“Khai wat ape tue?” sms ku kebosanan tak tau nak wat ape diwaktu
petang petang ahad cam nie.
“Tgh siap2”
“Owh, nak kuar yek, ok.”
“Yer la, kita nak dinner sama kan hari nie”
“Eeeeeh? Dinner? Skali? Malam nie? Bila plak kita deal?”
“La, arie tu, waktu sy antar awk balik, lupe ke?”
“Erm, erm, erm, ok ok ok. Sy siap skang”
“Ok dear”
Pelik, bila pulak aku janji ngan Khai nak dinner samer
malam nie? Memang la aku penat sangat arie tu, tapi takkan sampai lupa kot
kalau aku ader janji dengan Khai. Herm, aper aper je la. Baik siap cepat, Khai
pun dah on the way dah tue. Plus, it’s just a dinner, aite.
“Sy dah sampai kat bawah.” sms Khai.
“Jap, sy turun.”
Kami terus berlalu meninggalkan kawasan kampus ku.
“Awak, kita nak pegi dinner terus ker? Macam masih awal
lagi nie, baru pukul 7.”
“Erm, kita ke Alamanda kejap, saya nak ambil barang, ok.”
“Awak suka ape?” tiba-tiba aku bersuara memecah
kesunyian.
“Erm, suka? Saya suka makan, hehehe. Travel, and sports.
And you?”
“Makan, tido, jalan-jalan dan karaoke. Kalau sports tue,
suke extreme sports cam wall climbing.”
“Cool, selalu ker pergi climbing? Artificial wall or
what? Kat mane jer pergi?”
“Kadang-kadang je la, biler stress. Artificial sudah,
safe skit. Kalau nak panjat gunung ke per, cam kecut jer perut. Erm, selalu kat
Subang Parade, kat situ ader wall climbing gym. Tak pun kat OU. Selalu ajak abang
Kamahl jer, die pun suke gak pegi, boley
cuci mata katanya. Hahahaha”
“ooo, cam tue yek. Abang Kamahl jer ke yang cuci mata? Awak tak cuci
skali?”
“Hehehe. Dulu boley la nak cuci mata, skang nie dah dapat
pencuci terbaik.”
“Pencuci terbaik?”
“Hahahaha. Ok, awak nak saya tunggu dalam kereta atau
ikut sekali awak ambil barang?”
“I think better kalau awak tunggu jer, lagipun kejap je saya
pegi.”
“Okies”
Lalalalalala. Ngomel ku sendirian di dalam kereta. Terasa
cam nak makan ikan bakar pulak malam nie. Dapat ikan talapia bakar cicah air
asam, nasi putih, sup ekor masam n pedas, ngan teh o ais, for sure layan.
Hehehehe. Apa je la barang yang Khai amik tue? Sigh, abang tak call pun, birthday esok. Nie yang sedih
nie. Khai lak tak tau, malas nak ckp kat die. Biar je la.
“I’m back.”
“Ok, awak, jom makan ikan bakar nak? Saya belanja.”
“Erm, kat mane?”
“Tak jauh pun, dekat jer dari sini, dekat Precint *. Ader
kedai best”
“Awak tunjuk la jalan, saya tak tau sangat area Putrajaya
nie.”
Dapat jugak aku merasa ikan bakar malam nie. Best, extra
best lak ikan malam nie, segar habis. Khai pun nampak berselera je makan ikan
pari bakarnya tue. Malam nie tenang je, langit cerah, bulan pun separa, cantik
dan nyaman. Hahaha, layan feeling best. Dah la makan tepi tasik, ader abang hensem teman, baik lak, food pun layan. Memang
perfect malam nie.
Setelah habis makan, kami beransur pergi dari sana.
Ketika dalam perjalanan pulang, aku tersedar yang jalan yang diambil oleh Khai
berlainan dari jalan pulang ke kampus ku.
“Khai, awak salah jalan ker? Nie nak kemana nie?”
“Salah jalan? Tak la, betul. Saya nak culik awak kejap,
boley?”
“Aiyok, nak culik orang pulak. Habisla saya kene jual
lepas nie. Huhuhu”
“Hehehe, cuaca pun baik”
“Apa kaitan cuaca baik dengan nak menculik?”
“Ader la. Nanti awak tau.”
Cheras, Pudu, Titiwangsa. Nie dah masuk KL dah nie, macam
nak pergi tasik jer. Argh sudah. Maner je la nak pegi nie.
“Erm, awak, kita nak pergi maner nie?”
“Dah nak sampai dah. Nah” khai menghulurkan kain berwarna
hitam kepadaku.
“La, nie nak wat aper plak?”
“Tutup mata la, aper lagi”
“Awak, awak nak wat ape sebenarnye nie? Awak nak kenekan saya
ker?” sudah, hati ku mula terdetik perkara perkara pelik. Mau nye kene tinggal sorang-sorang
dekat tasik nie, naya aku. Dah la nie port gay boy gay boy lepak. Mau kene
liwat, tak pasal-pasal jer. Tak rela.
“Boley tak awak percayakan saya, saya janji saya takkan
buat apa apa yang buruk kat awak. Tak terlintas pun dalam hati saya nak buat
apa yang awak tengah fikirkan tue. Kalau terlintas sekali pun, sudah pasti saya
akan kena dengan abang Kamahl kalau dia tau. Trust me ok, everything will be
fine” kata Khai sambil tetap menghulurkan kain hitam itu setelah memberhentikan
kereta di suatu tempat terang di sekitar tasik tersebut.
“Erm, ok” tapi aku masih berasa tak sedap hati, lantas
senyap-senyap aku sms ke nombor abang Kamahl; “Abang , Khai bawak adek pegi tasik,
pelik la mamat nie”, moga-moga bila dia balik, dia akan terima. So tak la risau
sangat aku nanti.
Setelah mata ku ditutup, kedengaran pintu kereta dibuka
dan beberapa bunyi pelik lagi. Kemudian terdengar pintu tempat duduk ku dibuka
dan bahu ku dipegang seseorang. Khai.
“Ok, awak pegang tangan saya, then ikut saya slow-slow
k.”
“Ape je la plan awak kan. Just so you know, saya dah sms
abang Kamahl about all this, so kalau aper-aper terjadi, dia akan tau. So andai
kata awak buat sesuatu yang tak baik, abang Kamahl akan tau.”
“Sigh” Khai mengeluh. Ku rasakan kedua tapak tangan Khai
di pipiku, seolah-olah cuba untuk memusingkan muka ku untuk menghadapnya. “Awak
memang tak percayakan saya ker? Langsung sedikit pun awak tak percayakan saya?
Saya ada buat awak rasa takut, atau tak sedap hati? Saya mintak maaf kalau saya
ada buat semua itu tanpa sedar. Tapi, please, trust me for this while. Can you?”
Mamat nie dah buat aku serba salah pulak. Sorry, bukan
maksud saya nak buat awak fikir macam tu. Bukan tak percaya, tapi pelik je la.
Herm. “Ok”
Tangan ku dipimpin dan setelah beberapa langkah, Khai
menyuruh aku duduk, dan selepas itu,
“Ok, awak boley bukak mata awak”
“Erm.” Aku membuka ikatan kain tue dengan perlahan.
Adeyh, susah pulak la nak bukak. Tue la, ikat ketat-ketat lagi. “Jap yek, susah
pulak nak bukak” ngomelku.
Dalam pada aku membuka ikatan, aku rasa anxious nak tau
apa yang ada depan mata aku. I have no idea at all. Aku cuba mengintai walaupun
pandangan aku dihalang dengan kain tue.
Then,
“Owh shit owh shit owh shit. Khai!!! Mana Khai tahu? Abang
Kamahl, nie mesti abang Kamahl yang bagitahu kan. Susah kan Khai jer. Abang
Kamahl nie, suka susahkan orang. Cian Khai kene layan saya. Sorry”
“Hahahahahaha. Awak nie lawak la. Orang buat surprise
birthday celebration, 1st reaction awak “owh shit pulak” hahahahaha. Khai yang
tanya kat abang Kamahl. Tak susahkan pun, langsung tak. No worries. Now, Khai
tau birthday awak dalam 2 jam lagi, tapi, sebabkan esok saya ada kerja, bole
tak kalau kita awalkan 2 jam, dan celebrate sekarang?”
“Huhuhu. Ok jer. Nie pun dah cukup best dah, tak kesah la
awalkan 2 jam. Thanks yek.”
“Ok, now, make a wish, tangan Khai dah lenguh dah pegang
kek nie.”
“Owh ok. Letaklah kek tu.” Tangan ku bersentuhan buat
seketika dengan Khai lagi sekali. Shit, bisik hatiku pabila tak semena-mena aku
seperti terkena kejutan elektrik kecil ketika bersentuhan tadi. Kenapa dengan
aku malam nie? Mataku lantas ku tutup dan membuat hajat, Semoga saat indah
bersama Khai dapat ku nikmati selamanya. Lantas lilin kutiup dan ku calit
sedikit krim di kek itu dan ku calitkan ke hidung Khai. “hahahaha, thanks awak”
Khai hanya tersenyum. “Bukak la hadiah tue.” Katanya.
“Eh, kenapa ada 2?” aku perasan terdapat 2 bungkusan, dan
satu dari nya masih lagi didalam beg Royal Selangor.
“Bukak je, nie dari Khai” katanya sambil menghulurkan
bungkusan berbalut kemas dengan pembalut warna biru terang.
“Wow, Khai, nie Canon DSLR 400D nie. Mahal sangat nie,
betul ker? Khai, hadiah nie mahal sangat la, saya tak boleh nak terima ni.”
“Ala, amik jer. Khai dah belikan pun. Lagipun birthday awak
setaun sekali je kan. Asalkan awak suka, ok la.”
“Memang la saya suka, tapi masalahnya, mahal sangat nie.
Susahkan Khai je.”
“Herm, kalau nak ikutkan susah, lagi susah kalau awak tak
terima”, reaksi muka Khai sedikit berubah, mungkin kecewa.
“Ok ok. Awak pandaikan buat saya rasa serba salah.
Huhuhu, macam mana nak pakai?”
“Jap, just tekan butang nie, and click the shutter. Dalam
tue dah disediakan batery, charger, memory card semua.” Air muka Khai kembali
ceria.
“Ok. Ok now Khai smile. Awak jadi bahan uji kaji untuk
camera baru nie, hehehe. Cepat”
Nasib baik Khai sudi menjadi model ku malam itu. Adeyh,
bakat kureng aku nie bab bab ambik gambar. Lantakla. Banyak jugak gambar Khai
yang aku amik. Huhuhu boley simpan dekat laptop pas nie.
“Owh yek, lupe lak, yang nie dari abang Kamahl” kata Khai
sambil menghulurkan bungkusan Royal Selangor itu.
“Yeah, dapat hadiah dari abang. Sayang abang takde kat
sini. Abang, thanks tau. Sayang abang” jerit ku mengharapkan abang Kamahl dapat
dengar.
Bungkusan tersebut ku buka, dan didalam nya terdapat
plak, dengan ukiran muka ku, bersama abang Kamahl di sebelah kiri, dan Khai di
sebelah kanan. Tertera dibawah wajah kami ukiran “Abang Kamahl dan Khai sayangkan Adek, Happy
Birthday!!”
“Waaa, so sweet, bila je abang Kamahl buat nie?”
“Khai pun tak tau, abang Kamahl just bagi resit kat Khai,
dan suruh Khai ambik dan serahkan kat awak. Huhuhu”
“Sweet sangat sangat. Saya suka. Sayang abang Kamahl.
Sayang Khai jugak.” Ups, alamak, terlepas cakap pulak. Cepat cepat aku memotong
kek yang tersedia dan memberikan kepada Khai.
Khai hanya tersenyum. Setelah hampir sejam disitu, kami
pun berkemas dan Khai menghantar ku pulang.
“Thanks Khai. Thanks for the evening, the camera and
everything. I like it very much.”
“Sama sama awak. Yang penting awak happy kan. Birthday
boy kene la happy jer”
“Hehehe. Ok, good night. Drive balik elok elok k. Dah
sampai umah sms saya. Saya tunggu awak sampai umah” kata ku.
“Ok awak”
Sedang aku hendak keluar dari kereta, tiba tiba aku
terhenti,
“Awak”
“Yer, naper?” tanyer Khai
“Erm. Erm, Erm. Eh aper tue?” tanya ku menunjukkan
sesuatu dengan jari ku kearah luar, mengharapkan Khai akan memandang. Yes, Khai
tengok, then secepat kilat aku mencium Khai di pipi nya. Khai sedikit terkejut,
tidak menyangkakan itu akan berlaku. Aku hanya tersengih dan terus keluar
menuju ke bilik ku dengan laju. Adeyh, malu la plak.
Sesampainya di bilik, aku terus berbaring di atas katil.
Huhuhuhu. Best nyer hari nie. Aku membelek belek kamera pemberian Khai. Well,
actually aku lebih kepada melihat gambar gambar Khai yang ku ambil sebentar
tadi. “Thanks” bisik ku kepada diri sendiri.
Hampir 45 minit kemudian, telefon ku berdering. Khai di
talian. Alamak, mamat nie call pulak.
Suh sms jer. Nie yang segan nie.
“Ello. Awak dah sampai rumah?”
“Hye, baru je. Tengah baring baring.”
“Owh, ok. Awak mesti penatkan, esok awak ader kerja kan
pagi, erm, awak tido la dulu.”
“Ok, Khai tido dulu k. Selamat malam, and..........
thanks for the kiss. You really made my day”
Walaupun kami hanya berbual melalui telefon, somehow or
rather, aku dapat rasakan yang Khai sedang tersenyum ketika ini.
“Gud night” jawab ku pantas mematikan talian. Owh
tidak!!! Malunyer.
Sah aku tak boley tido malam nie. Suma salah kau Khai.
And I forgive you for that.
Kedua-dua kotak hadiah tersebut kuletakkan diatas meja.
Kemudian aku hanya berbaring diatas katil, memandang siling, memikirkan tentang
peristiwa tadi. Secara tak sedar, terukir senyuman di mukaku. Suara Khai masih
lagi terngiang-ngiang dikepalaku.
Aku memegang erat tangan Khai waktu itu. Bukan kerana aku
mahu, tapi kerana gelap, mataku masih lagi tertutup, ingat. Tak mau lak kalau
tiba tiba tersadung sebab aku tak mengikut langkah Khai. Khai menekan bahu ku
sedikit, tanda agar aku duduk, dan dengan perlahan, aku patuh. Aku menjangkakan
yang kakiku akan berasa sejuk dek kerana duduk di atas rumput ditepi tasik
tersebut. Tapi, terasa lembut, dan agak selesa. Tak terasa seperti duduk di
atas rumput pun.
Walaupun masih diselubungi perasaan gementar kerana tidak
tahu apa yang akan terjadi, somehow, pabila Khai meletakkan kedua tangannya ke
pipi ku, aku terasa hangat di dalam. Seperti kehangatan badannya meresap masuk
ke dalam diriku dan membuatkan aku berasa cukup tenang, tenang untuk menghadapi
apa yang telah disediakan untukku. Aku terasa sedikit berani untuk meneruskan
permainan Khai. Jadi, pabila dia memberikan keizinan untuk aku membuka ikatan
itu, aku terus membukanya. Erm, terus cuba untuk membuka, sebenarnya. Kerana
mungkin disebabkan aku mengikatnya terlalu ketat, agak susah untuk aku
merungkai ikatan itu.
Dalam tak sedar, aku mengambil sedikit masa, mungkin
lebih dari apa yang aku perlukan untuk melihat semua ini. Tattala kubukakan
mataku, ku lihat, dihadapanku, tersedia sebiji kek, lengkap bersama nyalaan
lilin, ditatang Khai dihadapanku. Bersama senyuman manis dimukanya. Aku terkejut.
Ku lihat disekeliling, punya 2 kotak berbungkus rapi, pinggan-pinggan kertas,
sebotol coke sejuk, semua itu di atas hamparan kain bersih yang kududuk.
Bersama senyuman manis dimukanya. Senyuman itu.
Wow, aku tak menjangkakan semua ini. Terasa waktu itu
amat manis, perlahan dan tenang sekali. Angin malam yang bertiup seakan akan
tidak membuat aku berasa sejuk. Malahan, aku menjadi semakin selesa. Khai masih
lagi menatang kek itu. Senyumannya tak pernah lekang. Mukanya cukup gembira.
Terlihat ketenangan dimatanya. Menantikan reaksi aku yang sedari tadi masih
tidak muncul-muncul. Aku gembira. Aku terharu. Aku berterima kasih padanya.
Dan, dalam pada itu, aku terasa sedikit panik, tak
mengetahui sebab dia membuat semua ini. Apa yang mampu aku ungkapkan hanyalah
repekkanku ketika panik. “Owh shit!!” itu saja. Kemudian Khai tertawa, tidak
menjangkakan reaksi yang kuberikan sedemikian rupa. Dia tertawa. Seronok aku
mendengarnya. Entah kenapa malam ini aku menjadi terlalu gembira. Bunga bunga
jiwang mula berputik dihatiku. Sesuatu yang sudah lama tidak berlaku walaupun
aku seorang yang amat manja.
Entah kenapa, bila bersama dengan Khai, manja aku menjadi
lain. Aku tidak bermanja dengannya seperti mana aku bermanja dengan abang
Kamahl atau orang lain. Tidak, ada sesuatu yang lain dalam perlakuanku. Aku
dapat merasakan semua itu dalam tidak sedar. Aku dapat merasakan semua itu
sekarang. Aku dapat merasakan semua itu bila dia tersenyum di hadapanku dan
tertawa. Aku gembira.
Alangkah indahnya waktu ini. Kuharapkan dapat ku abadikan
semua ini selamanya. Andai kata dapat kusematkan semua kenangan indah ini
kedalam satu ruang yang mampu untuk aku putarkan semula berulang ulang kali,
akan ku lakukan.
Mungkin Khai tidak menyedari, namun, tiap kali diriku
bersentuhan dengannya pada malam ini, terasa seperti diriku disentap,
dirangsang, dalam keadaan yang begitu mengasyikkan. Aku cuba untuk mengawalnya
agar tidak kelihatan setiap kali reaksi ku mengkhianati diriku yang mahu
berlagak seperti tiada apa yang berlaku seketika tadi. Entah mengapa, aku acap
kali gagal. Dan entah mengapa juga, Khai tidak menunjukkan sebarang reaksi yang
menyatakan dia tidak senang akan tindak balas ku itu. Dia seperti cuba untuk
membuat aku berasa cukup selesa sepanjang masa bersamanya. Dan dia berjaya.
Cuma aku yang tidak pandai mengawal diri sendiri.
Malam itu cukup indah. Malam itu cukup sempurna. Dan
malam itu cukup bermakna bagiku. Kerana pada malam itu aku sedar. Malam itu
akan berakhir buat sementara waktu. Namun, aku amat berat hati untuk pergi,
walaupun untuk seketika. Kerana pada malam itu aku faham. Ada sesuatu yang
harus aku nyatakan padanya. Sesuatu agar dia tahu, agar dia mengerti. Ada
sesuatu didalam diri ini yang telah hadir untuknya. Kerana pada malam itu aku
tahu, yang aku telah lama menyukai Khai. Ya, aku sukakan Khai, aku sukakan
keperibadiannya. Aku suka pabila berhubungan dengannya, samada seperti ini, di
talian telefon mahupun sms. Aku sukakan senyuman manisnya. Senyuman itu membuat
aku runtuh didalam. Aku sukakan tawa mesranya. Tawanya itu sungguh meruntun
jiwaku. Aku sukakan kehadirannya. Hadirnya die membuat aku berasa lengkap. Aku mahu mengenali dirinya. Aku mahu terus
bersamanya. Aku mahu untuk terus melihat senyumannya, mendengar tawa mesranya,
melihat dirinya dihadapanku. Aku mahukan dirinya. Sebab itu aku mencuri satu
ciuman di pipi Khai. Kerana aku mahukan dia. Aku mahukan Khai untuk diriku.
“I’m may lovin’ you, way I wanted to,
What I had to do, I’d to run from you,
I’m in love with you, but the vibe is wrong,
And that haunted me, on the way home.
So you’ll never know, never never know,
Never know enough, till it’s over love,
Till we lose control, system overload,
Screaming No No No, No No.
I'm may lovin' you, the way I wanted to,
See I wanna move, but can't escape from you,
So I keep it low, keep a secret code,
So everybody else don't have to know.
So keep ya love locked down, ya love locked down,
Keep in ya love locked down, ya love locked down,
Now keep ya love locked down, ya love locked down,
Now keep ya love locked down, you lose.
I'm not lovin' you, the way I wanted to,
I can't keep my cool, so I keep it true,
I got somethin to lose, so I gotta move,
I can't keep myself, and still keep you too.
So I keep in mind, when I'm on my own,
Somewhere far from home, in the danger zone,
How many times did I take for I finally got through,
you lose, you lose.
I'm may lovin you, the way I wanted to,
See I had to go, see I had to move,
No more wastin' time, you can't wait for life,
Which is wastin' time, where's the finish line.
So keep ya love locked down, ya love locked down,
Keep in ya love locked down, ya love locked down
Now keep ya love locked down, ya love locked down
Now keep ya love locked down, you lose
I'm not lovin you, the way I wanted to
I bet no one knew, I got no one knew
I know I said I'm through, but got love for you
But I'm not lovin' you, the way I wanted to
Gotta keep it goin', keep the lovin' goin'
Keep it on a roll, only God knows
If I be with you, baby I'm confused
You choose, you choose
I'm not lovin' you, the way I wanted to
Where I want to go, I don't need you
I've been down this road, too many times before
I'm not lovin' you, the way I wanted to
So keep ya love locked down, ya love locked down
Keep in ya love locked down, ya love locked down
Now keep ya love locked down, ya love locked down
Now keep ya love locked down, you lose
you lose...”
Ish, kenapa lak tibe-tibe lagu Love Lockdown lak nie.
Memang la nie lagu favourite aku, tapi macam tak kene jer. Kejap, tue bukan ringtone
alarm ker? Eeeyh? Alarm? Mataku kubukakan, kulihat kipas berpusing di atas.
Handphone ku bergetar-getar dengan lagu love lockdown dimainkan. Aku terjaga.
Cibai. Aku mimpi rupanya. Adeyh, sengal tul. Mimpi jer. Tapi, mimpi tue macam
betul. Macam real. Terlalu real. Aku mencubit pipi ku, agar aku terjaga andai
kata aku masih bermimpi. Adeyh. Sakit. So real.
No comments:
Post a Comment