Sudah beberapa hari aku di rumah abang Kamahl. Dan
kesekian hari jugalah aku masih tidak menghiraukan Khai. Abang Kamahl mengambil
cuti sehingga aku kembali sembuh. Begitu juga dengan Khai. Walaupun dengan
layanan dinginku, dia tetap tidak berganjak. Dia sentiasa berada di sini.
Ketika aku sedar, dia akan menjarakkan dirinya. Namun ketika aku tidur, aku
tahu dia akan datang dan menggenggam erat tanganku. Aku tahu, kerna aku pasti
akan kehangatan yang menyelubungi diriku itu milik Khai. Kehangatan yang cukup
menyelesakan.
Abang Kamahl keluar sebentar, membeli sarapan dan juga
keperluan rumah yang lain. Aku hanya keseorangan bersama Khai. Entah di mana
dia berada, aku tidak pasti. Tapi pasti hampir. Aku bangun perlahan-lahan.
Perut ku berasa tidak selesa. Aku menuju ke tandas.
“Awak nak kemana? Baring la, awak tak sehat lagi.”
Tiba-tiba Khai bersuara.
Aku hanya terus berjalan ke bilik air.
“Awak, awak nak kemana nie?” tanya Khai lagi lembut dan
dengan tiba-tiba dia mencapai tanganku.
“Bilik air.” Jawabku pendek. Tangan Khai ku leraikan.
“Kenapa tak cakap dengan saya awal-awal, awak tak boleh
banyak bergerak.” Tambah Khai lagi.
Aku tidak menjawab, kemudian Khai memintas dan berdiri di
hadapanku. Dia lantas mendukungku dengan kedua tangannya perlahan. Dan aku di
turunkan di hadapan pintu tandas.
Duburku mula berasa sakit yang teramat apabila ku rasakan
najis mula keluar. Entah kenapa, aku terasa sangat sakit, seakan dihiris dan dicucuk-cucuk
di dalam. Seperti luka ditangan ditaburkan garam, cuma kali ini kesakitan itu
di fokus kan di satu tempat dan berlaku di seluruh duburku.
“Argh!!! Jeritku yang tidak tahan akan kesakitan yang ku
alami. Peluh-peluh ku mula mengalir perlahan. Dari luar, kedengaran suara Khai
yang bertanya apa yang terjadi. Aku tidak mampu menjawab, kesakitan yang
kurasakan meruntun segalanya. Badan aku menjadi lemah. Lutut aku menggeletar.
Khai memanggil-manggil namaku dari luar. Peluh mencurah-curah. Aku yang tadi
duduk di mangkuk tandas, kini sudah bersandar kerana hilang tenaga. Seluruh
badan ku lemah. Seketika kemudian aku memandang ke arah mangkuk tandas. Aku
terkejut melihatkan mangkuk tandas itu dipenuhi darah. Darah yang masih lagi
kelihatan menitik-nitik. Suhu badanku terasa semakin panas. Aku yang panik
hanya mampu menjerit dan memanggil Khai.
Sejurus mendengar namanya di panggil, Khai menyelak pintu
dan mendapatkanku. Dia kelihatan terkejut melihat pendarahan yang kualami. Dia
kelihatan kecewa dan sedih, entah kenapa. Selepas mengalirkan air dan
membersihkan diriku, dia mengangkat aku kembali ke bilik dan membaringkan aku.
Lantas kemudian dia menghubungi abang Kamahl agar pulang segera dan membawa
sekali seorang yang bernama Daniel. Entah siapa sahaja, tidak ku kenali.
Sementara menunggu, Khai memberi aku minum air 100Plus,
sambil mengelap badanku dengan kain basah. Punggungku di lapik dengan hot water
bag. Aku tidak mengerti apa yang berlaku. Pertama kali perkara ini terjadi pada
diriku. Khai hanya memelukku, cuba untuk mententeramkan diriku. Aku hanya
terdiam terpaku, seakan-akan membenarkan Khai untuk menenangkanku.
Hampir 30 minit kemudian, abang Kamahl kembali bersama
seseorang. Daniel sangkaku. Khai menerangkan apa yang berlaku kepada Daniel,
dan sejurus itu, Daniel memintaku untuk baring di atas perutku. Tangan Khai dan
abang Kamahl ku genggam erat, sementara ku rasakan punggung ku diperiksa oleh
Daniel.
“Herm, luka-luka di permukaan lubang dubur nie kelihatan
semakin kering. Dan tiada kesan-kesan pendarahan yang baru. Jadi, ini bermakna,
terdapat fissure di dalam. Itu dapat menjelaskan tentang pendarahan dan
kesakitan yang dialami. Macam yang di katakan sebelum ini, dia akan mengalami
sedikit kesukaran untuk membuang air besar jika mengalami fissure. Tapi walau
bagaimanapun, fissure-fissure itu akan pulih dalam masa seminggu. Cuma, untuk
membantu dia, disarankan untuk memakan makanan yang lembut, seperti bubur, dan
sup. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran. Makanan yang masam dan pedas
mestilah di elakkan. I akan memberikan ubat tahan sakit sekali dan juga
diltiazem.
Selain tue
juga, I will also provide you with a nitroglycerin cream
can reduce the pressure in the internal anal muscle (sphincter) and allow the
fissure to heal. A pea-sized dot of cream is massaged into the fissure and the
surrounding area. Do not use a larger amount at one time, because this medicine
can cause headaches,
lightheadedness, or fainting
from low blood pressure.
It is a good idea to either wear gloves when applying the nitroglycerin
cream or wash your hands right after. The skin
on your fingers can absorb the medicine and increase your chance of side
effects.
“Thanks.” Kata Khai. Aku kembali berbaring seperti biasa.
Abang Kamahl menghantar Daniel keluar. Khai tinggal bersamaku di dalam bilik.
Abang Kamahl kemudian kembali bersama sarapan yang di belinya. Dia kemudian
memberikan semangkuk bubur nasi, dan sup daging kepada Khai lantas menyuruh
Khai menyuapku. Aku menggelengkan kepala. Aku tiada selera untuk makan.
“Adek, makan. Adek kena makan kalau nak sehat. Makan
sikit k. Biar Khai suapkan.” Kata abang Kamahl. Aku akur. Aku menganggukkan
kepalaku. Khai menyuapkan makanan sedikit demi sedikit. Dia acap kali akan
meniup sudu yang berisi bubur agar tidak terlalu panas sebelum menyuapnya. Abang
Kamahl pula kembali ke ruang tamu untuk makan sarapannya.
“Awak nak lagi?” tanya Khai kepadaku.
Aku mengangguk, walaupun aku tidak berselera, tapi
kuterasa amat lapar. Terutama selepas apa yang terjadi tadi. Khai tersenyum
lantas kembali menyuapku.
“Awak tak makan?” tanyaku.
“Saya makan kejap lagi. Biar saya suapkan awak makan
dulu, k.”
“Ok. Thanks.” Kataku.
Khai tidak menjawab, namun tanganku di genggamnya dan
dahiku dicium.
Setelah habis makan, Khai ke depan untuk menikmati
sarapannya. 10 minit kemudian abang Kamahl masuk membawa beberapa biji buah
pisang dan epal. Aku makan pisang yang dibawa.
“Makan banyak-banyak k, nanti cepat sembuh. Lepas nie
makan ubat pulak.” Kata abang Kamahl kepadaku. Aku mengangguk.
“Abang, Khai tak kerja ker?”
“Tak, dia cuti. Sama macam abang.”
“Owh. Erm, Khai stay sini sejak adek sampai hari tu?”
“Aaah. Dia tak keluar dari rumah langsung. Dia yang jaga
adek setiap malam, tau, waktu adek tidur.”
“Adek tau, kadang-kadang adek terjaga waktu malam.”
Balasku perlahan.
“Herm. Adek maafkan lah Khai, ok. Khai tak bermaksud
untuk curigakan adek.” Tambah abang Kamahl.
“Adek sebenarnya, tak pernah salahkan Khai. Cuma, waktu
tue adek sedih bila Khai cakap macam tue. Tapi adek tak pernah salahkan Khai
pun. Adek dah lama maafkan dia.”
“Dah tue kenapa adek dingin dengan dia?”
“Adek malu. Dengan apa yang terjadi.” Jawabku lagi
tertunduk.
“Adek, kalau Khai kesah tentang semua tue, Khai takda
dekat sini, jaga adek siang dan malam tau. Khai hanya fikirkan tentang adek,
sebab tue dia jaga adek.”
Aku hanya menunduk. “Khai buat apa, abang?”
Abang Kamahl kemudian menjenguk keluar sebentar dan
kembali. “Khai tengah tidur.”
“Ok.”
“Owh ya, tadi Joe call, dorang datang dalam pukul 7.
Dinner sekali dengan kita.”
“Ok.”
Aku hanya berehat-rehat di bilik sehingga hampir tengah
hari. Aku merasa semakin pulih, cuma sakit sedikit apabila menggerakkan
punggungku. Lebam-lebam di badanku juga semakin menghilang, setelah selalu
dituam oleh abang Kamahl. Lenguh-lenguh di badanku juga semakin hilang. Tapi
aku masih tidak secergas seperti dulu.
“Adek nak ke mana?” tanya abang Kamahl yang melihat aku
turun dari katil, membawa hot water bag bersamaku.
“Adek nak ke depan, nak tengok Khai.”
“Pergilah. Beg tu bagi abang, abang gantikan dengan air
panas yang baru.” Kata abang Kamahl lalu mencapai beg tersebut dariku.
Khai kulihat masih lagi tertidur di sofa di ruang tamu.
Dia yang hanya memakai seluar pendek dan t-shirt kepunyaan abang Kamahl
kelihatan sedikit kusut. Yer lah, dia tidak membawa sebarang pakaian ke sini.
Dia juga sentiasa berjaga malam menjagaku. Jadi memang normal untuk dia
kelihatan begitu.
Abang Kamahl kemudian memberikan aku kembali beg tersebut
dan beredar ke dapur. Aku duduk di hadapan sofa, berhadapan dengan muka Khai.
Beg tersebut digunakan untuk melapik punggungku. Khai masih lagi tidur. Tidak
sedar. Rambutnya sedikit menutupi dahinya. Aku hanya mampu melihat wajahnya
tanpa berbuat apa-apa buat seketika.
Perasaan ku tenang pabila wajahnya di hadapanku. Walaupun
matanya tertutup, dia masih kelihatan seakan tersenyum. Sinar kesedihan di
wajahnya sudah berkurangan. Tidak seperti beberapa hari sebelum ini. Aku
meletakkan tanganku di atas kepalanya. Rambut di dahinya ku sisirkan dengan
jari jemariku. Khai, hatiku terdetik akan namanya.
“Terima kasih, sayang.” Bisikku lalu pipinya ku belai.
Sedang aku masih lagi membelai pipinya, tanganku tiba-tiba di pegang, mata Khai
lalu terbuka. Khai terjaga. Muncul senyuman manis di mukanya.
“Hye.” Kataku.
Khai hanya menggenggam tanganku.
“Thanks, for everything.” Kataku kepada Khai. Khai tidak
menjawab. Senyumannya masih disitu. Dia kemudian duduk dan menuntunku agar
duduk di sebelahnya. Kami hanya duduk terdiam buat seketika, menghadap satu
sama lain. Hanya tanganku yang bergerak membelai wajahnya.
Kemudian kedua tanganku dirangkul dan di cium lembut oleh
Khai. Setelah itu, dia memegang pipiku perlahan, “Maafkan saya. Maafkan saya
kerana mencurigai awak. Maafkan saya kerana mempercayai Budin sesenang itu.
Maafkan saya kerana tidak dapat melindungi awak. Maafkan saya kerana semua ini
berlaku. Maafkan saya. Maafkan saya.” Kata Khai sayup.
“Khai. Awak tak perlu mintak maaf pada saya. Awak tak
bersalah, dan saya dah lama maafkan awak.” Balasku.
“Awak, fahamilah yang saya sayangkan awak. Jiwa saya
bergetar andai kata melihat awak tanpa hadirnya senyuman di wajah awak. Hati
saya runtun sekiranya melihat air mata awak mengalir keluar. Jiwa saya hancur
jika awak bersedih. Separuh nyawa saya hilang kalau awak kesakitan. Fahamilah
saya, fahamilah yang saya sayangkan awak.
Saya bagai nak gila melihatkan awak hanya terbaring,
dengan lebam-lebam di badan awak. Saya terasa bagai disentap pabila awak
memalingkan muka dari saya. Saya merasa bagai nak bunuh Budin bila mendengar
semua yang terjadi. Tapi fahamilah, pabila awak membuka mata awak, hati saya
berasa lega. Bila awak mula menjamah makanan, kekuatan saya kembali. Setelah
awak membenarkan saya memegang tangan dan mencium awak, saya punyai kembali
sepenuh jiwa dan raga saya. Dan pabila sekarang, awak membenarkan untuk saya
meluahkan semua ini, saya gembira. Saya lengkap seperti biasa.”
Tiada apa yang mampu aku perkatakan kepada Khai. Diriku
bagaikan di petir mendengarkan semua itu. Kepada dunia!! Tahulah engkau
alangkah sedihnya diri ini pabila mengetahui betapa terseksanya dia keranaku.
Sungguh robek hatiku pabila dia merasakan semua yang terjadi adalah keranaku.
Wahai alam!! Ketahuilah betapa hatiku gembira kegirangan mendengar betapa
diriku memberikan kekuatan padanya. Berbunga-bunga perasaanku di saat dia
melafazkan kata kasih dan sayang. Aku hanya mampu memeluknya dan membisikkan,
“Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Terima kasih kerana sayangkan
saya. Terima kasih, sayangku.”
Tidaklah aku mahu untuk meleraikan pelukan ku ini kerna
kau yang ku peluk. Khai, sedarlah bahawa di saat ini engkau juga telah
melengkapi diriku seperti mana kedatanganku ke dalam hidupmu. Dan janganlah
engkau tangisi pabila ku bersedih, kerna sesungguhnya aku bersalah membuatkan
diri seseorang yang ku sayangi sepenuh jiwaku runtuh dan hancur luluh. Andai
kata kau merinduiku, tenunglah ke bintang dan fikirkan diriku di dalam dirimu,
nescaya aku akan hadir. Jika aku terkenangkan akan dikau, akan ku sebut namamu
kepada angin agar angin membawanya pergi ke dirimu, dan hadirlah di dalam
mimpi-mimpiku. Nescaya mimpi ku itu akan menjadi mimpi yang terindah.
“Baguslah, korang dah berbaik semula.” Tiba-tiba
kedengaran suara abang Kamahl.
Aku tersenyum kepadanya. “Thanks abang, sebab kenalkan
adek pada Khai.”
“Hehehe. Abang kenalkan ajer. Korang yang usahakan selebihnya.
Abang happy kalau korang happy. Elok lah kalau korang dah tau perasaan masing
masing. Adek, gie mandi, abang tengah masak nie, dalam 30 minit lagi boleh
makan k.”
“Ok.” Kataku.
“Awak tunggu sini k, saya penuhkan tub dengan air.” Kata
Khai.
“Awak, kaki saya tak patah lagi la. Saya boley buat
sendiri.”
“That’s ok. Bila tengah ada alasan nak manjakan awak,
kena la guna.” Balas Khai sambil mencuit hidungku.
“Erm, perlu ker nak ada alasan nak manjakan saya?”
tanyaku tersenyum simpul.
“Tak perlu. Takda alasan pun nak manjakan jugak. So, ...
adoi.” belum sempat Khai menghabiskan bicara, kepalanya di ketuk dengan senduk
oleh abang Kamahl. Nasib tak kuat.
“Sudah sudah, Khai, bawak adek pergi mandi, lepas tue
tolong abang kat dapur. Korang nie, bab mandi pun nak dekat 10 minit kan. Adek,
nasib baik adek sakit, kalau tak, dengan adek abang ketuk sekali.”
“Huhuhu. Ok ok.” Kataku.
Selepas habis makan tengah hari kami hanya duduk berbual
di ruang tamu. Sungguhpun selera makan aku sudah kembali, namun, aku tidak dapat
makan sepuas hati dek kerana abang Kamahl tidak membenarkan aku makan makanan
yang pedas. Nasi ku juga di banjirkan dengan sup selepas aku menolak untuk
makan bubur. Sigh, tak best tul kalau sakit bab makan nie.
Jam sudahpun menunjukkan pukul 3 petang. Abang Kamahl
tertidur di sofa yang di duduknya. Aku hanya berbaring, kepalaku di sandarkan
di atas peha Khai. Kami hanya menonton tv mengisi waktu terluang.
“Awak, saya bosan lah. Asyik terperap dekat rumah jer.
Tak buat apa-apa pun.” Kataku kepada Khai yang bermain-main rambutku.
“Awak kan tak sehat, kene la duduk rumah jer.”
“Memang la, tapi bukannya teruk sampai tak boleh jalan
ker, aper ker.”
“Erm, awak nak buat ape je?”
“Kita pergi taman? Nak? Dah lama tak ke taman.
Jalan-jalan. Jom la.”
“Esok pagi kita pergi taman, k?”
“Tapi abang Kamahl bagi ker?”
“Pandai-pandai la Khai pujuk abang awak nanti k.”
Malam itu seperti yang di janjikan, Joe, Vincent dan
Hisyam sampai untuk makan malam bersama-sama. Laptopku, buku-buku dan senarai
assignment diberikan agar aku tidak ketinggalan. Banyak nye lah assignment nak
buat nie, adeyh, seminggu cuti assignment rasa macam sebulan punya banyak.
“You cuti sampai bila?” tanya Vincent.
“Cuti seminggu jer. Isnin depan gie kelas la balik.
Naper? Dah rindu kat I dah?”
“Banyaklah. Kitorang tak rindu, tau ader orang lain yang
rindu kat you kalau you balik nanti.”
Kata Joe yang tersengih-sengih dengan
Hisyam. Cis. Aku pulak kena balik.
“Takde la, you takde, kelas tak lively, takde saper nak
tanya soalan killer waktu presentation, bosan jer time presentation.” Tambah
Vincent.
“Hahahahaha. Yo lah tue. Korang suka la kan.”
“Owh, you punya check up lagi bila?” tanya Joe.
“Erm, supposely Isnin la. So, after class I pergi la.”
“Awak nak saya hantarkan?” tanya Khai.
“Erm, awak tak busy ker? Awak kan kene kerja. Nie pun dah
cuti lama dah.” Balasku.
“Ala, Khai nak hantarkan tue, pergi je la.” kata Joe
lagi.
“Erm, kalau macam tue, ok lah. Kita pergi lepas awak abis
kerja.”
“Ok, then, saya gerak terus ke hostel awak lepas abis
kerja.”
“Eeeh, takpa la. Saya gerak ke rumah awak, lagipun kita
nak pergi hospital dekat Damansara kan, dekat dengan rumah awak.”
“So you balik hostel bila jer?” tanya Vincent.
“Erm, ahad kot.” Kataku sambil melihat kepada abang
Kamahl.
“Satu lagi adek, Ahad nanti abang bawak adek jumpa Dr.
Daniel, check up, k. Then adek balik la.” Sigh, check up lagi. Puas la Dr.
Daniel tue tengok lubang aku. Huhuhuhu. Kejap, cakap pasal lubang nie, teringat
pulak waktu selepas kejadian tue dalam bilik, masa check-up dan waktu aku
berdarah tue, aku berbogel. Dan Khai ader sepanjang masa. Adeyh, apersal aku
tak pernah perasan pulak pasal nie.
“Awak, awak, makan la.” tiba-tiba Khai bersuara lagi. Dia
pun tak pernah cakap apa-apa. Huhuhuhuhu.
“Owh ya, lupa pulak nak gtau, abang I cakap yang dia dah
buat laporan kepada Lembaga Disiplin UM a day lepas kitorang datang haritu.
Diorang dah berbincang, semua medical report dah di teliti, begitu juga dengan
pengakuan dari Budin. Dan dorang dah putuskan yang Budin kena pergi kaunseling
untuk 100 jam, dan 100 jam komuniti servis. Selagi tak habiskan, dia takkan
boleh grad. Walaupun pada asalnya, ada antara ahli lembaga yang berkeras nak
buang Budin, tapi di sebabkan you, the victim tak nak dia dibuang, then diorang
just bagi hukuman jer.” Kata Joe.
“Herm, elok lah, moga-moga dengan kaunseling semua, dia
dapat berubah.” Komen abang Kamahl.
“Ala bang, rasanya dia tue tak cukup 100 jam, 1000 jam
kot baru ok.” Tambah Vincent.
“Dah lah, tak payah cakap lagi. Biarlah. Hopefully dia
berubah.” Kataku. Khai memegang tanganku erat.
Joe dan yang lain beransur pulang dalam pukul 10.30
malam. Setelah Khai berjaya meyakinkan abang Kamahl untuk membenarkan dia membawa
aku ke taman esok, aku dan Khai beransur ke bilik sementara abang Kamahl
kembali ke biliknya, katanya ada kerja yang perlu di siapkan sedikit. Badanku
terasa sedikit penat dan agak mengantuk. Aku hanya berbaring-baring di atas
katil, sambil CD Rihanna ku mainkan memecah keheningan malam.
Khai hanya duduk di kerusi yang dirapatkan ke kepala
katil, bersebelahan denganku. Kami berpegangan tangan. “Kenapa duduk situ?”
tanyaku kepada Khai.
“Dah tue nak duduk mana?” tanya Khai pula. Aku
menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahku. Lantas kemudian, aku beralih ke ruang
kosong tersebut dan Khai berbaring di sebelahku, di tempat asalku tadi. Aku setelah
itu berbaring di dada Khai sambil tanganku memeluknya. “Do you mind?” tanyaku
kepada Khai. “Do you really need to asked?” balas Khai pula.
“Badan awak dah tak sakit-sakit dah?” tanya Khai.
“Dah beransur dah. Cuma, kalau buang air tue, still sakit
sikit. Darah pun dah tak banyak keluar lagi. So, maybe dalam 3 4 hari ok la.”
“Bagus la macam tue. Tapi awak still kene jaga makan,
ubat pun makan.”
“Huhuhu. Ok. Takpe, kalau saya lupa, awak ader. Abang
Kamahl pun selalu tuamkan belakang saya. So, ok la.”
“Manja yek.” Kata Khai lagi sambil mencuit hidungku.
“Hehehehe. Awak kan dah lama tau yang saya nie manja.”
“Tau dah.”
“Khai?”
“Ya?”
“Erm, can you, actually, stay still, and don’t say a
thing, and don’t move an inch?” tanyaku perlahan.
“Did I say something that hurts you?”
“No! Not at all. Nothing like that. Just, that, I want to
cherish this time, this moment, being with you, having you this close to myself.
I mean, I’ve been avoiding you for the last few days, well, during the day that
is, because you’re with me during the night when I sleep while you are all
awake, watching me and holding me, keeping me warm all the night, changing the
water in the hot water bag, and all. It’s, it’s very soothing to have you with
me. You know, the night when it happened, I’m certain that I was sleeping that
time, because I no longer feel the pain, inside out. It was very, calming,
serene and lovely. And I’m sure that at that time, I heard a voice, someone
singing actually. And the words soothed me dearly, however I can’t remember the
lyrics. And I don’t know how, or why, but, in that dream, it seems that the
strength, the warmth flowing from my hand. Well, I know for certain that I won’t
heard the song anymore, but, I want you to be with me, right here right now.
Just like this, for I’m sure, I can find the warmth and strength again. Will
you?” terang ku perlahan.
“You know I will do anything for you. So, you knew that I
was by your side when you’re sleeping every night?”
“Hehehehe. I do. Now, stay still and stay silent,
please.”
Khai tidak bergerak, dan berkata apa-apa, sepertimana
yang aku minta sebentar tadi. Aku meletakkan kepalaku di dadanya, di atas
jantungnya. Degupan jantung Khai dapat ku dengar dengan jelas sekali. Tangannya
masih lagi memelukku seperti tadi, tidak berubah. Kugerakkan tangan kiriku yang
sedari tadi berada di atas perutnya, dahi Khai ku turuti. Helai-helai rambutnya
ku sisir perlahan, matanya ku sentuh lembut. Jariku kemudian menyusuri perlahan
tulang rahangnya, that strong and defined jaw, hidungnya ku picit perlahan,
saja. Bibirnya kemudian kuturuti perlahan. Argh! Pabila jariku menyentuh bibir
ini, jiwa ku terusik. Kenangan pertama kali bibir ini menyentuh diriku, di
bibirku ketika kami di rumahnya kembali bermain di fikiranku. Ah!, betapa
indahnya ketika itu. Kucupan itu cukup menggegarkan duniaku. Dan kini, bibir
itu di hujung jariku.
Agak lama juga jariku singgah di situ, dan entah kenapa,
agak keberatan untuk ia beralih ke bahagian yang lain. Khai! Jariku kemudian
bergerak menuruni rahangnya sekali lagi, dan kini ia tiba di dagunya, licin dan
kemas. Tanpa sebarang kesan janggut terasa. Jariku sekali lagi turun, kini ia
menyusuri lehernya, lembut dan perlahan aku disitu. Khai masih lagi terdiam.
Jariku bergerak lagi, dan dari lehernya, ia kini di dadanya. Kepalaku ku
alihkan sedikit, lalu tanganku ku rehatkan di atas dada kirinya. Aku dapat
merasa akan degupan jantung Khai. Seragam dan kental di bawah telapak tanganku.
Entah kenapa, aku memejamkan mata, membiarkan masa berlalu
begitu sahaja bersama Khai di pelukanku dan degupan jantungnya menemani aku.
“Demi semua
yang aku jalani bersamamu
Ku ingin engkau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku
Tanpa dirimu
ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa syurga dalam hatiku
Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu
Selama hidupku....”
“Lagu tue, lagu yang saya dengar.” Kataku perlahan
setelah mengamati lirik yang tiba-tiba keluar dari mulut Khai. Ya, itulah
lagunya. Dan kini aku sedar dari mana datangnya lagu yang menenangkan aku
ketika itu. Aku hanya membiarkan Khai terus bernyanyi perlahan, sambil dirinya
ku peluk erat dan dia hanya membiarkan aku di dalam dakapannya. Dan dalam tidak
ku sedar, aku terlena.
Malam itu tidurku sungguh lena. Kehangatan malam yang
menyelubungi ku begitu mendamaikan sekali. Dan dalam tidurku juga lah, Khai
hadir menemaniku.
****************************************************************************************************
Tidurku terjaga pabila terdengar kicauan burung di luar.
Sudah pukul 8.15 pagi. Aku masih lagi berbaring di atas dada Khai, dan kami
masih lagi berperlukan seperti sebelumnya. Mungkin Khai masih tertidur. Ku
dongakkan kepalaku ke atas, supaya aku dapat melihat Khai. Owh, rupanya dia sudah
tersedar. Senyuman di wajahnya menyapaku.
“Good morning sayang,” katanya lalu mencium dahiku.
“Good morning.” Balasku. Aku kemudian memperbetulkan
kedudukanku agar aku setara dengan Khai. “Awak dah lama bangun?”
“Aaah.” Balas Khai.Khai memusingkan badannya agar kami
berpandangan antara satu sama lain. Tangannya menggenggam tanganku. Aku
mendekatkan diriku dengannya. Bibirnya ku cium perlahan, dan lama. “Sayang kat
baby.” Kataku manja.
“Baby?” tanya Khai sambil tersenyum-senyum.
“Awak lah. Hehehehe.”
“Ok. Kalau saya baby, awak lak...?”
“Erm, saya sayang, macam awak selalu panggil.”
“Ok sayang.”
No comments:
Post a Comment