Lecture Dr
Caroline terhenti seketika apabila tiba-tiba kedengaran ringtone handphoneku.
“Owh shit!
Lupe nak silent kan.” Bisikku kepada diri sendiri. Dr Caroline merupakan
seorang yang tegas, well sebenarnye mengada-ngada dan tidak menyukai
pelajar-pelajar untuk menggunakan handphone sewaktu kelasnya. Aku melihat ke
skrin, tertera “Abang Yus.” Abang iparku. Aku lantas bangun dari tempat dudukku
dan bergegas keluar untuk menerima panggilan tersebut apabila tiba-tiba, “Ezra,
where are you going?” tanya Dr Caroline. Handphoneku masih lagi berbunyi.
“I need to
take this phone call, Dr.” Balasku.
“Yes you
will, and you will take that phone call right now, right here. With speaker
phone on. I want to know what is so important for someone to call you during
lecture, during my class.”
“But
Dr,...”
“No but!
You might want to do it fast, the caller might end the call any moment.”
Cibai tul
la anak dara tua nie. Sajer je nak malukan orang. Nasib la abang yus, so maybe
takde apa yang penting. Aku berjalan perlahan ke atas pentas, lalu berdiri di
sebelah Dr Caroline sebelum menekan butang “Accept”.
“Speaker
phone, please.”
Sigh. Aku
menekan butang speaker phone.
“Hello
abang, naper?” tanyaku.
“Hello,
ezra, kat maner nie?”
“Dalam
kelas nie, kenapa call?”
“Owh, nie,
abang nak bagitahu nie, along baru lepas bersalin pukul 10 pagi tadi. Anak
perempuan.”
“Seriously?”
tanyaku lagi sedikit gembira dan terkejut dengan berita ini. Terdengar beberapa
kawan-kawanku berbual sesama sendiri. Air muka Dr Caroline juga turut menjadi
ceria.
“Yup.
Datang la lepas kelas nanti.”
“Ok ok.
Kat hospital mana nie?”
“Dekat
HUKM, tau kan? Blok *, wad nilam.”
“Tau tau,
nanti aper-aper Ezra call. Ok, bye. Congrats abang.” Kataku lagi lalu mematikan
talian. Senyumanku melebar.
“It seems
that you are an uncle now. Is this your first niece? Or do you have any other
nieces?”
“This is
my first. Huhuhu.”
“Congratulation
for that. Make sure to send my regards to them when you go and visit them. And
you may seat now. Again, silent your handphone.”
“Thank you
Dr. Hehehehe. Ok.” Balasku lantas turun ke tempat dudukku. Nasib baik berita
baik. Kalau la Khai yang call ke, tak pasal-pasal satu dewan dengar suara
lelaki panggil aku sayang. Hahahaha. Eh, bila saja along mengandung?
Petang itu
aku mengunjungi along di hospital, dalam pukul 4.00 petang. Joe, Vincent dan
Hisyam ikut sekali. Khai nak ikut, tapi, he’s at work right now. So I’l bring
him over some other day.
Setelah
tiba di pintu wad, aku terhenti seketika. Melihat-lihat ke dalam sebentar.
Kelibat mama dan suaminya tidak kelihatan. Begitu juga dengan abang. Aku
menarik nafas lega. Joe yang melihat ku, mengangkat keningnya, ingin tahu akan
erti perlakuanku. Aku tidak memberikan sebarang respons. Kemudian kami
melangkah masuk, kelihatan along sedang bersandar di kepala katil, sambil abang
yus sedang mendukung anak saudaraku.
Along yang
kemudian nampak akan kedatangan kami tersenyum. Selepas kami bersalam, aku
duduk di tepi katil. Joe dan yang lain-lain berdiri di sebelah abang yus,
melihat-lihat anak saudaraku yang ketika itu sedang tidur.
“Saper
nama dia?” tanya ku kepada along.
“Eliya
Sarah. Hidung dia macam hidung abang yus kamu, I wish she took after your
nose.” Kata along bergurau. Well, kebiasaannya memang macam tue kalau aku
melawat bayi sesiapa. Entah kenapa orang suka sangat dengan hidung mancung.
Hidungku memang mancung, tapi, aku tak terlalu memikirkan sangat pasal
hidungku. Lol.
“Kamu
datang dari kelas ker?” tanya along lagi.
“Aaah.
Terus je dari kelas terus. Ko kat hospital berapa lama?” tanya ku sambil sekali
sekala menoleh ke pintu wad.
“Erm, tak
pasti. Maybe dalam 2 3 hari lagi kot.”
“Owh, ok.
So, lepas nie, ko berpantang dekat maner jer?”
“Kat rumah
mama la. Kamu macam maner? Sumer ok?”
“Ok jer.
Takde aper-aper sangat pun.”
“Herm.”
“Then
lepas nie ko nak kerja lagi ke tak? Ker nak antar Eliya, eh, nak panggil Sarah
ke Eliya?” tanyaku lagi.
“Eliya.”
“Ok. So,
ko nak antar Eliya untuk orang jaga ke aper? Sekarang nie banyak kes penjaga
yang cuai la, aper la.”
“Maner
nyer nak antar orang jaga. Eliya kan cucu perempuan pertama. Cucu pertama lagi
lak. So, tentu la mama yang jaga. At least sampai dia tujuh tahun.
“Huh?
Kenapa macam tue?” tiba-tiba Vincent bertanya.
“Tradition.”
Balasku pendek. Keluargaku mempunyai tradisi di mana semua cucu perempuan
pertama akan di jaga oleh nenek mereka sehingga tujuh tahun. And surprisingly
enough, maybe coincidence, semua cucu pertama dalam sejarah keluargaku
merupakan perempuan. Opah ku merupakan cucu pertama, begitu juga mama. Along
merupakan cucu pertama, sama lah dengan Eliya. Seperti mana opah, mama dan
along yang di jaga oleh nenek mereka selama beberapa tahun, begitu juga kepada
Eliya.
I hope
that won’t create another history in our family. Along yang dulu di jaga oleh
opah, telah bersama dengan opah sehingga along berusia 10 tahun, beberapa tahun
lebih lama dari kebiasaannya. Dan apabila mama cuba untuk mengambil along
kembali kepangkuanya, opah tak benarkan. Dari apa yang aku dengar dari cerita
makcik-makcikku, mama dan opah tidak bertegur sapa selama hampir setahun
setelah mama mengambil along kembali walaupun di bantah keras oleh opah. Well,
that’s not really my problem la kan.
“Nanti
bila-bila datang la jenguk Eliya. Dia ader 2 bapak sedara ok, ayah ngah dia
dengan uncle dia. Jangan sampai nanti dia tak tahu dia ader uncle pulak.” Kata
along sambil matanya memandang tepat kepadaku. Mesej yang cuba di sampaikan, ku
fahami.
“Erm.
Tengok lah. Kalau free. Tapi, tengok keadaannya, lepas Eliya 7 tahun la baru
dia tau dia ader uncle. I’m not invited to be home, in case you have forgotten
about that.” Balasku lagi sambil kembali memandang ke arah pintu masuk wad.
“Eliya has
nothing to do with it. So, don’t turn her into another victim.”
“Yup, she
has nothing to do with it. But too bad, the complication applies to her too.
And now you are talking as if I’m the villian”
“Boleh tak
ko jangan tengok lagi ke pintu tue? Ko tak sabar-sabar nak balik ker? Ko tak
dukung pun Eliya lagi kan.”
Pandangan
ku kembali ke dalam wad. Vincent dan yang lain hanya mendengar dari tadi. Aku
lantas bangun dari katil dan bergerak ke arah abang Yus. Abang Yus lantas
menghulurkan Eliya kepadaku. Tanpa berfikir panjang, aku menyambut pemberian
abang Yus itu. Eliya kini ku dukung. Dapat ku lihat rias-rias wajah abang yus di
muka Eliya. Tapi, Eliya putih melepak, seperti along. Aku kemudian mencium dahi
Eliya perlahan.
Kelihatan
Eliya membuka matanya, melihat uncle nya buat kali pertama.
“Hye
Eliya, uncle nie.” Kataku lagi lembut.
“Kamu buat
aper dekat sini?” tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki tidak jauh dari
belakangku. Tanpa menoleh, aku tahu siapa tuan punya suara tersebut. Suami
mama, abah.
Aku
menoleh, kelihatan mama berdiri di tepi abah. Abang yang turut sama datang,
berbisik-bisik dengan mama.
“Kenapa,
tak boleh ke? Orang datang jenguk Eliya. Bukan orang lain.” Balasku. Mula la
tue. Apersal la pulak dorang sampai nie. I wish I didn’t stay till now.
Joe dan
yang lain berasa sedikit kekok di saat itu. Joe menghulurkan tangan kepada
suami mama, tapi, tangannya tergantung di awangan, tidak di sambut. Dia hanya
memandang Joe atas dan bawah sebelum tidak mempedulikan salam yang di hulurkan.
Mama
kemudian meletakkan beg tangannya di atas meja, sebelum berdiri di sebelahku
untuk mengambil Eliya dariku. Aku tanpa banyak cerita memberikan Eliya
kepadanya.
Dia
memandangku. Seperti biasa, tiada senyuman di wajahnya untukku, walaupun di
hari yang menggembirakan seperti ini. “Why don’t you just go from here? Aku
rasa sesak dengan ko kat sini.” Tambah lelaki itu lagi.
“Who do
you think you are that you can asked me to leave? What? Are you ashamed looking
into your mistake? As you have been telling me all this while? Or that I
reminds you of your lie?”
“Don’t you
dare to say that to abah.” Abang mula masuk campur, permainannya baru bermula.
Along hanya menggelengkan kepalanya. Mama, well, like always, senyap jer la.
“What?
What are you going to do if I did? Do you expect me to be like you? Too bad,
I’m not Raymond.” Kataku lagi, merujuk kepada Raymond yang merupakan anak emas
di dalam keluarganya, dari rancangan Everybody’s loves Raymond. And I have no
intention in letting him win this game, either. At least, I’ll bruise his ego
and that stupid smug face.
“Adek.”
Hanya itu yang mampu along ucapkan.
“You are
no one in this family. You are not my child. You have nothing to do in here. SO
GET THE HELL OUT OF HERE THIS INSTANT.”
“See, you
heard him. Too bad old man, as much as we’re no longer related, wait, I should
rephrase it. As much as we were never related to each other, I am her uncle.
So, live with it.”
Mendengarkan
reaksi aku sebegitu, abang dengan pantas bergerak ke arahku lalu kolar bajuku
di genggamnya. “Now, you might want to stop talking, or I will keep you shut.
You piece of shit.”
“Ow, now
I’m scared, DOG.” Balasku lagi, dengan perkataan DOG itu sengaja ku nyatakan
kuat dan panjang. Mata abang terbeliak mendengar aku memanggilnya DOG, mukanya
merah, marah. Dengan tangan kirinya yang masih menggenggam kolarku, kelihatan
dia mengangkat tangan kanannya yang sudah di genggam, bersedia untuk menumbukku
sebelum dengan pantas Joe dan yang lain menjauhkan aku dari abang dan memegang
tangannya, mematikan langkah abang. Butang bajuku tercabut akibat sentapan
tangan abang yang masih tidak melepaskan kolar bajuku sewaktu Joe menarikku ke
belakang.
“You know,
I don’t want to punch you in front of your family, but, I would love to do so.
So, back off.” Tambah Vincent.
“Ezra,
let’s go.” Kata Hisyam pula.
“Jom.”
Kami kemudian berlalu pergi dari situ tanpa memandang belakang walaupun untuk
sesaat.
“I’m sorry
that you guys have to see all that”. Kataku kepada Joe dan yang lain setelah
kami bergerak keluar dari kawasan HUKM.
“Well,
there’s nothing much that you can do to stop it, right? So it’s ok.” Balas
Vincent yang memandu.
“Maybe if
we stay just for a while, it will not happen.”
“Now, what
is the problem with your brother? He doesn’t have to be, that physical.” Komen
Vincent pula.
“He is a
dog, remember. That is his game. Things like this is his forte, and he will do
everything to make it worse, to make me be on the bad side all the time. And,
he did it.”
“Hye,
wanna go for a karaoke?” Joe bersuara, cuba untuk mengubah topik dan membuatkan
aku berasa lebih baik.
“Sure,
let’s go.” Balasku lagi.
“Ajak la
Khai datang sekali.” Tambah Joe lagi.
“Khai
kerja maner?” tanya Vincent.
“Bukit
Damansara.”
“Well
then, we’ll head to either The Curve or OU, closer to his place. Plus, it’s
gonna be hell to wait for him if he’s stuck in the jam, right.” Kata Vincent
lagi.
“OK.” Aku
kemudian menghubungi Khai dan menerangkan akan rancangan kami.
Kami tiba
di tempat yang di janjikan dalam pukul 7.30 petang. Khai tiba 10 minit kemudian
bersama sekuntum ros untukku.
“Thanks
by.” Kataku kepadanya.
“So, how
was your niece? Is she as cute as you are?” tanya Khai bersemangat ingin
mengetahui tentang Eliya.
“Yeah, but
she didn’t get my nose though. Huhuhu.” Aku cuba untuk menjawab dengan gembira,
cuba untuk menyembunyikan sebarang tanda-tanda perasaan sebenarku. Khai perasan
akan kegembiraanku yang seakan-akan di buat-buat. But, he didn’t push me to say
something more.
Selepas
habis karaoke, aku, Khai dan yang lain menikmati makan malam di sebuah restoran
makanan sepanyol yang terdapat di kawasan tersebut. Joe dan yang lain bergerak
dari situ selepas habis makan malam, sementara aku dan Khai pulang ke rumahnya.
Setibanya
kami di rumah Khai, Khai menarikku untuk berbaring di pehanya sedang dia duduk
di sofa. Jarinya di mainkan di rambut ku, sambil sekali sekala dia tunduk untuk
menciumku, manja dan lama.
“Do you
want to tell me what happened back in HUKM?”
“By
perasan?” tanyaku, sambil aku memandang wajah Khai.
“Yeah. Do
you want to talk about it?” kata Khai lagi. Pandangan matanya cuba untuk
memastikan yang pilihan terletak sepenuhnya di tanganku. Tangan Khai yang masih
lagi bermain dengan rambut ku itu ku pegang. Dan ku letakkan di atas jantung
ku. Aku kemudian mula menceritakan segala yang terjadi di HUKM.
“Do you
feel any better now?” kata Khai setelah aku berhenti berbicara tentang kejadian
tersebut.
“Yeah. I’m
glad that you couldn’t come today. I don’t want you to see any of that.”
“Sigh.
Does it matter to you, whether I saw it or not? I don’t mind any of that,
sayang. I just regret that I could do nothing to help you with this kind of
thing.”
“That’s ok
by.”
“You think
so? Being all alone without a famiy could be harsh, and hard too.”
“Yeah, I
know that. But don’t you think it’s more unbearable to actually have a
so-called family, but at the same, to be treated like you are an outcast.”
“Maybe.”
“I’m sorry
to say all that. But, that’s how I feel all these years. I hope you can
understand.” Kataku sambil memanjat naik kan badanku ke atas. Khai lantas
mengangkatku dan mendudukkan aku. Dia lantas memeluk ku, dan mengucupku. Hatiku
berasa sedikit tenang dan lega.
“Thanks
by.”
“Silly
boy. You have me and abang Kamahl, even Joe and the rest. We all love you so
much. So you are not alone. And I love you so much with all my heart, sayang.”
****************************************************************************************************
“By,
sayang dah on the way dah nie. Dalam 30 minit lagi sayang sampai rumah by k. By
dekat maner dah?” kataku kepada Khai yang berada di hujung talian.
“Ok. By
baru jer sampai rumah nie. Drive elok-elok k sayang.”
“Ok by.
Love you, see you in a while ok.”
“I love
you too sayang.”
Esok kami
akan ke Ampang untuk melihat-lihat sebuah apartment yang mungkin akan menjadi
rumah aku dan Khai. Dan sementara itu, aku akan menghabiskan masaku dengan Khai
setiap petang Jumaat sehingga ke hari Ahad.
Joe dan
yang lain sudah faham akan perlakuan ku ini. Selalunya Joe dan yang lain akan
menghabiskan masa bersamaku sepanjang Isnin hingga ke Jumaat, kerana tidak mahu
mengganggu aku bersama Khai. Mereka juga menyokong penuh cadangan kami untuk
tinggal bersama namun tetap menghabiskan masa di hostel.
Aku tiba
di hadapan rumah Khai tepat pada pukul 7.45 minit malam. Kelihatan Khai sedang
menunggu di depan pintu rumah, menantikan ketibaanku. Selepas mematikan
keretaku yang diletakkan di sebelah kereta Khai, aku lantas keluar membawa beg
laptop ku bersama-sama beberapa buku text ku. Setibanya aku di pintu, Khai
sudah berdiri mengambil beg laptopku dan aku di rangkul kemas dan dahi ku cium
lembut. Aku lalu membalas senyumannya dengan menarik lengan perlahan agar dia
tunduk dan pipinya ku cium.
“Miss you
by.”
“Miss you
too sayang. Come, let’s get inside.”
Kami
kemudian masuk, barang-barang ku di letakkan di atas meja di ruang tamu lantas
berehat-rehat di ruang tamu.
“How was
your day sayang?”
“Good. A
bit tiring la, but overall, ok.”
“What
about the assignment? You’re not mad with that guy anymore? Irfan?”
“Well,
after I gave him a piece of hell that night, he’s getting, more productive, and
much more involved with the assignment.” Sigh! Pening kepala aku memikirkan
perihal Irfan. Mungkin mengikut kata dan being a slowpoke were part of his
personality, tapi itu bukan sesuatu yang aku gemari terutamanya dari seorang
yang aku perlu bekerjasama sekali. Disebabkan itu aku meletup semalam, pada
meeting kedua kami. Joe dan yang lain hanya terdiam. Mereka yang sudah lama
bersama aku sudah masak dengan perangaiku. I’m not the type who’ll make an
exception and I’m definitely not the guy who will talk behind the bush over
something that is obviously bad. Well, he has his share. And he’s not taking it
for granted, so that’s good.
“Bagus la
macam tue. Sekurang-kurangnya dia dah ok.”
“What
about you by? Kerja ok?”
“Huhuhu.
My day, was tiring, like always. Tapi overall ok la.”
“Sigh.
Sian dekat by. Penat dengan kerja.”
“Ala, nak
buat macam mana, dah nama pun kerja kan. Lagipun, esok dengan lusa kan cuti.
Sayang pun ada temankan by, hilang la penat by.”
“Huhuhu,
then how about, you lay down, and I’ll give you a nice massage? Sayang pandai
urut tau. Dulu dekat asrama selalu urutkan abang Kamahl kalau dia letih. Nak?”
“Herm,
sounds nice.”
“Tapi,
sebelum tue, gie mandi dulu. Bucuk la by sayang nie. Huhuhu.” Tambahku lalu
secara berjenaka memicit hidungku perlahan.
“Hahaha.
Bucuk yek, meh sini meh. Hidu bau ketiak by, bucuk ke tak.” Balas Khai lalu
menarik aku, cuba untuk mendekatkan mukaku dengan ketiaknya.
“Huhuhuhu.
Bucuk amat la by.” Balasku sambil cuba untuk melawan.
“Ye la, by
bucuk.” Katanya lagi sedikit merajuk.
“Huhuhu.
Sayang pun bucuk jugak. Jadi sama-sama bucuk. Jom mandi.”
“Jom.”
Balas Khai lagi lantas terus bangun dan menanggalkan pakaiannya. Aku tertawa
besar melihatkan perlakuan Khai yang sedikit keanak-anakan. Dia kemudian terus
mendukungku dan membawa aku naik ke bilik air di biliknya.
Selepas
mandi bersama, Khai kemudian berbaring di atas katil sebelum aku mula
mengurutnya seperti mana yang biasa aku lakukan kepada abang Kamahl. Khai
selesa membiarkan tanganku melewati kesetiap inci tubuhnya, bukan secara
sensual, tapi lebih kasual.
***********************************************************************************************
Kami baru
saja pulang dari melihat-lihat apartment yang di perkatakan oleh Khai beberapa
hari lepas. Ianya merupakan sebuah studio unit, sempurna untuk kami berdua.
Apartment satu bilik yang lengkap dengan dapur, bilik air, ruang tamu dan juga
bilik tido. Ampang Putra Residency Serviced Unit, terletak di Ampang. Lengkap
dengan swimming pool, dengan security guard dan cctv, gym dan beberapa
kemudahan lain. Ia tidak lah terlalu besar untuk kami berdua dan ianya juga
tidak terlalu kecil sehingga membuatkan kami terasa sesak duduk berdua.
“So, how
do you like it? That apartment?” tanya Khai kepadaku, sedang kami bergerak ke
restoran berdekatan untuk makan tengah hari.
“Well,
it’s lovely. Perfect and nice. Semua kemudahan lengkap. Dan paling penting,
dekat dengan highway, senang by nak pergi kerja, senang sayang nak ke kolej.”
“Ok then,
nanti by bincang dengan agent tadi tue. Nanti by uruskan pembelian semua, k.”
“Eeh, kita
nak beli ker? I thought yang kita nak sewa. Lagipun, tak mahal ker nanti nak
bayar bulan bulan?”
“Yer la,
mesti la beli. It’s gonna be our love nest kan, wouldn’t it be great if we own
it, right? Lagipun sayang, by dah kira-kira semua dah. By akan keluarkan
RM30,000.00 sebagai down payment, then by akan buat pinjaman dalam RM167,000.00
untuk 20 tahun. Bulan-bulan, dalam RM750.00 jer. I can afford that.”
“You mean,
we can afford it.” Kataku.
“No, I
mean, I can afford it. I won’t let you pay for it.”
“Sayang, I
thought we have talked about this thing over and over again kan by. Plus it’s
gonna be our house kan.”
“Yer la,
nama kita berdua.”
“Dah tue,
kenapa by jer nak bayar sorang? Biar sayang pun bayar sekali.” Rungutku lagi.
Naik lagi bab bayar membayar nie. Khai seperti biasa tak mahu aku membelanjakan
wangku.
“Sayang
kan takde fixed income lagi. Lagi nak bayar installment kereta lagi. Tak payah
tak payah, biar jer by yang bayar sorang.”
“By,
memang la sayang takde fixed income lagi. Tapi kan I have my allowance. Kereta
bulan-bulan baru RM950.00, allowance dalam RM4166.00 sebulan. Masih ada baki
dalam RM3216.00. Then by kata bulan-bulan dalam RM750.00 kan, so kita split 2,
by dengan sayang bayar RM375.00 sorang, so, masih ader lagi baki dalam
RM2841.00 sebulan. Cukup untuk tampung sayang. Study semua memang dah tak payah
pikir. So, semua ok jer.” Kataku sambil mengira-ngira menggunakan aplikasi
kalkulator di handphoneku.
“Tak payah
la sayang. By boley tanggung sorang-sorang.”
“No, if we
want this to work, then we need to share everything by. Sayang tak nak susahkan
by setiap masa.”
“Tak susah
la sayang.”
“Please
by, please. By dah keluarkan banyak duitkan masa kita holiday dulu. Sayang tahu
holiday kat Tioman tue dulu mahalkan.”
“Erm, let
me think about it first.”
“Please.”
Tangan Khai ku genggam kemas, cuba memujuknya agar bersetuju dengan cadanganku.
“I’ll
think about it, ok.” Kata Khai lagi sambil membalas genggaman tanganku lembut.
“Ok.” Yes,
bila Khai cakap yang he’ll think about it, it means, “Ok, we’ll do it your way
sayang.” Huhuhu.
****************************************************************************************************
Khai
telahpun menguruskan hal pembelian rumah bersama pihak agen dan bank. Dan
setelah membayar down payment dan pinjamannya di luluskan, kini tiba masa
sahaja untuk kami masuk ke rumah baru. Rumah kami berdua.
Rumah
tersebut telah di datangkan bersama-sama dengan perabot yang lengkap dari bilik
tidur, ruang tamu sehingga ke bilik air. Namun, kami memutuskan untuk membeli
beberapa barangan lain untuk menjadikan rumah itu, lebih beridentitikan kami
berdua. Sofa, permaidani-permaidani dan beberapa peralatan lain ku ambil dan ku
letakkan di hostelku.
Proses
membeli belah di Ikea tidak mengambil masa yang begitu lama kerana kami berdua
mempinyai cita rasa yang hampir sama dan boleh disuai padankan.
Ruang tamu
di cat dengan warna rona-rona tanah. Warna-warna seperti light chocolate beige
dan khaki menghiasi ruang dinding dengan focus wall di cat indah dengan warna
warm yellow. Ia juga kini di hiasi dengan gambar-gambar kami berdua. Kebanyakan
gambar itu merupakan lukisan-lukisan berdasarkan gambar kami. Aku menempahnya
di Pusat Seni Negara. Di sana terdapat beberapa pelukis-pelukis berbakat yang
sukakan projek seperti itu.
Ruang
kamar kami pula di hiasi dengan rona-rona merah, cukup untuk membangkitkan
suasana ghairah dan mempersonakan. Warna merah itu di lengkapi lagi dengan
perabot-perabot bercirikan Baroque yang begitu mempersonakan dan elegan. Aku
sengaja memilih warna hitam dan gelap untuk perabot di bilik tidur agar secocok
dengan warna bilik.
Ruang tamu
pula di hiasi kemas, mengikut tema minimalism dengan campuran elemen moden dan
santai. Sesiapa yang melangkah masuk akan dapat melihat ciri-ciri tersendiri
yang melambangkan keperibadian kami berdua.
Abang
Kamahl, Joe dan yang lain-lain juga membantu kami untuk menyusun atur dan
mengemas barang-barang. Peralatan-peralatan eletrik seperti mesin basuh, peti
ais dan lain-lain sudah tersedia untuk digunakan. Tarikh Januari 8 menjadi
tarikh aku mula duduk bersama dengan kekasih hatiku, Khai di bawah satu
bumbung.
Malam
pertama kami di isi dengan penuh memori indah dan manis. Kami begitu menghargai
kehadiran satu sama lain, dan itu semua diterjemahkan dengan pelukan-pelukan
yang diiringi dengan ciuman hangat. Tiada sebarang kata yang diucapkan pada
malam itu, hanya gerak geri tubuh yang menghiasi malam hari. Kesyukuran dan
kasih sayang terpancar di muka kami berdua. Malam itu juga tidak dihiasi dengan
sex, kerna, sex hanyalah pelengkap rasa dalam perhubungan. Di saat ini kami
hanya mahu berada di sisi satu sama lain. Cukup sebegitu.
Kami
berbaring di atas katil, berpelukan satu sama lain. Tanpa seurat benang yang
menutupi badan kami berdua, entah kenapa, aku dan Khai lebih selesa begitu.
Seperti selalu, aku berbaring dengan kepalaku di atas dadanya. Tangan kiriku
kurehatkan di pinggang Khai dan Khai kemas merangkul aku. Kami hanya sebegitu
sahaja sepanjang malam.
Kadang-kala
Khai akan mencium rambut dan dahiku. Aku yang berbaring dapat mendengar degupan
jantung Khai. Begitu bersahaja, dan begitu menenangkan aku. Dapat kurasakan
kehangatan badan Khai menyelubungi seluruh tubuhku. Khai ku lihat masih
terjaga. Matanya tidak pernah di alihkan dari memandangku. Di saat mata kami
bertentangan, Khai tersenyum dan dia kelihatan tenang sekali. Di matanya
terpancar seribu satu kebahagiaan. Aku juga pasti, bahawa dia juga dapat
melihatkan sinar kebahagian dan kasih sayang di dalam mataku.
Kemudian
kurasakan tangan Khai bergerak, lantas dengan jarinya, dia meluruti garis yang
terhasil oleh tulang belakangku. Perlahan dan begitu bersahaja kurasakan. Dari
atas ke bawah, dan kembali ke atas selepas itu. Dia tidak henti-henti meluruti
garisan yang sama. Setiap jejak yang ditinggalkan oleh jarinya itu berasa
hangat, dan mententeramkan hati.
Tangan
kiriku yang masih lagi di pinggangnya kemudian menemui tangan kanan Khai,
pabila dia memegang tanganku, dan jari kami saling bertaut. Genggaman Khai
cukup kukuh, namun tetap membuatkan aku selesa. Seolah-olah Khai ingin
memberitahuku yang aku akan selamat bersamanya, bukan dengan penumbuk atau
kekuatan, tapi dengan kasih sayang, cinta dan perhatiannya. Dan aku yakin akan
semua itu. Kerna sedari dulu lagi aku sudah merasai semua itu ketika
bersamanya. Tiada lagi sebarang keraguan terhadap diri Khai. Semua itu telah
lama lenyap. Lenyap dari dalam diri dan sanubariku.
Kemudian
kedengaran suara Khai berdendangan. Lagu yang pernah dinyanyikan kepadaku di
saat aku disakiti oleh Budin tidak lama dulu mula didendangkan perlahan. Bait
demi bait, setiap patah perkataan, setiap melodi jelas kedengaran. Aku seperti
anak kecil yang di belai dan dendangkan dengan melodi kasih sayang seorang ibu.
Cuma kali ini, lagu itu didendangkan oleh Khai, kekasih hatiku.
****************************************************************************************************
Aku
terjaga pabila kurasakan belakang badanku di tepuk-tepuk perlahan. Aku lantas
membuka mataku, kelihatan dada Khai di hadapanku. Dia sudah terjaga, namun
masih lagi berbaring di sebelahku. Kepalaku di paras dadanya dan dia sedang
mendopang dagu, memerhatikan aku yang baru terjaga dari tidur nyenyak.
Melihatkan yang aku sudah tersedar, dia memelukku dan menarik aku dekat ke
badannya, lantas dahiku dikucup lembut.
“Good
morning sayang.”
“Good
morning by.” Balasku lagi. Aku lalu perlahan mengangkatkan kepalaku, dan bibir
Khai ku cium.
“By dah
lama bangun?” tanyaku selepas ciuman kami terlerai.
“Tak lah.
Baru jer. How was your sleep? Lena tak?”
“Erm,” kataku
sambil mengangguk, “lena jer.”
“Bagus la
macam tue. Jom, bangun lah.” Kata Khai lagi, dia masih lagi menepuk-nepuk
perlahan belakang badanku.
“Alla,
awal lagi la by. Plus, tak puas manja-manja dengan by.”
“You have
all the time you want, sayang. Come, nanti sejuk pulak sarapan.”
“Uik.
Kater by baru bangun. Bila jer beli sarapan?”
“Huhuhu.
Yer, baru bangun, then terus buat sarapan. Jom.”
“Ok.” Kami
bingkas bangun dari katil. Khai bergerak ke dapur untuk membuat minuman untuk
kami manakala aku ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi. Nampaknya
Khai sudah lama terjaga, untuk membersihkan dirinya dan menyediakan sarapan
untuk kami.
Keharuman
bau penkek panas memenuhi ruang dapur. Kelihatan beberapa keping penkek yang
masih lagi panas tersedia di atas meja. Begitu juga dengan roti yang sudah siap
di bakar. Beberapa botol jem dan juga mentega turut tersedia. Khai yang baru
sahaja siap membuat air kopi menuangkannya kedalam 2 cawan yang sama dan
serupa. Satu untuknya, dan satu untukku.
“Waaa.
Sedapnyer bau. Tak pernah by masak penkek kan.”
“Hehehe.
Yer la, nak masak nasi goreng, takda bahan-bahan pulak. Nanti lewat sikit kita
pergi beli barang dapur, ok.”
“Ok by.”
No comments:
Post a Comment