My list

October 12, 2012

Dia - Tujuh Belas


T
“Kita nak kemana?” tanyaku kepada Khai setelah kami bergerak keluar dari kawasan apartment abang Kamahl.

“Taman. Kan sayang nak ke taman kan.”

“Sayang tau la ke taman, tapi, by nak bawak sayang ke taman maner?” tanyaku lagi.

“Erm, by nak bawak sayang ke taman dekat Amcorp Mall, dekat je dengan sini. Tapi, sebelum tue, sayang nak breakfast dulu atau kita breakfast lepas jalan-jalan nanti?”

“Lepas la kot, nie baru pukul 9 pagi, awal lagi. Huhuhu.”

“Ok.”

Hehehe. Rasa janggal pulak bila bahasakan diri sayang dengan Khai. Yer la, dah biasa panggil saya awak kan. Tapi, dia tak kesah, so wat aper aku nak bising kan. Lagipun, best pulak rasanya.

Pagi sabtu yang indah bagiku. Matahari sudah tinggi di langit, dan Khai duduk di sebelahku sambil tangan kami berpautan. Traffic agak perlahan, namun masih lancar. Abang Kamahl tiada di rumah, katanya perlu ke pejabat untuk beberapa urusan, cuma dia mengingatkan aku agar tidak terlalu aktif dan lasak, takut terjadi apa-apa lagi.

“By, lepas breakfast sumer, kita ke rumah by, k.”

“Ehh, nak wat per? Sayang nak suh by balik rumah ker?”

“Ader pulak cakap cam tue. Takde la. Kan by dari Isnin hari tue by di sini. Dengan tak bawak baju nyer. Nasib la baju abang Kamahl muat untuk by. Tue takper la, yang part kecik tue, takkan pinjam abang Kamahl jugak kot.” Kataku lagi sedikit berseloroh, mengingatkan part kecik tue.

“Hahahaha. Adeyh, yang part kecik tue tak la by pinjam abang Kamahl. Aper la sayang nie. By ader beli 2 3 helai baju, ngan seluar dalam semua time by keluar belikan makanan untuk sayang, so, sayang jangan risau k.”

“Bagus-bagus. Huhuhuhu. Erm, by cuti sampai bila?”

“By ambil cuti 5 hari, so sampai Isnin depan la. Lagipun Isnin akan datang nie, sayang kene pergi check up lagikan. Sayang betul ke nak drive ke rumah by nie? By risau la.”

“Sayang dah ok la, by. Sayang tak payah la risau per-per, sayang bawak kereta elok-elok. Slow jer sayang bawak.”

“Betul slow? Jangan bawak kereta macam haritu sudah. Susah by nak kejar.” Kata Khai mengingatkan aku waktu aku memandu pergi dari hostel setelah bergaduh dengannya. Agak laju la jugak.

“Huhuhu. Betul. Sayang bawak slow-slow.”

“Ok, so aper-aper just sms by k.”

Kami tiba di taman berhadapan Amcorp Mall. Waktu itu ramai juga orang yang berjogging di sekitar taman. Sewaktu melintas jalan dari kawasan parking, Khai menggenggam tanganku. Risau betul mamat nie, detik hatiku. Namun, aku suka, hahahaha. Tapi Khai tidak melepaskan genggaman tangannya setelah kami selesai melintas. Kami berjalan perlahan di sekitar tasik yang terdapat di situ.

Kelibat anak-anak kecik berlari-lari, orang-orang tua yang asyik berjogging dan ada juga yang sedang melakukan yoga. Begitu juga muda-mudi sepertiku melakukan aktiviti masing-masing. Mata-mata kecil memandang kami tattala kami lalu berpegangan tangan, dua lelaki berpegangan tangan di khalayak.

“Erm, by?”

“Yer sayang?” tanya Khai lembut kepadaku. Matanya memandang tepat wajahku.

“By tak kesah ker? Orang tengok.” Kataku sambil mengangkat tangan kami yang masih berpegangan.

“By tak kesah. Asalkan sayang selesa. Kalau sayang tak selesa, bagitau by k.” Senyumannya terpancar.

“Hehehehe. Sayang tak kesah pun.”

“Ok.” Balas Khai lagi sambil mencium tanganku.

Setelah habis satu pusingan taman tersebut, kami duduk di bangku berhadapan dengan satu bangunan yang tidak ku pasti bangunan apa, tapi bangunan itu masih lagi di dalam kawasan taman tersebut.

“Sayang dahaga tak? Nak by belikan air?”

“Boleh juga. By beli la air ape-aper.”

“Ok, tunggu kejap.”

Seketika kemudian Khai kembali bersama 2 tin minuman di tangan. Dia lantas membuka salah satu darinya lalu di berikan kepadaku. Kami hanya duduk bersandaran dengan satu sama lain. Kepalaku ku sandarkan di bahunya.

“By?”

“Yer sayang?”

“Erm, by tak sunyi? Sayang tengok, by sentiasa ceria jer. Macam by tak de masalah aper pun. By sentiasa senyum, happy, seronok je sayang tengok.”

“Saper kater by takde masalah? Bila sayang marahkan by, tue masalah besar.” Katanya sambil mencuit hidungku.

“Selain tue? Takkan takde langsung kut? Takkan by tak sunyi ke aper ke? Yer la, by duduk sorang-sorang. Lepas tue, by cuma ader nenek je kan.” Kata ku lagi tanpa berfikir panjang. 

“Ups” adeyh, naper aku sebut pasal hal nie pulak.

“Sorry, sayang terlepas cakap.” Tambahku.

“Takpe. Tapi maner sayang tau?” tanyanya perlahan kepadaku.

“Erm, sayang tanya pasal by dekat abang Kamahl.”

“Oooo, sayang korek dekat abang Kamahl yek. Hehehehe.”

“Hehehe. Korek sikit jer.”

“Herm, kalau nak kata tak sunyi, memang tipu la. Tapi, maybe sebab by dah terbiasa macam nie. Cuma kadang-kadang tue terasa jugak nak ada sebuah keluarga. Semua yang berlaku terjadi waktu by masih kecil. Waktu tue by masih tak paham. Dan bila by dah paham, by dah boleh terima semuanya. Waktu tue umur by baru 5 tahun. Dan by masih lagi di Australia waktu itu, dengan uncle Adam. Uncle Adam merupakan penjaga rumah, merangkap pengasuh jugak la. Mama, papa dan adek by di Malaysia, sebab mama bersalin di sana.

Mama dan papa berjumpa dan berkenalan di Australia, waktu itu papa yang sedang belajar di Murdoch Perth, sedang bercuti di Sydney. Di sana papa berkunjung ke sebuah galeri seni. Di sanalah mama dan papa berkenalan. Mama juga masih lagi belajar, namun di Sydney dalam jurusan seni. Pertemuan kali pertama mereka membuahkan suatu perasaan, dan setelah beberapa tahun berkenalan, akhirnya mereka berkahwin. Setelah berkahwin, mereka pulang ke Malaysia dan papa memulakan perniagaannya di sini. Perniagaan papa sangat berjaya. Papa merupakan seorang usahawan hartanah. Setelah beberapa tahun, mereka berhijrah ke Australia, dan by dilahirkan.

Papa seorang yang tinggi, dan waktu itu by masih lagi kecil. Papa selalu letakkan by duduk di bahunya, katanya, bila by besar nanti, by akan tinggi sepertinya. Papa selalu suruh by tolong dia bersihkan kawasan rumah, tolong mama dengan kerja di dapur, dan papa akan sentiasa temankan by membaca. Dia akan membetulkan by bila by tersilap. Papa bagi by seorang yang istimewa. Dia selalu memberi galakan kepada by untuk melakukan apa saja. Papa yang ajar by untuk membaca, menyayangi orang lain dan menghormati orang lain. Papa sentiasa ingatkan by untuk sayang orang lain seperti mana by sayangkan orang lain. Papa juga sentiasa ingatkan by untuk berbuat baik dengan semua orang. Tapi yang paling penting katanya, dia juga mengajar by untuk berlaku jujur dalam semua perkara. Dia mengajar by untuk menjadi seorang manusia yang penyayang, jujur dan sentiasa hormat menghormati. Dia juga mengajar by untuk menjadi seorang anak, dan abang yang berguna dan taat.

Mama pula seorang yang sentiasa membuatkan by tersenyum. Senyuman mama sentiasa menghiburkan hati by. By sukakan rambut mama yang panjang tue. Rambut mama cantik, dan mama suka biarkan by main dengan rambut mama. Kadang-kadang bila by dan papa sibuk di halaman rumah, mama akan bawakan minuman dan biskut untuk by. By seronok sangat waktu tue. Bilamana by menangis, mama sentiasa berada di sisi untuk memujuk. Bilamana by mendapat mimpi buruk, mama akan menenangkan by dan baring di sebelah sehingga by tertidur lena. Mama akan memegang tangan by, memeluk by dan mencium tangan by sehingga by tenang. Dan by sentiasa teringatkan kehangatan dan kelegaan yang by rasakan bila di dalam pelukan mama. Mama mengajar by untuk melukis, supaya satu hari nanti by akan menjadi seorang pelukis sepertinya. Tapi setiap kali by melukis, mesti by tak suka dan menangis, sebab lukisan by sentiasa buruk. Tapi mama akan katakan yang by perlu sentiasa berusaha, by perlu sentiasa belajar dari kesilapan, yang by perlu sabar dalam membuat apa perkara.

Adek baru saja lahir. By tak sabar-sabar nak tunggu diorang balik sebab by nak jumpa adek by. Dia lahir di Malaysia. By ingat lagi, papa call kata adek by adek lelaki, by happy sangat. Papa kater dalam 2 minggu lagi diorang akan balik ke sana. Jadi waktu tue by hias cantik-cantik bilik adek. By suruh uncle adam cat bilik adek warna biru muda, lepas tue, mainan by semua by susun dalam bilik adek, jadi adek boley main dengan by.

Adek pula, waktu itu by hanya dapat melihat adek melalui gambar yang dikirimkan oleh papa setelah kelahirannya. Adek comel, rambutnya nipis, tapi macam rambut papa, hidungnya seperti hidung by. Itu yang papa beritahu kepada by. Huhuhu. By excited sangat, tak sabar nak jumpa adek, nak jumpa mama, nak jumpa papa, dan nak jumpa nenek.

Flight diorang hari sabtu, pagi. Nenek pun ikut sekali, tapi nenek akan datang lambat beberapa hari. By happy sangat, lagipun dah lama tak jumpa nenek. Nenek baik, selalu manjakan by. Nenek akan masakkan makanan kegemaran by kalau dia ada. Lepas tue nenek akan sentiasa ajar by buat sesuatu yang baru. Kadang-kadang nenek akan ajar by memasak, kadang-kadang nenek akan ajar by menanam bunga. Macam-macam lah.

Hari sabtu sampai, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa 6 jam. By bangun awal, by tolong uncle adam kemaskan rumah, persiapan untuk menyambut semua orang. By tunggu mama, papa dan adek. Tapi sedang by tunggu, by rasa mengantuk, lalu by tertidur di bilik adek. Mainan by yang by sediakan untuk adek, by genggam.

Tiba-tiba uncle adam kejutkan by dari tidur. By tanya, mama, papa dan adek dah sampai ker? Uncle adam hanya diam, kemudian dia menyuruh by bersiap-siap, kami akan bertolak ke Kuala Lumpur. Bila by bertanyakan pasal mama, papa dan adek, uncle adam hanya berkata yang mereka tak dapat datang, jadi by kena pulang ke sana untuk jumpa diorang. By cepat-cepat bersiap, sebab by tak sabar nak jumpa diorang. Mainan by, beberapa baju adek yang by pilihkan sewaktu mama dan papa keluar membeli belah by bawa bersama di dalam beg pakaian. By nak berikan kepada adek setibanya di sana.

Perjalanan 6 jam terasa lama sangat. Tapi, by cukup happy bila turun dari pesawat, sebab akhirnya by dapat jumpa diorang. Tapi, entah kenapa uncle adam senyap saja sepanjang perjalanan, biasanya uncle adam akan melayan setiap telatah by. Tapi tidak kali ini.

By kegirangan bila keluar dari balai ketibaan dan nampak kelibat nenek yang sedang menunggu kami. Tapi, langkah by terhenti pabila mama, papa dan adek tidak kelihatan. Mungkin mama masih di hospital kot, kata by kepada diri sendiri. By menghampiri nenek, by peluk dia. Nenek hanya tersenyum akan perlakuan by. Kemudian by tanyakan kepada nenek, mama, papa dan adek di mana? By dah rindu nak jumpa diorang. Nenek kata, mereka sedang tidur. Ooo, maybe mereka penat, tue yang tidur tue, kata by kepada nenek. Nenek hanya memandang by sambil tanganya membelai muka by, senyuman di wajah nenek cukup tidak by fahami.

Kami kemudian bergerak ke rumah nenek. Setibanya kami di rumah nenek, kelihatan ramai orang. Ramai orang yang by tak kenal. Nenek kata tu kawan mama dan papa. By tengok diorang sedang kusyuk membaca. Tapi by tak paham. Bukan dalam melayu atau bahasa inggeris apa yang diorang baca. By tak tau kenapa diorang membaca serentak, dan by tak tau apa yang diorang baca. Cuma, entah kenapa, by rasa macam by pernah dengar. By tanya lagi, mana papa, mama dan adek.

Nenek tak menjawab, dia kemudian memeluk by dan nenek mula menangis. By takut. By tak suka nenek menangis, by tak tau kenapa nenek menangis. By tengok muka nenek sedih, by tanya kenapa nenek nangis. By tanya nenek apa yang diorang baca. By tanya kenapa diorang ramai-ramai dekat rumah nenek. By tanya diorang kenapa diorang tengok by macam tue. By tanya kenapa ada jugak yang menangis macam nenek. By suruh nenek berhenti menangis. By cakap, by tak suka nenek nangis. By suruh diorang berhenti menangis jugak. By tak tau kenapa, tiba-tiba by rasa sedih jugak. By rasa nak menangis.

By tak paham, by tanya nenek apa semua nie. By tanya nenek, mana papa. By tanya mana mama? Kenapa diorang tak bangun tidur lagi? By tanya nenek mama, papa dan adek tak nak jumpa by ker? By tanya nenek, kenapa by tak dengar suara adek menangis? By cakap kat nenek yang papa bagitahu adek selalu menangis. By kemudian tanya nenek lagi. Tapi nenek tetap tak jawab. Lepas tue by tanya, kenapa rentang kan kain macam tue? By tunjukkan dekat nenek pada satu kain yang diikat merentang di tengah rumah. By pegang tangan nenek lalu bawak nenek ke kain tue. Kemudian by nampak, mama, papa, dan adek terbaring.

By cakap kat nenek, yang by dah jumpa diorang. Tapi, diorang tido. Nenek terus menangis. By cuba kejutkan mama, kejutkan papa. Tapi mama dan papa tak bangun. Lepas tue by perasan muka mama dan papa ader luka-luka. By tanya nenek kenapa, pun nenek tak jawab. Kemudian by pergi kepada adek, by cium dahi adek. By tak nak kejutkan adek, takut nanti adek bangun dan menangis. By pergi balik ke mama dan papa.

By kejutkan mama dan papa perlahan, macam yang selalu by buat tiap-tiap hari. Nenek hanya pandang by. By cakap kat nenek, mama dengan papa tak nak bangun. By cakap dekat mama dan papa, yang by dah sampai, bangun la. “Mama, papa, bangun la, Khai dah sampai nie.” Kejut by lagi. “Mama, bangunkan la adek, Khai nak main dengan adek, Khai bawak mainan Khai sekali, nak main dengan adek. Mama, bangun lah. Papa, bangun la. Khai dah sampai. Papa suruh la mama bangun. Papa, kenapa nie? Mama.” By mula menangis, mama dan papa tak nak bangun. By tak paham, kenapa mama dan papa tak nak bangun. By menangis lagi sebelah mama, kemudian nenek datang peluk by. By tanya lagi, kenapa semua menangis, kenapa mama dan papa tak nak bangun? By tanya lagi, by buat mama dan papa marah ker? By tanya lagi, kenapa mama dan papa luka-luka. By tak boleh berhenti menangis.

Nenek masih menangis dan memeluk by. Kemudian nenek cakap perlahan, yang mama, papa dan adek dah tidur untuk selamanya. Nenek cakap yang ada yang lebih sayangkan mereka, sebab tue mereka tidur dulu. Nenek cakap yang mama, papa dan adek dah tiada. Nenek cakap yang mereka dah pergi.

By tak paham, nenek cakap diorang dah pergi. Tapi, diorang tertidur depan by. By suruh nenek bangunkan diorang. Nenek hanya ulang apa yang dia katakan tadi. By terus menangis. “Kenapa mama dan papa tak nak bangun? Diorang pergi mana nenek? Khai nak bersama diorang lagi. Nenek?”                                                                                                                                                 

Kemudian nenek suruh beberapa orang yang hadir untuk mulakan. Diorang kemudian mengangkat mama dan mama di bawa ke satu kawasan yang di ditutup di tepi rumah. By tengok mama di baringkan di dalam satu bekas. Perempuan tue semua kemudian mandikan mama perlahan-lahan. By tak paham. By mengintai tengok, tapi nenek tak bagi. Lepas beberapa ketika, nenek bawak by masuk, nenek suruh by mandikan mama, nenek suruh by jiruskan air dekat mama. By cakap, air sejuk, mama sejuk nanti. Nenek cakap tak mengapa. Kemudian diorang angkat mama masuk, dan lepas tue papa pulak, sama macam tadi. Dan kemudian adek.

Lepas tue by tengok diorang mula balut mama, papa dan adek. Mama, papa dan adek masih lagi tak bangun. Muka papa, mama dan adek bersih, by tengok diorang tersenyum, tapi by tak boleh senyum. By rasa sedih, by menangis, tak tau kenapa.

Kemudian hanya muka papa, mama dan adek jer yang kelihatan. Nenek suruh by cium mama, papa dan adek. Nenek kater, nie kali terakhir by dapat tengok wajah diorang, kali terakhir by cium diorang. By marah-marah nenek, by tak bagi nenek cakap macam tue. By cakap lepas nie mama, papa dan adek boleh lagi by cium macam selalu.

By cium mama, papa, adek perlahan-lahan. “Mama bangun, Khai sayangkan mama. Papa pun bangunlah. Khai pun sayangkan papa. Adek, adek bangun k. Kita main sama-sama, abang sayangkan adek.” Lepas by mencium mereka, nenek pun mencium juga, dan kemudian nenek menyuruh mereka menyiapkan mama, papa dan adek. By marah diorang bila diorang tutup muka mama, papa dan adek. By marah kat diorang. By nak pukul diorang. Diorang jahat. Nenek terus memeluk by erat, by tak paham. By tak berhenti menangis.

Lepas tue, mama, papa dan adek di baringkan dan di susun. Dan orang mula berdiri di belakang mama, papa dan adek. Nenek suruh by ikut diorang. Nenek suruh by berhenti menangis, nenek suruh by supaya buat apa yang diorang buat. By buat. By ikut. Kemudian mereka angkat mama, papa dan adek ke dalam bekas bertutup. Mama dan papa diangkat. By cakap dekat nenek, by tak larat nak angkat mama atau papa, tapi by nak angkat adek. Nenek hanya mengangguk. By angkat adek masuk van. Lepas tue, by dan nenek ikut van-van tue. Kitorang sampai ke satu kawasan lapang, by tengok ade 1 lubang besar. Diorang mula turunkan mama, papa dan adek perlahan-lahan.

By tak suka. By tak suka apa yang diorang buat pada mama, papa dan adek. By marah diorang, tapi nenek tak bagi, nenek suruh by terima semuanya, nenek suruh by senyap, supaya mama, papa dan adek boleh tidur dengan tenang. By diam, by tak nak ganggu mama, papa dan adek. Tapi, tapi by tetap tak suka. Kemudian bila mama, papa dan adek dah diturunkan, diorang mula kambus lubang tue. Nenek dah berhenti menangis, tapi nenek masih sedih. Lepas habis semua tue, diorang baca lagi apa yang by dengar masa dekat rumah. Lepas tue semua orang balik. Ada yang datang memeluk by.

Kami kemudian balik ke rumah. By tak boleh tidor, mama, papa dan adek tidur dalam lubang tue. Mesti sejuk kata by lagi. Tiap kali terkenangkan mama, papa dan adek, by menangis. Tiap-tiap malam by ke bilik mama dan papa, tapi tiada sapa. By pegang mainan by kalau-kalau adek menangis, by boleh bagi mainan by kepada dia, jadi nanti dia tak menangis. Tapi tiada juga.

Dah lepas seminggu, mama, papa dan adek tak bangun-bangun. Dari seminggu ke sebulan. Dari sebulan ke setahun. By tetap menunggu. By rindukan kawan-kawan di rumah, tapi, by tak nak balik tanpa mama, papa dan adek. By dah janji nak ajak kawan-kawan datang main dengan adek.

Tapi lepas setahun diorang masih tak bangun-bangun. Kemudian, nenek tanya by samada by nak tinggal di sini atau di sana. By cakap by nak tunggu mama, papa dan adek di sana. Barang mama dan papa di sana. Mainan by untuk adek di sana. Lepas tue nenek ikut by dan uncle adam balik. Selepas beberapa tahun, baru by paham erti sebenar kata nenek. Nenek tinggal bersama dengan by di sana sehingga by berusia 12 tahun. Setiap tahun juga kami akan balik ke kubur mama, papa dan adek.

Itulah kali terakhir by dapat jumpa diorang.” Kata Khai perlahan. Tangannya yang masih menggengam tanganku ku rasakan sedikit bergetar. Aku menggenggam erat tangannya, ku lihat ke muka Khai, kelihatan setitis air mata mengalir di pipinya. Aku yang ketika itu berasa serba salah membangkitkan soal ini, hanya mampu mengesat air matanya dan aku kemudian memeluk erat dirinya.

“Sorry.” Katanya kepadaku setelah itu.

“That’s ok by. Sayang yang patut minta maaf buat by sedih.”

“Taklah. Sayang tak salah aper pun. By rindukan diorang, dan by sayangkan diorang. Tapi by paham yang ada yang lebih sayangkan mereka.” Katanya lagi sambil tersenyum kepadaku. 

“Memanglah kadang-kadang rasa sedih tue akan datang, tapi, by paham, by dah besar, by boleh terima. Lagipun, by masih ada nenek, dan by sekarang dah ada sayang. So, tak boleh la kalau by sedih-sedih selalukan.” Tambahnya lagi.

Aku tersenyum, kemudian bibir Khai ku kucup lembut.

“Dah, sayang jangan rasa sedih atau serba salah k. Jom, masuk muzium.”

“Muzium? Muzium mana pulak?”

“La, bangunan yang kita duduk nie, muzium la sayang. Muzium Petaling Jaya. Tue ha.” Kata Khai lagi sambil menunjuk kepada pintu yang tidak jauh dari kerusi tempat duduk kami.

“Hehehe. Maner la tau, tak pernah datang taman nie. Jom.”

Kami kemudian masuk kedalam, dan selepas menulis nama di buku pelawat, kami melihat-lihat kawasan di dalam. Kami berjalan berpelukan di dalam. Huhuhu, kedua guard yang berjaga di kaunter masuk hanya memandang kami. Mesti mereka sudah melihat kami sedari berpelukan di kerusi di luar tadi.

Hampir setengah jam juga kami di dalam muzium tersebut. Banyak maklumat mengenai bandaraya Petaling Jaya yang ku perolehi, sedari awal penubuhan penempatan di sini sehingga ke maklumat terkini. Pabila kami melangkah keluar dari muzium, hari sudah hujan, tapi masih rintik-rintik.

Kami berjalan berpegangan tangan di dalam hujan, sedikit cepat untuk mengelakkan hujan. Namun tiba-tiba hujan menjadi lebat, lantak nak tak nak kami terpaksa berteduh di bawah suatu pondok yang terdapat di taman itu. Ketika itu, terdapat 2  pasangan yang juga berteduh. Lelaki dan wanita. Kelihatan mereka sedang berpelukan, mungkin sejuk tattala hari sedang hujan. Kami duduk di antara 2 pasangan tersebut, yang masing-masing tidak menghadap ke arah kami. Khai yang duduk bersandar di tiang pondok kemudian menarik tanganku lalu aku didudukkan di hadapannya. Dia memeluk belakangku sambil kepalanya di sandarkan ke bahuku.

Biarlah diorang, kataku kepada hati merujuk kepada 2 pasangan tersebut. Aku selesa dengan semua ini, so aku tak kesah. Begitu juga dengan Khai. Kami berbual-bual menantikan hujan berhenti, sedang kami masih lagi berpelukan seperti pasangan yang lain. Aku kemudian memusingkan diriku agar aku menghadap Khai, dan bibir Khai ku kucup, dahinya, pipinya. Kasihnya aku kepadanya tidak membataskan perlakuanku.

Selepas hampir beberapa ketika, hujan berhenti, dan kami berlalu pergi. Kami berjalan-jalan di dalam kawasan Amcorp Mall, melihat-lihat akan apa yang ada. Kami yang berjalan berpelukan menarik perhatian banyak mata yang melihat. Persetankan semua itu. Janji aku bahagia. Setelah hampir beberapa jam di kawasan Amcorp Mall, kami bergerak keluar untuk breakfast dan selepas itu kami ke rumah Khai, mengambil beberapa helai baju dan seluar bersih untuk di bawa kerumah abang Kamahl. Khai yang sedang memasukkan baju ke dalam beg malu-malu pabila aku tersengih menghulurkan seluar dalamnya. Huhuhuhu. 

1 comment:

  1. Salam, mungkn sy agk terlmbt menemui n mambace karya yg paling hebat ini. Pertame kali menemui blog anda, sy bace sdkit n sy terus jatuh aty pada hasil karya hebat anda. Untuk part 17 nie, sy mambaca sambil menangis..... terima kaseh n semoge terus berkarya...

    ReplyDelete