. menggeli-gelemankan rather.. At times, not all the time though.....keep up the good work nevertheless, ...Mr budding writer/novelist in the making :)

    ReplyDelete
  3. I have to say that i am glad to have the character Kamahl in the story... (Wouldnt call it a novel coz it has never been my intention to make it one...) such relationship between those two makes the development of Ezra's character to be stronger... Perhaps u will see it in the later chapters... On a side note, I am curious on how u're gonna feel when i finally upload chapter 42 much later on...

    ReplyDelete
  4. Yeah, Ezra needs the love & affection that he has never received from his family I suppose and that makes him grow into a stronger person... now I'm beginning to understand Kamahl's role..but I'm just starting on chapter 11...my habit is (i don't know if its a good or a bad habit) is not to read everything too fast and finish the story.. its a waste to finish something as good as this too fast...so I'll take my time & relish it part by part.. hehehe

    ReplyDelete